Twitter

Indahnya Kalam Allah

Wednesday, November 14, 2007 , Posted by ummu_abdullah at 11/14/2007 01:52:00 AM

Indahnya Kalam Allah, lantunan dari suara-suara akhwat yang baru lepas solat maghrib. Indahnya bukan pada suara pembaca, tetapi pada hati-hati yang membaca, dan terutamanya pada maksud ayat-ayat Allah yang seringkali menusuk ruang kalbu. Seperti tidak mahu berganjak dari tangga yang menjadi persinggahan aku ketika hendak mengambil umar yang suka bermain di anak tangga...



"Katakanlah (Muhammad), Alasan yang kuat hanya pada Allah, maka kalau dia menghendaki, nescaya kamu semua mendapat petunjuk" (al-An'am:149)

Mohonlah selalu pada Allah agar kita sentiasa berada di bawah petunjukNYA. Allah tak pernah leka dalam mengatur segalanya, namun kitalah yang sering terleka dengan dunia yang berbahaya ini.

Ukhti Fillah,
Allah Swt ada merakamkan kata-katanya di dalam al-Furqan:

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji" (35:15)

Benar sekali maksud firman yang tak pernah salah ini. Namun, kadangkala kita hanya mengingati Allah tatkala menerima ujian dan tatkala diri kesusahan. Alahamdulillah kita masih mengingati Allah tatkala diuji, jika tidak, tanyalah pada diri sendiri, kita hidup untuk apa?

Kita diuji pastinya dengan sebab-sebab yang utuh. Mungkin kerana Allah rindu dengan pengaduan kita padanya, mungkin juga Allah rindukan tangisan kita untukNYA, ataupun kerana Allah cemburu pada kita kerana mendapat kesenangan lalu terus melupakannya.

Inilah sedikit sebanyak perkara yang seringkali kita temui dalam hidup. Marilah sama-sama kita belajar untuk menjadi orang yang lebih banyak meminta pada Allah daripada meminta pada manusia. Kerana itu lebih mulia...

Renunglah Kejadian Allah yang tiada siapa dapat menandinginya...


Holy Mosque Masjid-ul-Haram In Makkah As Seen From Satellite - Click here for more blooper videos



Strange Creatures - More amazing video clips are a click away

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment