Twitter

Mengapa Umat Masih Leka

Friday, November 9, 2007 , Posted by ummu_abdullah at 11/09/2007 11:00:00 AM

Ketika Syawal menjelang, ziarah menziarahi telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita. Ana dan keluarga mertua tak lupa untuk kunjung-mengunjungi saudara-mara di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan keberangkatan 2 buah kereta, kami merasai ni’matnya perjalanan yang disertai dengan alunan zikir dan Al-Quran, dan kadang kala nasyid yang membakar semangat. Sempat lagi kami singgah di gerai jual lemang di tepi jalan, bukan saja beli lemang untuk tuan rumah yang akan kami kunjungi malah ada juga buah kelapa yang dimasukkan ke dalam ‘bonet’ kereta. Namun, setibanya di sana... semua tetamu sedang mengahadap televisyen yang menghiburkan hati mereka semua.



Astaghfirullah… hilang segala semangat yang mula membara untuk menunaikan sunnah Rasulullah. Ziarah-menziarahi adalah untuk merapatkan silaturrahim sesame saudara, bukannya lebih mengenali televisyen. Lebih dikesali lagi, bukan sahaja sebuah atau dua buah rumah, malah ada juga beberapa buah rumah yang turut menghidangkan ‘TV’ sebagai menu pada hari itu.
Inilah ummat akhir zaman. Leka dan terus terleka dengan buaian musuh-musuh Islam. Terus bergelumang dalam arus hiburan, sukan dan kemajuan dunia yang tak pernah habis diperkatakan…

Ayuhlah saudara-saudara sekalian, buka mata antum sekalian… tinggalkan keni’matan dunia yang hanya sementara. Kan kita dah tahu, dunia hanya persinggahan, dan persinggahan kita hanya 1 saja. Tiada lagi persinggahan-persinggahan lain. Keluar daripada dunia, kita akan menemui pula alam lain…

Ayuh… Berubahlah… lakukan perubahan selagi masa masih ada, dan selagi umur masih tersisa. Wallahua’lam.

Currently have 1 Komen:

  1. Anonymous says:

    em..bila raya, masa tu la paling banyak cite best. hoho....so, klu nk ikut sunnah, kita boikot tv..insyaALLAH, berjaya
    =) peace
    -milo_holick

Leave a Reply

Post a Comment