Twitter

Didiklah Anak Dengan Keimanan

Monday, October 27, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 10/27/2008 02:11:00 AM

ABDULLAH UMAR AL-FARUQ

Sautu malam, selesai solat Isya’…

“woooo….!” Tiba-tiba suara orang bersorak bergema. Sorakan yang datang dari gerai makan sebelah rumah mengejutkan Abdullah yang juga baru selesai solat bersama (walaupun solat x ikut imam, ikut diri sendiri je nak solat macam mana).

“Ummi, Ummi. Bunyi apa tu?” Abdullah dengan mata terbeliaknya mendekati ana tiba-tiba.

“Suara orang bersorak, tengok bola” ana cuba jawab dengan jelas.

“Tak boleh kan tengok bola kan? Kene solat dulu” Abdullah cuba membalas percakapan ana. Memang itu kebisaan yang Abdullah akan lakukan. Menjawab atau menghurai setiap pernyataan yang diberikan padanya.

Terkejutnya ana mendengar pernyataan tersebut daripada Abdullah sehingga ana memeluknya, dan mendoakan “Ya Allah, jadikanlah anakku orang yang bertaqwa”

Lihatlah penilaian yang dibuat oleh seorang anak kecil. Sebenarnya bukan bermaksud ingin riak. Namun, terdapat satu pengajaran yang besar yang perlu diambil di sini. Pendidikan anak yang sering diabaikan oleh para ibu bapa zaman sekarang cukup ketara. Bukan maksud ana pendidikan akademik. Kerana itu sangat dititikberatkan oleh para ibu bapa sekarang. Akan tetapi, pendidikan kerohanian, keagamaan dan pembinaan iman dan amal dalm diri seorang anak telah diabaikan. Malah, ketika anak-anak masih kecil, ibu bapa sangat berbangga jika anak-anak dapat mengenal artis-artis dan lagu-lagu serta tarian-tarian yang telah banyak merosakkan pemikiran anak-anak itu sebenarnya. Lihat saja contoh yang diberikan oleh media-media sekarang. Jika di Indonesia, seronok sekali kita melihat anak-anak kecil petah berbicara dengan ceramahnya yang cukup menyentuh hati dalam Pildacil. Namun di Malaysia adalah sebaliknya. Banyak juga siaran-siaran yang mencungkil bakat anak-anak kecil, akan tetapi, siaran-siaran ini semuanya yang merosakkan keimanan dan aqidah anak itu sendiri. Tarian, nyanyian dan cakap-cakap kosong. Itulah yang diajarkan pada anak kecil ini.

Para ibu bapa di rumah, terutamanya yang masih mempunyai anak kecil. Cubalah sedaya upaya untuk menanamkan keimanan dan aqidah yang shohih dalam diri anak kecil itu dengan pelbagai cara dan sarana. Cuba untuk membiasakan anak-anak dengan ayat-ayat al-Quran dan hadith daripada kartun-kartun dan lagu-lagu yang tidak bermanfaat. Hal ini tidak bermaksud kita melalaikan aspek akademik anak-anak. Malah itu juga sangat penting dalam proses menjadi anak yang cemerlang IQnya. Namun cemerlang bagaimana yang kita mahukan?

Mahukah para ibu dan bapa melihat anaknya yang berjaya di peringkat tadika, sekolah, ipt, tetapi rosak akhlaknya? Menjadikan artis-artis sebagai idola. Bila pulang ke rumah, tidak pernah kita melihatnya membaca al-Quran, malah lebih banyak membaca komik-komik dan majalah-majalah yang tidak membina. Sehingga suatu masa, akan mencalarkan imej ibu bapa sendiri. Aduh!!! Satu tamparan hebat buat kita sebagai pendidik awal mereka.

Bukankah jika mereka mengamalkan amal kebaikan, semuanya tidak akan sedikitpun kurang pahalanya akan sampai kepada ibu bapa?? Betapa banyaknya anak kita, maka banyak jugalah pahala kita. Bukan lagi, betapa banyaknya anak kita, maka banyaklah dosa yang kita tanggung.

Fikirkanlah yang terbaik wahai para ibu bapa dan juga bakal-bakal ibu dan bapa…

Moga setiap langkah kita tidak tersasar daripada jalan yang Allah redhai.

“Katakanlah, inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik” (12:108)


Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment