Twitter

Cerpen: Zaujah Solehah, Ummi Murobbiyah

Thursday, November 15, 2007 , Posted by ummu_abdullah at 11/15/2007 04:02:00 AM

Bila bergelar seorang da’ie, banyak yang perlu korbankan. Terutama bila bergelar isteri seorang da’ie. Mendapat gelaran isteri solehah, umi murobbiyah bukanlah suatu yang mustahil. Cuma, perlukan secicip pengorbanan… Semuanya bila perasaan kita mampu kita korbankan demi mencapai Mardhatillah.

Proses ta’aruf berjalan lancar di sebuah masjid. Dengan ditemani oleh seorang akhwat yang kedatangannya menjadi sedikit kekacauan.

“Assalamualaikum… Ukht, anti datang sini weekend ni ye, ada ta’aruf” pagi-pagi lagi panggilan dari ukht Fatimah menggemparkan aku dan seorang lagi akhwat, Aisyah.

“Anti ni biar betul…!” Sambil memegang bahuku, aku nampak mata Aisyah berkaca-kaca. Aku cuma diam sambil mengucapkan istighfar sebanyak-banyaknya. Terasa dunia telah berubah. Terkejut yang teramat sangat.

“Ukht, anti dah ready ke?” Ukhti Syazana muncul di belakangku. Dia yang akan menemani diriku ke masjid tersebut.

“Doakan ana ya Ukhti. Takut sangat ni” aku segera mengambil hanphone di atas almari baju anak-anak Ukht Fatimah. Aku tiba di rumahnya petang tadi. Gementar, resah, gelisah dan semua perasaan ada.

Tiba-tiba Aisyah datang kepadaku bersama ukht Fatimah. Aku yang menumpang bilik anak perempuan Ukht Fatimah sedang bersembang-sembang dengan Ukht Syazana yang banyak memberi kata-kata peransang. “Ana nak ikut ukht Fahimah boleh?” Ukhti Aisyah menyuarakan hasrat hatinya, kepada Ukhti Fatimah. “Anti tanya langsung pada abinya. Ana tak tahu” Akh Hazri yang akan mengelola ta’aruf sebentar lagi merupakan zauj Ukht Fatimah. Jawapan yang Ukhti Fatimah berikan seolah tidak membenarkan Ukhti Aisyah ikut bersama.

Sememangnya, tiada siapa yang boleh tahu apabila masih dalam proses ta’aruf kerana tidak semestinya ikhwah yang berta’aruf akan terus nikah dengan akhwat tersebut. Hal ini kerana, banyak proses lagi yang akan dilalui selepas proses ta’aruf. Jadi, banyak perkara yang boleh berlaku dalam jangka masa tersebut. Lagipun, ia adalah demi menjaga hati. Lainlah kalau akhwat seperti Ukhti Syazana kerana dia telah mendirikan rumah tangga.

“Abi, Ukhti Aisyah nak ikut ta’aruf si Fahimah ni. Boleh ke?” Ukhti Fatimah terus saja menelefon Akh Hazri setelah didesak beberapa kali oleh Ukhti Aisyah. “Afwan, abinya tak izinkan la Ukhti.”

“Jom kita bertolak ke masjid.” Ajakan ukht Syazana memecahkan topik perbicaan.

“Ukhti, Please… Ana nak ikut” Sekali lagi Ukhti Aisyah mendesak.
“Afwan, ana kene ikut pada abinya”
“Please, tanya lagi skali je… Ana nak ikut jugak.”

Akhirnya, Akh Hazri membenarkan Ukhti Aisyah mengikuti proses taaruf aku. Aku mengiakan saja kerana aku ketika itu terlalu gementar. Takut sangat. Tak tahu apa yang akan berlaku.

“Bismillahirrahmanirrahim, kita buka majlis kita dengan Ummul Quran…” Akh Hazri memulakan proses taaruf tersebut. Ikhwah yang bakal aku ta’aruf berada di belakang tabir (langsir). Aku duduk di bahagian perempuan, dan ikhwah tersebut berada di bahagian lelaki. Tetapi kedudukan kami dengan langsir agak rapat. Kalau diangkat langsir tersebut, mungkin jarak kami hanya tiga meter. Ukht Aisyah berada di luar masjid, tetapi dekat saja dengan aku. Mungkin apa yang dibicarakan nanti dapat didengarinya.

Setelah Akh Hazri memperkenalkan antara kami berdua, dia meminta izin daripadaku untuk mengangkat tabir. Aku tak tahu apa yang perlu aku jawab. Gelabah… tak tahu bagaimana rupa ikhwah tersebut, tak tahu apa yang perlu aku cakap. Biar nanti kalau diangkat tabirnya, pengsan pula… Aku cuba banyakkan istighfar. Akhirnya aku membenarkan agar tabir diangkat.

Sebelum tabir diangkat, Akh Hazri member kata-kata terakhir. Mataku segera mencari Ukht Syazana untuk menenangkan keadaan. Aku sempat melihat Ukhti Aisyah di belakang. Senyum sinis. Ukhti Syazana ada bersama zaujnya tidak jauh dari kami akan tetapi mereka tidak dapat dengar apa yang kami bicarakan di sini.

“Ana serahkan proses ini pada antum, Akhi Hariz. Mudah-mudahan Allah dan para malaikat akan berserta antum.”

Akh Hazri langsung mengangkat tabir…
Bersambung...

Currently have 1 Komen:

  1. zulaikha says:

    wa...takutnya ukhti..ana pulak rasa nak pengsan baca ni..wa takut la... meremang bulu roma.macam tak nak dengar je sambungan dia..hihii. astaughfirullahalazim. subahanallah..inilah yang membezakan kita dengan orang biasa di luar sana.

Leave a Reply

Post a Comment