Twitter

Kehendak VS Keperluan

Thursday, November 22, 2007 , Posted by ummu_abdullah at 11/22/2007 04:30:00 AM

Zauj: Kalau satu hari nanti kita makan nasi dengan kuah saja ok ke?
Zaujah: Ok aje...
Zauj: Kalau satu hari nanti kita makan nasi kosong dengan kicap aje ok ke??
Zaujah: Ok aje bang... Hidup kita hanya untuk beribadah pada Allah. Selagi amal boleh berjalan dengan kemampuan yang ada, itukan sudah cukup
Zauj: Kalau satu hari, kita terpaksa keluar dari rumah ini kerana tak cukup duit untuk bayar sewa rumah macam mana?
Zaujah: Ok aje abang, asalkan keje da’wah kita berjalan dengan keikhlasan, semuanya ok.
Zauj: Susah kan nak dapat sesuap nasi?
Zaujah: Semuanya tak mudah jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal.
Zauj: Kenape kita rasa bahagia walaupun tak ada rumah besar, tak ada kenderaan, tak rasa makanan yang lazat-lazat, dan tak ada harta-harta simpanan?
Zaujah: Kebahagiaan itu datang dari Allah. Jika kita yakin dengan Allah, insyaAllah, Allah akan kurniakan ni’mat pada hambaNYA.


Itulah ni’matnya hidup dalam keimanan. Biar kehidupan ditentukan oleh Allah, zat yang maha bijaksana dalam mengatur. Namun, usaha pastinya suatu yang paling urgent.

Di manakah letaknya sifat Wasathiah kalau masih ada keinginan untuk hidup mewah, rumah besar, kereta mahal, makanan mewah dan harta banyak dalam bank?

Ramai saja manusia kini sering merasakan keinginan untuk memenuhi kehendak itu perlu dipatuhi dan diselesaikan. Jika tidak, hati akan berkecamuk. Kempunan sesuatu makanan itu juga adalah keinginan kehendak-kehendak yang sering wujud di kalangan ibu-ibu mengandung. Sedangkan itu hanyalah ’mind setting’. Boleh saja dihapuskan tetapi, kerana nafsu, semuanya serba tak kena apabila tidak ditunaikan ’hajat’ atau keinginan tersebut.

Bukan saja ibu mengandung, malah, para da’ie juga tidak lari dari perasaan-perasaan sebegini sehingga mewujudkan kemewahan dalam diri. Sedangkan mereka tahu, kemewahan boleh memakan diri.

Ayuhlah akhwat wa ikhwah sekalian, belanjalah hartamu sebaiknya. Belilah sesuatu kerana keperluan, tetapi bukan kerana kehendak. Banyaknya harta seseorang terletak pada banyaknya infaq yang dikeluarkan, bukan yang ada di tangannya.

Berjihadlah melawan hawa nafsu yang sering menodai hati.
”Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (3:142)



Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment