Twitter

Penghinaan Terhadap Islam, Siapa yang Tahu?

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, December 30, 2008 , under | Komen (0)



FROM: Malay Dilemma
Sukar untuk kita menyelongkar kes berkenaan dengan “Blog Hina Nabi Muhammad” yang gawat dibicarakan pada lewat akhir tahun 2008 ini kerana segala-galanya perlu dilakukan secara restrospektif. Pada mana kecenderungan lebih ditumpukan kepada blog yang dikatakan terbabit, ramai yang kurang sedar bahawa perkara ini adalah rentetan daripada beberapa peristiwa yang tidak disebarkan kepada rakyat Malaysia secara umum.

Dengan kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan bahawa blog ini telah dikesan beberapa bulan lepas, ia menimbulkan kekeliruan yang sewajarnya boleh dielakkan. Perlu dinyatakan di sini bahawa insiden “beberapa bulan lepas” berkaitan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan juga penganut agama Hindu yang merayakan Deepavali sebenarnya adalah merujuk kepada laman sosial Friendster dan bukannya blog tersebut semata-mata.

Ini kerana, setelah diteliti dan seperti yang diperjelaskan di dalam artikel bertajuk “Blog Hina Nabi Muhammad: Satu Konspirasi?” dan “Blog Hina Nabi Muhammad: Lagi Kemusykilan”, blog yang terbabit hanya dimulakan pada Disember 2008 dan bukannya beberapa bulan lepas seperti didakwa.
Wanita berusia 27 tahun tersebut, Adibah Ahmad, yang digembar-gemburkan terlibat di dalam penghinaan terhadap Nabi Muhammad ini ternyata adalah mangsa keadaan. Wanita yang berasal dari Kedah ini berkata, gangguan terhadap hidupnya bermula sejak Ogos 2008 yang lalu iaitu ketika dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan Utusan Malaysia,

“Mungkin ada orang yang cemburu sebab saya berkahwin atau cemburu pasal saya hidup senang sikit.”
Walaubagaimanapun di dalam kenyataannya, dia enggan menuduh sesiapa. Menurutnya lagi, dia tidak tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W dan dengan tegas menyatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang tergamak melakukan perkara yang sebegini hina.

Katanya lagi, ketika mengesan identiti dirinya digunakan untuk tujuan jahat ini, laporan telahpun dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun ianya tidak mendatangkan hasil. SKMM memberitahu, agak sukar mengesan pihak yang terlibat dalam aktiviti ini kerana mereka menggunakan sistem rangkaian yang bukannya berpengkalan di Malaysia (seperti Gmail dan Friendster).

Profil laman web sosial Friendster membabitkan wanita berkenaan yang turut dipercayai sebagai palsu dan sengaja direka-reka untuk menjatuhkannya tidak lagi dapat diakses pada hari ini. Namun begitu, hasil siasatan yang dilakukan oleh penulis, penulis berjaya mendapatkan screenshot profil Friendster ini.

 
Mengikut gambar di atas, benarlah seperti yang didakwa olehnya. Gangguan terhadap dirinya melalui penggunaan identiti diri di internet atau lebih khusus lagi di laman web sosial Friendster bermula sejak Oktober 2008. Dengan deskripsi profil tidak banyak bezanya seperti yang digunakan di dalam blog penghinaan Nabi Muhammad, dapatlah disimpulkan bahawa orang yang melakukan perkara ini adalah orang yang sama.

Ramai yang tidak tahu bahawa Adibah Ahmad sebenarnya bukanlah satu-satunya mangsa keadaan ini. Ada seorang lagi mangsa iaitu lelaki bernama Azahar Mohd, yang dipercayai Pengurus Cawangan tempat Adibah Ahmad bekerja. Adibah Ahmad dikatakan adalah setiausaha kepada lelaki tersebut. Sekali lagi, laman web sosial Friendster menjadi medan pelancaran konspirasi jahat ini. Berikut adalah profil lelaki yang turut menjadi mangsa keadaan.

 
Melalui profil di atas pula, kita dapat melihat bahawa profil ini telah dibuka pada November 2008 iaitu selepas profil palsu Friendster Adibah Ahmad terlebih dahulu dilancarkan. Lelaki ini (mengikut profil di atas) dinyatakan sebagai seorang lelaki berusia 27 tahun, berlokasi di Kuala Lumpur, dan turut bekerja di Auto Bavaria Malaysia BMW. Lelaki ini digambarkan sebagai seorang yang mempunyai perasaan benci yang mendalam kepada kaum Cina bersandarkan kepada kata-kata hamburan berbaur perkauman yang diletakkan di dalam profil miliknya. Profil ini juga dipercayai palsu dan direka-reka.

Melalui profil lanjutan, kebencian terhadap kaum Cina yang cuba digambarkan sebagai sifat lelaki ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi. Apa yang lebih menarik, nama Adibah Ahmad turut dikaitkan secara langsung. Berikut adalah profil lanjutan yang dimaksudkan.


Di dalam profil di atas, lelaki ini pada ruangan “Who I want to Meet” (dengan siapa saya ingin berjumpa) menyatakan bahawa, dia ingin berjumpa dengan wira-wira Melayu yang berminat untuk mencuci keris dengan darah Cina. Kepada sesiapa yang berminat, mereka dikatakan boleh menghubunginya di talian 03-55663821 atau datang ke 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Mereka yang berminat tersebut katanya lagi, boleh berjumpa dengan Adibah Ahmad iaitu setiausahanya  sebelum di bawa masuk ke dalam pejabat untuk bertemu.

Diyakini bahawa profil ini dibina untuk bertindak sebagai penampan. Ini bermaksud, jika pihak ini tertangkap kerana caciannya terhadap Nabi Muhammad S.A.W, pastilah profil ini akan digunakan dan hampir  pasti ianya dijadikan alasan bahawa bangsa Melayulah yang memulakan cacian ini terlebih dahulu. Sekali lagi, ia menguatkan intuisi penulis bahawa semua yang berlaku ini adalah satu konspirasi jahat yang terancang.
Melalui gaya bahasa yang digunakan di dalam dua profil di laman web Friendster ini dan juga di dalam blog penghinaan terhadap Nabi Muhammad seperti yang dilaporkan, mungkin dapat disimpulkan bahawa ianya hadir daripada orang yang sama. Berdasarkan pemerhatian pula, dapat dilihat bahawa pihak terbabit acapkali menggunakan susun atur bahasa Melayu yang tunggang-langgang, sukar untuk difahami dan mempunyai pengaruh dialek yang kerap diguna pakai oleh kaum Cina.

Selagi siasatan belum selesai, kita tidak boleh melemparkan tuduhan secara semborono. Di negara kita Malaysia ini, apa sahaja boleh berlaku. Apa yang kita lihat pada mata kasar, mungkin mempunyai cerita tersirat yang sengaja disembunyikan.
 -------------------------------------
p/s: Petikan ini ana kutip daripada web http://malaydilemma.com/ untuk kajian dan analisis bersama. Lihatlah satu perancangan menjatuhkan Islam yang semakin meluas. Jangan kaburi mata kita dengan dunia semata-mata. Itulah yang diharapkan para orientalis terutama yahudi Laknatullah...

Layang-layang

Posted by ummu_abdullah on Wednesday, December 3, 2008 , under , | Komen (1)



Layang-layang selalu dibuat daripada selembar kertas atau plastik berkerangka yang diterbangkan di udara engan memakai tali atau benang sebagai pengendali. Dalam setiap permainan layang-layang, besar ataupun kecil, dengan berbagai model dan warna yang berbeza, namun tetap mempunyai tujuan yang sama. Terbang ke angkasa, menggapai langit biru yang mewarnai angkasa.

Setiap layang-layang yang terbang itu juga mempunyai karakter masing-masing. Demikian pula dengan seorang muslim, selalu punya karakter, warna, ukuran, kemampuan yang tersendiri. Sehingga siapa pun yang menyatakan dirinya sebagai muslim, dari manapun asalnya, ia tetap mempunyai tujuan yang sama, iaitu menggapai Ridho yang di atas sana, Allah swt.

Layang-layang yang berbentuk sederhana sehingga yang rumit sekalipun, mempunyai syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkannya terbang tinggi, iaitu keseimbangan. Seimbang antara kiri dan kanan, antara kerangka dan sampulnya, mahupun antara kekuatan benang dan juga dirinya. Dan tidak terkecuali keseimbangan angin yang menghembusnya.

Demikian halnya seorang muslim yang ingin terbang dengan baik dan sempurna, ia harus mampu menyeimbangkan diri dalam menapaki kehidupannya. Keseimbangan antara jiwa dan raga, jasmani dan rohani, dunia juga akhirat. 

Namun, untuk mencapai keseimbangan tersebut, layang-layang tadinya menempuh jalan yang bertahap dan berliku. Kerangkanya mestilah diraut dan diteliti, lalu dipotong jika ukurannya tidak sama. Demikian juga kertas yang harus ditempel nipis, agar layang-layang tidak merasa keberatan badannya. Proses ini sudah tentu memerlukan kesabaran, ketekunan, ketelitian untuk mendapatkan hasil yang maksima dan sempurna.

Kerana layang-layang yang diraut dan diteliti sedemikian rupa itu memberikan isyarat kepada kita agar kita tidak menyepelekan hal-hal yang kelihatan sepele. Padahal kesepelean itu sebenarnya sangat mempengaruhi hasil akhir dalam hidup kita. Kerananya, dalam tubuh kita, jiwa dan raga perlu diperkukuhkan, agar ketika kita mendapat angin cubaan yang menghentam, kita tidak mudah patah atau turun menjunam jatuh ke tanah ataupun putuslah kendali.

Ketepatan dan kepersisan itu perlu juga diperhatikan, agar kita tidak menjadi layang-layang yang asal. Agar layang-layang yang buruk akan senget, berputar, terbang tak keruan menghentam bumi dengan tidak baik. Kerananya, kesabaran pun menjadi mutlak dalam mendapatkan hasil yang sempurna. 
"Sungguh, akan dibayar pahala orang-orang yang sabar tanpa batas hitungan" (Az-zumar, 39:10)

Sedangkan sampul layang-layang menunjukkan yang kita pastinya perlu memakai jatidiri, memakai sampul untuk emnunjukkan identiti di tengah masyarakat. Baik itu pakaian, perilaku, akhlak, dan semua kerangka hubungan sosial di masyarakat lainnya. Pamerkan sampul yang indah, cantik pada pandangan mata sehingga orang lain yang melihat tidak takut sehingga menjauh.

Dan ketika layang-layang telah terbang menuju angkasa, tali yang kuat dan kukuh akan mendukung layang-layang sebagai kendali. Seorang muslim juga, ketika mula berkibar, berikrar, pastilah menggunakan tali yang kuat dan baik, yang membuatnya mudah dikendali, tidak cepat putus asa, yang akan membuatnya megah menggapai langit.

Tali yang kuat itulah yang membuat diri kita terkawal. Tali itu tidak lain adalah Al-Quran dan as-Sunnah yang telah dinisbatkan sebagai pedoman dan aturan hidup agar manusia tidak tergelincir ke jurang kenistaan yang menyerupai haiwan.

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang erat kepadanya. Kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku"