Twitter

Mengapa Iqob - Mengikut Sunnah Rasulullah

Friday, October 24, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 10/24/2008 12:40:00 PM

Bismillah walhamdulillah...
Sedikit perkongsian daripada pembacaan tentang memberi hukuman.
“Ada pun tentang beberapa atsar dan riwayat yang menyebut label kafir atau syirik terhadap beberapa perbuatan maksiat, maka menurut kami, atsar atau riwayat tersebut tidak bermaksud untuk menetapkan bahawa pembuatnya telah melakukan perbuatan kafir atau syirik yang menghapuskan keimanan orang itu. Akan tetapi bermaksud untuk mengatakan bahawa perbuatan maksiat itu adalah akhlak dan kebiasaan yang dilakukan oleh orang kafir atau orang musyrik”[1]
Dalil yang membezakan antara pembuat dan perbuatan adalah dua hadith berikut:
Hadith Pertama:
“Allah melaknat khamar, peminumnya, penuangnya penjualnya, pembelinya, pemerahnya, alat pemerahannya, pembawanya dan orang yang dibawa kepadanya”[2]
Hadith Kedua:
Umar al-Khattab radhiallahu ‘anhu menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terdapat seorang lelaki yang bernama ‘Abd Allah, manakala nama gelarannya pula adalah “keldai”. Dia lazim membuat jenaka sehingga Rasulullah tertawa. Nabi shallallahu ‘alaihiwasallam pernah merotannya (sebagai hokum hudud) kerana kesalahan meminum arak.
                Pada suatu hari, dia dibawa menghadap baginda atas alas an yang sama lalu dikenakan hukuman rotan, melihat yang sedemikian, berkatalah seorang lelaki:
“Ya Allah! Laknatlah dia! Betapa banyak kali dia dibawa menghadap Rasulullah atas kesalahan yang sama!” Namun Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:
“Jangan melaknatnya! Demi Allah! Aku tidak tahu bila ternyata dia mengasihi Allah dan Rasulnya”[3]
Dalam hadith yang pertama Rasulullah menjelaskan apa jua perbuatan yang berkaitan arak adalah dilaknat Allah. Akan tetapi dalam hadith kedua, Rasulullah melarang seseorang daripada mendoakan laknat Allah kepada orang yang lazim minum arak. Berdasarkan dua hadith yang mulia ini, dapat dirumuskan dua kaedah yang agung:
  1. Dibezakan antara pembuat dan perbuatan
  2. Hukuman, kritikan dan celaan ditujukan kepada perbuatan. Ada pun individu yang membuatnya, dia tidak dihukum, dikritik dan dicela secara khusus melainkan diperhatikan beberapa faktor terlebih dahulu.
Faktor pertama yang diperhatikan adalah samada pembuatnya mengetahui atau tidak bahawa apa yang dilakukannya itu adalah satu kemungkaran. Maka ditegakkan kepada pembuat tersebut apa yang benar berdasarkan dalil dan hujah. Kita tidak akan terus menghukum pembuat kemungkaran sebelum diterangkan dalil dan hujah berdasarkan firman Allah (17:15)
Seterusnya kita memperhatikan sama ada pembuat kemungkaran tersebut masih memiliki apa-apa kekeliruan dan kesamaran. Maka diusahakan agar dalil dan hujah disampaikan dalam bentuk penerangan yang jelas dalam bahasa yang difahaminya berdasarkan firman Allah:
(9:115)
(14:4)
Terakhir, kita memerhatikan sama ada pembuat kemungkaran tersebut melakukannya dalam suasana sedar dan rela, atau dalam suasana terpaksa, tersilap atau tidak mampu. Orang yang terpaksa, dimaafkan. Sebagaimana ayat berikut berkenaan orang yang dipaksa melakukan sesuatu yang membawa kepada hukum kafir (keluar dari Islam):
(16:106)
Orang yang tersilap dan tidak sengaja, dimaafkan. Sebagaimana firman Allah:
(33:05)
        Orang yang tersilap perlu diberi perhatian khusus kerana banyak berlaku kesalahan yang lari dari sunnah Rasulullah dalam bentuk pemikiran atau amalan, adalah hasil daripada kesilapan mengambil suatu keputusan/menterjemah sesuatu/kesilapan takwil.
        “Orang yang salah takwil yang bermaksud untuk mengikut Rasulullah, tidak boleh dianggap kafir atau fasiq apabila dia berijtihad, lalu salah. Ini adalah sesuatu yang masyhur berlaku di kalangan orang ramai dalam masalah amalan. Ada pun dalam masalah pemikiran (iktiqad), ramai yang mengkafirkan orang yang salah takwil. Padahal sikap sedemikian tidak dikenal dari seorangpun dari kalangan para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan serta para imam umat Islam. Bahkan sedemikian adalah sikap asal ahl-bid’ah yang mudah membid’ah dan mengkafirkan sesiapa yang berselisih dengan mereka, seperti aliran Khawarij, Muktazilah dan Jamhiyah.”[4]
Oleh itu, tumpuan hendaklah diberikan kepada membetulkan perbuatan yang salah itu tanpa mencela atau mengkritik pembuatnya. Tindakan gopoh mengkritik pembuatnya adalah sikap yang tidak terpuji yang menyelisih daripada sunnah Rasulullah.
        Orang yang tidak dapat mengelak suatu kemungkaranjuga dimaafkan, sebagaimana Allah memaafkan umat Islam ynag tidak mampu berhijrah: (4:98-99)
        Oleh itu, sebagai contoh, apabila menemui seorang yang sedang tawaf di sejkeliling kubur syeikh si fulan, dia dihukum sebagai melakukan kesalahan dan tersasardari sunnah dan syariat. Akan tetapi, orang itu sendiri tidak dihukum sebagai ahl-Bis’ah kerana mungkin dia melakukan amalan tersebut kerana tidak tahu bahawa tawaf hanya disyariatkan di ka’bah, di Masjidil Haram, Mekah.
Rujukan: Marilah Berkenalan dengan Ahl-Sunnah wa al-Jama’ah, karangan Hafiz Firdaus Abdullah
Oleh itu ikhwah wa akhwat, apa yang diterangkan di sini adalah berkaitan kemungkaran, jadi bagaimana pula jika hanya berselisih faham atau pendapat. Sudah terbentang jalan sunnah, ayuh kita menelusuri jalan ini.
Wallahua’lam.



[1] Diriwayatkan oleh ibnu Qayyim dalam kitab al-Sholat ms 53 – 54, dikemukakan oleh Yusuf Qardhawi dalam kitab Nata ‘amal Ma’a al-Thurath wa al-Tamazhub Wa Ikhtilaf (edisi terjemahan oleh Ahrul Tsani dan rakan-rakan, bertajuk Bagaimana Berinteraksi Dengan Ulama’ Salaf, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003) ms 346.
[2] Sahih: dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani salam Shahih Sunan Abu Daud, no: 3674 (Kitab al-Asyrubah, Bab memerap anggur untuk dibuat arak.)
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhori dalam Shahihnya, Hadis no: 6780 (Kitab al-Hudud, bab berkenaan membenci laknak kepada orang yang minum…)
[4] Manhaj ahl Sunnah an-Nabawiyah fi Naqd kalam al-Syi’ah wa al-Qadariyyah (Tahqiq: M. Rasyad Salim; Muassasah Qurthubiyah,1986), jilid 5, ms 239-240

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment