Twitter

Terima Kasih Abi

Posted by ummu_abdullah on Monday, November 24, 2008 , under , , | Komen (0)




"Ya Ummi, ummi baik kan? Ummi tolong buat susu kat Abdullah jap"

Dalam keletihan, baru tiba dari UKM, seharian 'travel' seorang diri tanpa Abdullah. Balik rumah ingatkan nak rehat sikit. Namun, anak disisi menagih sayang simpati. Letih tu memang letih, tapi, pujukan anak yang nampak uminya keletihan itu memang mencairkan hati.

"Nah susu ni, baca doa dulu"

"Tima kasih umi, bismillahirrahmanirrahim"

Moga Allah menjadikan hidup ini sebagai tempat memenuhi bekal akhlak dan 'aqidah yang sepatutnya. Dan membekali diriku dengan sabar dan istiqamah.

Terima kasih abi, hadiahkan peneman diriku, kala dirimu tiada di sisi...

Cinta Penawar Segalanya

Posted by ummu_abdullah on , under , | Komen (0)




Kenapa beribadah? kerana cinta. 
Kenapa beramal? kerana cinta
Kenapa belajar? kerana cinta.
Kenapa berukhwah? kerana cinta.
Kenapa bercinta? juga kerana cinta.

Ada apa pada cinta?

Bila bahagia mulai menjelma, 
Seakanku bisa hidup lebih lama,
Namun harusku tinggalkan cinta,
Ketika ku bersujud.

Hakikat cinta yang utama dan abadi adalah cinta pada Allah dan Rasulnya. suburnya kasih sayang sesama saudara adalah kerana suburnya cinta pada Allah, Rasul dan juga Jihad fi sabilillah. Juga suburnya cinta kepada kedua ibu bapa adalah kerana kita mengenal erti cinta hakiki. Cinta yang paling tinggi. Yang terletak di sanubari hati.

Biar cinta pada Allah memacu diri kita menelusuri perjalanan mencari Ilahi, perjalanan menemukan jati diri, juga perjalanan bertemu insan yang dicintai.

"Dialah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolonganNya dengan orang-orang mukmin. Dan Dia yang mempersatukan hati mereka (orang-orang mukmin). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumu, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka" (al-anfal [9]: 62-63)


Percintaan kepada Allah yang membuka segenap ruang pemikiran, ilmu juga iman. Moga diri kita tetap utuh dan tsabat dalam setiap ujian Allah kerana ujian itu datang Tanda Cinta Allah pada kita...

Wallahua'lam...

Dimanakah Abi?

Posted by ummu_abdullah on Friday, November 7, 2008 , under , | Komen (0)



Bismillahwalhamdulillah...
Kala sibuk menyelesaikan bacaan untuk menghadapi kertas ke 3 untuk final exam, abdullah seperti biasa tetap inginkan pelukan, perhatian dan mencari teman sepermainan. Tak lain tak bukan uminya jugalah yang disandari. Aduhai anak kecil...

Teringat kepada satu peristiwa, uminya sedang 'chatting' dengan abinya (maklumlah, PJJ - Percintaan Jarak Jauh), abdullah turut di sisi. Sesekali terdengar motosikal di luar rumah lalu lalang. Tiba-tiba sahaja abdullah bingkas bangun, menuju ke pintu, dia menjenguk lama. Katanya, itu bunyi moto abi. Sebak meruntun hati umina. erm, rindu agaknya pada abinya. Lantas umina datang mendukungnya dan terus memeluknya. "Abi ada di UTP, abi pergi menuntut ilmu" 

"Abi mana? tu bunyi moto abi" 

"tu bukan motor abi, tu bunyi motor yang lalu lalang..." sebak...

Mukanya yang mula menunjukkan reaksi ingin memulakan tangisan berubah bila ada amah yang memanggilnya.

Dimanakah Abi

Dalam damai
teratak sepi
menjelma pertanyaan
menyentak hati

Bermainlah pilu
sang isteri
membelai pipi
permata suci

umi dimanakah abi
bergetarlah bibir mencari
perlukah kukisahkan
apa yang terjadi
pada si kecil
yang ingin mengerti
sayang abi
kekasih umi
pergi mencari cinta ilahi

tidurlah sayang umi
dodoikan bersama
zikir mendamaikan
bangunmu esok menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman



Buat abi di sana...