Twitter

Teori Itu Penting

Tuesday, October 14, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 10/14/2008 10:18:00 PM

Kata tak semudah beramal. Sering kita terdengar ungkapan itu, namun itulah yang sukar kita laksanakan.  Beramal dengan mengaharap keredhaan Allah pasti berbeza dengan beramal kerana mengharap kepuasan seseorang. Lihat saja apabila ada arahan untuk menggerakkan dakwah di suatu medan. Malah ditetapkan iqob bila tak dapat laksanakan sesuatu di medan tersebut. Bilamana kurang persiapan dari segi teori atau ilmu, kita pasti berbuat tanpa alasan yang kukuh, mengapa kita beramal. Kenapa perlu iqob, dan apa hak ‘dia’ untuk iqob Ketika mana hal ini berlaku, pastinya kerja kita bukan lagi dengan mujahadah. Malah, menjadi satu titik kelemahan pada diri untuk syaitan terus menghasut dan menghasut.
(Iblis) menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti akan aku mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur” (al-A’raf:16-17)
Tanya saja, kenapa kamu solat? Ikut-ikutan atau atas dasar kefahanman kamu sendiri? Jika ia didorong oleh perintah wajib, ingatlah, itu adalah dorongan yang lemah, persis kata saudara Anis Matta dalam bukunya Model Manusia Muslim. Dorongan yang terkuat adalah dorongan CINTA.
Kerana cinta kenal pencipta,
Kerana cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Semuanya kerana CINTA. Tiada cinta maka tiadalah rindu, tiada rindu maka tiadalah kasih. Dengan kehadiran cinta itulah yang menambat hati kita untuk terus beramal dan berbuat. Dan dengan cinta itu jugalah yang akan menguatkan tapakan kaki dalam melangkah. Jelas sekali, dorongan cinta itu yang membawa kepada penghayatan ruh dalam beramal, berbuat atau beribadah.
Bagaimana mewujudkan CINTA?
Ingat, menyeru orang untuk menyintai sesuatu tidak bemakna orang yang diseru terus menyintai sesuatu itu. CINTA perlu datang dari dalam lubuk hati seseorang. Perlu disemai, dipupuk dan dibelai. Dalam konteks beramal dan berbuat, cinta akan menapak dalam hati bila kita menghayati dan mengetahui setiap tujuan dan manfaat daripada setiap amalan yang kita lakukan. Maka, tidak lain dan tidak bukan, ILMU itu penting! TEORI itu penting! Terkadang, kita mudah mengarahkan sesuatu, namun tidak selalu kita mengungkapkan kepada mad’u kita, apakah manfaat, faedah dan tujuan melakukan sesuatu itu. Sekali lagi, ia perlu diulang-ulang, dipupuk, dan disemai. Biar amal yang kita lakukan itu berdasarkan ilmu yang kita pelajari, berdasarkan dalil kuat yang kita ketahui. Bukan kerana ikut-ikutan, arahan ataupun seseorang.
Tanya lagi, kenapa kamu bertahajjud? Apa manfaatnya?
(Tahajjud – akan dibangkitkan di tempat terpuji 17:79)
Jangan sampai jawapannya tidak tahu. Kerana IBADAH tanpa ILMU adalah ibadah percuma (sia-sia). Inilah kata Imam Ghazali. Maka, setiap amal ibadah kita, mestilah didahului dengan ilmu pengetahuan. Tidak sempat membaca atau menuntut ilmu? Tiada lagi alasan untuk berkata demikian. Jika tidak, darjat kita tidak akan diangkat. Generasi yang cetek ilmu, adalah generasi yang lemah. Generasi yang bakal mencorak sistem Islam dengan tangan kotor. Generasi yang bakal mencampur adukkan kebatilan dan kebenaran tanpa sedar kerana ceteknya ilmu, kurangnya pengetahuan. Na’uzubillah.
Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam ‘Afatun ‘Ala Thariq (Terapi Ruhiyah Aktivis Da’wah), salah satu terapi FUTUR adalah Menuntut ILMU. Futur mudah menjengah dalam diri seorang aktivis ketika mana beliau beramal kerana ikut-ikutan. Oleh sebab itu, ramai yang futur ketika di awal pejalanan kerana merasakan tiadanya RUH dalam beramal. Merasai tiada makna dalam beribadah. Maka, jangan lupa, para murobbinya juga pasti perlu menyiapkan diri dengan ILMU untuk disampaikan kepada mutarobbi.
“Sesunggunya yang takut kepada Allah hanyalah para ulama’ (orang yang berilmu)” (Al-Fathir, 35:28)
“Dan katakanlah, wahai tuhanku, tamahkanlah ilmu untukku.” (Thaha, 20:114)
Ingatlah, pada ILMU itu datangnya kekuatan, pada ILMU itu datangnya petunjuk. ILMU itu ibarat CAHAYA. Syed Qutb dalam Fizilalil Quran menjelaskan maksud cahaya dengan sangat indah. Cahaya itulah kesatuan, kekuatan, kemesraan dan banyak lagi sehingga beliau menyatakan hanya Rasulullah saw sahaja yang mengetahui maksud NUR(cahaya) yang sebenarnya.
Akhwat wa ikhwah fillah. Benar, berbuat itu penting, bekerja itu penting. Jangan dilupakan bahawa ILMU dan TEORI itu lebih penting. Marilah kita dengan segenap kekuatan, menumbuhkan rasa CINTA pada ILMU kerana cita-cita kita dalam menegakkan khilafah memerlukan individu-individu yang berILMU. Jangan lagi berlepas tangan, teruslah mencari ILMU hingga akhir hayatmu.
Wallahua’lam bishowab

Currently have 3 Komen:

  1. Syaima says:

    Assalamualaikum wbt, ukhti

    Artikel ini sangat bagus.Teruskan menulis posting yang beserta 'RUH'.
    Ana ambil untuk bentang dlm hlqh, bleh ya.
    Jkk =)

  1. tafadholi... masih belajar...

  1. Khaulah^_^ says:

    betul..!! ana sangat setuju. kenapa senang kita meng'iqob' atau memberi hukuman kepada mad'u yg tidak menyiapkan tugas sedangkan kita sendiri tidak tahu puncanya. ingat, dai'e bukan penghukum. wallahua'alam..

Leave a Reply

Post a Comment