Twitter

KEKUATAN ITU DARI ALLAH

Thursday, August 7, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 8/07/2008 03:18:00 PM

Bismillah walhamdulillah…

Allah… Allah… Allah…

Mengalir air mata membasahi pipi, mengenangkan para sahabat yang syahid di mu’tah… sungguh terharu membaca kisah demi kisah, sirah demi sirah, riwayat demi riwayat.
Terharunya bila Abdullah bin Rawahah telah menaikkan ghiroh para sahabat yang ketika itu dalam kebingungan, bagaimana hendak menghadapi tentera rom yang berjumlah 200,000 orang sedangkan tentera Islam hanya 3000 orang…

“Ayuhlah maju ke medan peperangan, di sana terdapat 2 kemenangan, samada terus mulia dengan kemenangan keatas tentera Rom atau Syahid menuju yag Abadi.”

Tanpa ragu, gusar dan gentar, mereka terus mengangkat panji menuju ke medan pertempuran yang dipimpin oleh Zaid bin Harithah.
Satu persatu tentera Islam Syahid, termasuklah sahabat besar, Zaid, Ja’far dan Abdullah bin Rawahah sendiri…

Kelu, sayu, pilu, terharu… mereka telah bertemu sang Pencipta mereka dengan penuh kemuliaan. indahnya syahid yang mereka perolehi.
Berbekalkan iman yang sedikit, amal yang berkurangan, kekuatan yang masih rapuh, mampukah kami menjejaki mereka… jauh sekali… tapi itu yang pasti… pasti itu yang kami kejar, pasti itu yang kami impikan. Moga impian diterjemah kepada kenyataan. Kepastian yang terlalu jauh itu menjadi pemicu kepada ghiroh kami dalam membangkitkan dinul HAQ.

Akhwat fillah, pastinya dalam kekalutan ini, semuanya masih sibuk dengan urusan da’wah yang tak pernah habis. Jika ditangguh, lebih membebankan, jika di abaikan, kelak Allah mengabaikan. Biar kekalutan ini menjadi titik tolak dalam meningkatny iman kita semua. Biar ia menjadi al-munthalaq kepada pembinaan mutarobbi-mutarobbi kita di sini. Ingatlah bahawa, tiada yang dapat member kekuatan selain Allah.

Dakwah sekolah, Matrikulasi, Kampus, dan luar kampus, semuanya menjadi agenda utama dalam halaqah, perbincangan dan juga sembang-sembang kita. Biar semua itu menjadi tajuk utama perbicaraan kita. Biarlah ruh da’wah mengalir deras dalam diri kita. Bekalan iman pasti yang utama, kerana itulah peneraju segala kerja-kerja kita.

Jika dahulu, Rasulullah hanya mengunyah daun-daun yang melukakan mulut, Sa’ad ibn Waqqash memakan seuatu dari tanah, berkongsi pakaian kerana kekurangan. Namun itu bukanlah suatu kehinaan, bahkan suatu kemuliaan yang perlu diterjemahkan dalam diri kita. Kekuatan Islam bukan pada jawatan yang tinggi, kemenangan Islam di medan pertempuran bukanlah kerana teknologi. Iman dihati, taqwa membajai, amal berkualiti, itulah kemenangan yang hakiki.

Mencari sesuatu yang pasti, pastinya menjadi azam setiap daripada kita. Memburu sesuatu yang bererti, pastinya member kekuatan dalam melangkah. Berjuanglah dengan daya upayamu, kerana di medan itu hanya ada 2 kemenangan… HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID…
Allahuakbar…

Currently have 1 Komen:

  1. rijaldakwah says:

    semoga syahid yang diimpikan menjadi kenyataan...

    rasulullah SAW bersabda: almujahid man jahada nafsahu.

    seorang mujahid ialah mereka yang berperang melawan hawa nafsunya. hidup ini adalah jihad. memang manusia takkan pernah lari dari medan jihad. celakalah bagi mereka yang tidak membersihkan hatinya...bergembiralah bagi mereka yang sentiasa mengorak setiap langkah dalam hidupnya kerana Allah!!!

    WALA TAMNUN TASTAKSIR!!!!!

Leave a Reply

Post a Comment