Twitter

JUJURLAH!!!

Monday, June 23, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 6/23/2008 11:56:00 AM

Ramai para penganut Islam mengaku komitmen dengan Islam di kala mengucapkan kata-kata dan pada penampilan mereka. Namun, sebahagian mereka tidak lari dari berdusta dalam erti kata tidak mahu dipandang enteng atau rendah. Kelemahan dalam masalah jujur ini sahaja teal membawa mereka kepada berdusta di mana, berdusta telah menjadi kebiasaan dalam diri mereka.

Sedangkan dalam sebuah hadith diriwayatkan daripada Shafwan bin Sulaimbahawa ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wajarkan seorang mu’mun itu pengecut?” Rasulullah bersabda, “Ya.” Ditanyakan lagi, “Wajarkah seorang mukmin itu menjadi penakut?” Rasulullah menjawab, “Ya.” Ditanyakan lagi, “Wajarkan seorang mukmin itu berdusta?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” (Diriwayatkan Oleh Imam Malik secara Mursal)


Orang mukmin itu pastinya manusia biasa, maka wajar sahaja mereka menjadi penakut atau pengecut, namun pendustaan tidak pernah wujud bersama-sama dengan keimanan dalma satu waktu. Oleh yang demikian, Rasulullah sangat-sangat menyeru kita agar berkomitmen dengan sikap shiddiq (jujur).

Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa rasulullah saw bersabda, “Hendaknya kalian jujur, sebabnya jujur menuntun kepada kebajikan dan kebajikan itu menuntun ke syurga. Jika seseorang selalu jujur dan ingin jujur, ia dicatat disisi Allah sebagai orang jujur. Tinggalkan dusta kerana dusta menuntun menuju kejahatan dan kejahatan menuntun ke neraka. Jika seseorang selalu berdusta dan ingin berdusta, maka ia dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.”

Antara faktor yang menyebabkan seseorang berdusta adalah kerana ingin berlebih-lebihan, membanggakan diri atas orang lain dan berkecenderungan untuk tampil berbeza dengan orang lain.

Membanggakan diri atas prang lain banyak menjangkiti para wanita. Tidak terkecuali para aktivis wanita(akhwat). Pertanyannya, apakah yang menyebabkan para akhwat melakukan kebohongan fatal? Ternyata, tidak ada sebab lain lagi melainkan ingin dipuji dan ingin dilihat tinggi dari orang lain serta iman lemah.

Wahai kaum wanita! Berhati-hatilah dengan bencana ini. Jangan sampai bencana ini mengheret anda untuk berdusta tanpa anda sedari. Maka hal ini menjadi darah daging anda. Ketahuilah, ini adalah hal terburuk bagi Muslimah Sejati.

Currently have 1 Komen:

  1. salam... benar sungguh apa yang saudari maksudkan... ya! we have to strive a ;) sy baru baca apa yang cikgu sy tulis ni sekali lagi, dan nak kongsi same2... bak kata cikgu yang baik2 tu mesti share =)

    http://my.opera.com/bicaraharaki/blog/2007/06/12/segalanya-bermula-dari-hat

    islam itu indah... sy banyak sedar keindahan islam dengan baca blog sis.zabrina dan buku2 dia... tapi sis.zabrina hanyalah sebagai perantara... Allah lah yang memberi jalan... sy suka cerita2 dia kerana menceritakan keindahan2 islam dan sesuai utk dibaca oleh semua orang... even non-muslims pun ;)

    ni link dia:
    http://wisdomthruwords.blogspot.com/

    same2 menuju redha Allah
    assalamualaikum....

Leave a Reply

Post a Comment