Twitter

Syafakillah, sekadar renungan...

Sunday, November 11, 2007 , Posted by ummu_abdullah at 11/11/2007 04:30:00 AM

Awal-awal pagi ni, ramai betul member serumah yang muntah-muntah... Ana jadi doktor yang bertauliah pulak malam ni sebab dah tak ada org lain dah yang belum tido. Syafakillah buat semua yang kurang sihat... Sebenarnya, malam tadi ada kenduri kat surau kampung ni.


Makcik Anum nak ke Mekah 16/12/07 ni. Mungkin makanan di situ yang efek pada mereka.
Bila fikir-fikir semula, Allah jadikan sesuatu pada diri seseorang pasti ada sebabnya. Ayuh kita koreksi, di mana silap dan salah kita.

Kepadamu aku merayu
Kepadamu aku mangadu
Betapa aku mengaku luas rezki yang engkau curahkan
Terlalu banyak nikmat yang engkau limpahkan
Mataku, telingaku,mulut dan lidahku
Sepasang tanganku, sepasang kakiku, hidupku,
Nyawaku, nafasku, hati dan perasaanku
Malah setiap helaian rambutku adalah nikmat dariMU tuhanku
Lantas keagungan dan kemurahanMU dan kelembutan dan kecintaanMU,
Menuntut syukur yang tiada bertepi dariku

Namun aku mengaku juga Tuhanku
Betapa gersang hatiku daripada mensyukuriMU
Betapa kontang lidahku daripada menyebut namaMU
Betapa angkuh tubuhku melakukan hukumMU
Betapa sombong jiwaku melupakanMU
Betapa lemasnya aku dihanyutkan ombak maksiat terhadapMU

Maka disinilah aku sebagai hambaMU
Melutut merayu keampunanmu
Melutut merayu kasih sayangmu
Kutadahkan kedua tapak tanganku ini buatmu
Ya Allah.....


Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment