Twitter

Salam Mahabbah

Friday, November 9, 2007 , Posted by ummu_abdullah at 11/09/2007 10:56:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam intifadhah buat ikhwah akhwat di palestin mahupun di tanah air tercinta... Moga antum sekalian masih bisa untuk meneruskan perjuangan yang diamanahkan oleh Allah dan para Rasul kepada kita semua. Mudah-mudahan dengan niat yang sentiasa diperbaharui itu akan mengukuhkan lagi saf-saf da’wah kita justru mengukuhkan aqidah dalam qalb kita semua.
Ikhwah wa akhwat yang ana kasihi dan ana sanjungi,

Allah adalah tujuan kita, Al-Quran adalah panduan kita, jihad adalah jalan kita, dan syahid adalah cita-cita tertinggi kita. Seiring dengan perjuangan para rasul dan para sahabat, kita memegang Al-Quran sebagai perlembagaan hidup kita. Maka dengan itu, buktikanlah wahai ikhwah wa akhwat sekalian bahawa generasi kita adalah generasi yang akan membangkitkan ruh Islam di muka bumi, generasi inilah yang akan membakar semangat rijal dan jundi-jundi di luar sana. Antum ruhul jadeed, fi jasadil Ummah…

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment