Twitter

Mujalasatus Solihin Penjaga Amalan

Friday, May 2, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 5/02/2008 11:18:00 PM

BY: Munzir Sayuti (abu huzaifah)

Imam haris al-muhasibi di dalam kitabnya, Risalah Mustarsyidin berkata: Jangan kamu bergaul kecuali dengan orang-orang yang berakal dan bertaqwa, dan jangan pula kamu duduk kecuali dengan orang-orang yang berilmu dan berpandangan jauh. Nabi s.a.w pernah ditanya, siapakah orang yang perlu kami dampingi? Rasulullah pun menjawab: mereka yang apabila kamu melihatnya akan mengingatkan kamu kepada Allah, apabila kamu mendengar ucapannya bertambahlah ilmu kamu dan amalannya akan mengingatkan kamu kepada akhirat.

Renungkanlah saudaraku,

Adakah sahabat dan rakan di sekeliling kita mempunyai ciri-ciri seperti yang diungkapkan oleh baginda Rasululllah s.a.w? tidak adakah di sisi kita saudara yang boleh memberi manfaat atau faedah kepada diri kita. Ungkapan atau sikap rakan yang bagaimanakah kita dampingi selama ini?... Mari kita sama-sama meneliti bagaimana para salafussalih mendampingi seseorang. Mereka ini ialah orang yang mendampingi para solihin, ‘ubbad dan zuhhad.

Ada
seorang salaf mengatakan: “Jika aku merasakan kekesatan hati, maka aku akan segera pergi melihat wajah Muhammad bin Wasi’.” Ibnul mubarak juga mengatakan: “Jika aku melihat wajah Fudhail bin Iyadh, aku biasanya menangis.”

Saudaraku,

Begitulah amalan orang-orang soleh terdahulu. Bagi mereka, bertemu dengan saudara yang soleh memberi bekal kekuatan iman membangkitkan rohani jiwa mereka. Memang demikianlah yang terjadi. Kita mudah sahaja menginjakkan kaki ke tempat yang berfaedah, mudah sahaja melihat perkara-perkara yang haram, mudah sahaja menerima ajakan-ajakan rakan bersiar-siar. Tetapi amat sukar menghadiri majlis-majlis ilmu dan halaqah peningkatan iman. Ingatlah bahawa sesuatu binaan mudah untuk diruntuhkan tetapi amat sukar membangunkannya. Bangunan itu juga sukar jika dibina bersorangan tetapi menjadi mudah jika ia dibangunkan secara beramai-ramai.

Rujukan:

1- tuhfatul ulama’ bi tartib siyar a’lam nubala’

2- aspek-aspek tarbiyah dalam harakah islamiah

3- risalah mustarsyidin lil muhasibi

4- berjuang di dunia mengharap pertemuan di akhirat – Muhammad nursani

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment