Twitter

.:: Taujih Buat Akhwat Tercinta ::.

Tuesday, January 22, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 1/22/2008 03:56:00 AM

Membentuk peribadi yang soleh wa musleh bukanlah suatu pekerjaan yang meletihkan, malah ia adalah suatu pekerjaan yang amat meningkatkan daya tahan, tidak kira daya tahan fizikal mahupun mental. Dalam meneruskan kerja-kerja membentuk ummah menjadi hamba-hamba Allah yang Rabbani, pastinya dan sudah tentu perlu berasal dari risalah yang rabbani, rijal yang rabbani dan jema'ah yang rabbani. Pastinya manhaj utama kita adalah Al-Quran dan hadith Rasulullah saw. Tentu juga da'wah kita adalah da'wah rabbaniyyah.





"Kan melagkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati"

Genggamlah sekuat-kuatnya tali Allah, peganglah sekemas-kemasnya tali ukhuwah, berusahalah dengan segenap tenaga dalam mengemban risalah ini. Diri kita takkan pernah lesu, takkan pernah bosan dan takkan pernah sekali-kali berputus asa dalam mengejar Redha Ilali yang nilaiannya lebih mahal daripada syurga yang menanti. Kejarlah ia, kelak Allah akan permudahkan jalan seterusnya.

Kuatkan azam dan tekad, tingkatkan iman di hati, kelak Allah akan menunjukkan jalan-jalannya (29:69).


INGAT ALLAH SELALU




Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment