Twitter

Kekuatan Itu Dari ALlah

Thursday, July 10, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 7/10/2008 09:58:00 AM

bismillah walhamdulillah...



Tiada yang lebih baik untuk dipuji melainkan yang haq menerimanya... Allah, x pernah luput dari hatiku akan diriMU yang sering menjaga, mendidik dan mentarbiyah kami sekeluarga. Dalam memulakan langkah yang semakin hari semakin sukar, terkadang keletihan mula menjelma. Namun tatkala hati teringatkan anak, mata merenung jauh wajah lesunya yang asyik dibuai mimpi. Jika bukan kerana khadijah yang menenangkan Rasulullah, ke mana lagi tempat Baginda melepaskan ketakutan ketika itu. Kupandang wajah zaujku yang tergambar ketenangan. Jadi, apakah mungkin aku terasa letih dengan mereka berdua yang banyak memberi ilham dan sokongan? Sama sekali tidak. Keletihan yang hanya datang menjenguk diri, agar tak terus berlari sehingga melupakan diri yang perlu di 'sucikan' dari dosa-doa kecil yang kadang dianggap kosong oleh nafsu.
"
Rinduku pada mad'u2 msih belum terubat. Sejak kebelakangan ini, aku banyak di rumah memandangkan cuma sehari dua saja lagi kami akan menetap di rumah ini. (Zauj dah abis Praktikal), banyak pula yang perlu dikemaskini. Aku mohon padaMU ALlah... Peliharalah mad'u2ku dari gangguan syaitan dan orang yang berpenyakit dihatinya. Semalam, terserempak dengan mad'u lama. Ya Allah, kenapa perasaan itu datang. terasa sangat rindu, sangat terharu dan perasaan yang berbaur. Sedih juga... krn dia telah menarik diri daripada ta'lim yang pernah dihadirinya satu ketika dahulu. namun, kami masih lagi mesra. Pernah dia mengutarakan kepada rakan sekelasku yang dia sedikit terkilan sewaktu selisih denganku, tapi, aku tidak memandangnya langsung, sedangkan dia sangat mengharapkan balasan senyuman yang dihulurkannya. Seperti Kilat mberdentum aku dibuatnya. Mungkin pada ketika itu, aku dalam keadaan emosi kerana beberapa masalah yang sedang difikirkan.

Orang melihat kita. Orang lain menilai kita. Teringat pula cerita Allahyarham Syeikh Tarbiyah, Ustaz KH rahmat yang meninggalkan banyak kisah yang menyentuh hatiku...

Hari ini, aku bercadang ingin menziarahi mereka yang mengharap kedatanganku. Moga tiada lagi halangan untuk ke sana. Aku cuma boleh merancang sesuatu yang belum pasti. Namun kekuatan yang Allah berikan pasti akankulaksanakan jua...
Amin...

Demi Allah yang Maha Esa, Tidak disediakan jalan mudah menuju cintaNya, Cuma terkadang iman yang disangka bertapak di jiwa, hakikatnya masih disaluti dengan dosa2 yang dianggap kecil oleh nafsu, Tertipulah diri andai tiada hidayah dan kasih sayang Allah pada diri yang terasa semakin jauh darinya, Ya ALlah, Rezkikan aku CintaMu, Cinta orang yang mencintaiMu, Dan cinta pada amalan yang mendekatkan aku padaMU. Moga terus kekal pada jalan dakwahMu ini, Moga Iman yang disemai biza mendatangkan rahmat, sakinah. Agar damai hadir pada setiap tindakan demi secebis redhaMU.

Currently have 2 Komen:

  1. rijaldakwah says:

    jalan dakwah tidak akan songsang...

    bagi pekerja yang ikhlas..

    mencari dan mengkaji perintah yang terkandung dalam ayat al-quran..

    amat rugi bagi mereka yang tidak mengenal jalan ini...

    perjuangan tak kenal henti....

    hanya menanti kemenangan abadi....

    menghalau segala penyakit hati....

    bukan sahaja pada diri....

    malah teman sejati sebagai saksi....

    bukti perjuangan suci....

  1. sedapnya hang tulih... bleh jadi pengganti baba.. huhu

Leave a Reply

Post a Comment