Twitter

KELUHAN BERAT ITU

Tuesday, October 14, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 10/14/2008 02:56:00 AM

Bismillahiwalhamdulillah…
Teringat kepada sapaan syaima’ pada shoutbox suatu hari di bulan Ramadhan lalu. Sapaan yang menyatakan keprihatinan terhadap keluhan demi keluhan yang dibacanya pada blog-blog akhwat. Benar, jika pada ana, itu adalah keluhan berat yang dating daripada perasaan sendiri sebagai seorang manusia. Ketika itu juga, Ramadhan baru menjelma.
Ingat semula kisah Rasulullah ditemani Zaid bin Harithah ketika berda’wah di Tha’if kepada bani Tsaqif. Pada ketika Rasulullah dan umat Islam diasak dengan pelbagai siksaan dan penderitaan oleh kaum Quraisy, Rasulullah berangkat ke Tha’if, mengharap dukungan dan mengharap agar mereka menerima ajarannya ketika itu. Namun, apa yang diterima oleh Rasulullah ketika itu adalah sebaliknya, jauh daripada apa yang diharapkannya. Malah Baginda dilepari dengan batu sehingga mengalami kecederaan yang sangat menghibakan. Namun Rasulullah berjalan keluar dari Tha’if dengan penuh ridha dan sabar. Pada satu keadaan yang agak tenang di kebun milik ‘Uqbah, Rasulullah mengangkat kepalanya lantas berdoa;
Ya Allah, kepadaMU aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kesanggupanku, dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang, engkaulah pelindung bagi si lemah, dan engkau jualah pelindungku! Kepada siapakan diriku hendak engkau serahkan? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu takku hiraukan, kerana berlindung pada sinar cahaya wajahMU, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhirat, dari murkaMU yang engkau hendak turunkan kepadaku. Hanya Eangkaulah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku hingga engkau berkenan. Sungguh, tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenanMU.”[1]
Merurut Ramadhan Al-Buti dalam Sirah Nabawiyahnya, `mungkin timbul pertanyaan, Apa erti pengaduan yang telah disampaikan oleh Rasulullah? Apa maksud lafaz-lafaz doanya yang mengungkapkan perasaan putus asa dan kebosanan akibat bergabai usaha dan perjuangan yang hanya menghasilakn penderitaan danpenyiksaan?
Jawapannya, bahawa pengaduan kepada Allah adalah ibadah. Merendahkan diri kepadanya dan menghinakan diri di hadapan pintunya adalah taqarrub dan ketaatan.
Sesungguhnya penderitaan dan musibah mempunyai pelbagai hikmah kepada manusia. Rasulullah saw mengajarkan kepada kita kesabaran yang tiada sudahnya kepada kaum muslimin umumnya dan para da’I secara khususy. Sabar yang sentiasa menuntut pelbagai pengorbanan perasaan dan juga pemikiran.
Ini bererti, bahawa kita manusia tidak dapat lari daripada mengalami penderitaan perasaan dan jiwa, sekalipun Rasulullah telah menyiapkan dirinya untuk menghadapi pelbagai siksaan dan tohmahan, tetapi beliau tetap memiliki perasaan sebagai manusia. Terasa sakit bila ditimpa kesengsaraan dan merasa bahagia bila mendapat kesenangan. Inilah pahala besar yang terlihatnya erti taklif kepada manusia. Wallahua’lam.

[1]Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy, Sirah Nabawiyah terbitan Robbani Press, m/s 113

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment