Twitter

Penghinaan Terhadap Islam, Siapa yang Tahu?

Tuesday, December 30, 2008 , Posted by ummu_abdullah at 12/30/2008 09:10:00 AM

FROM: Malay Dilemma
Sukar untuk kita menyelongkar kes berkenaan dengan “Blog Hina Nabi Muhammad” yang gawat dibicarakan pada lewat akhir tahun 2008 ini kerana segala-galanya perlu dilakukan secara restrospektif. Pada mana kecenderungan lebih ditumpukan kepada blog yang dikatakan terbabit, ramai yang kurang sedar bahawa perkara ini adalah rentetan daripada beberapa peristiwa yang tidak disebarkan kepada rakyat Malaysia secara umum.

Dengan kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan bahawa blog ini telah dikesan beberapa bulan lepas, ia menimbulkan kekeliruan yang sewajarnya boleh dielakkan. Perlu dinyatakan di sini bahawa insiden “beberapa bulan lepas” berkaitan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan juga penganut agama Hindu yang merayakan Deepavali sebenarnya adalah merujuk kepada laman sosial Friendster dan bukannya blog tersebut semata-mata.

Ini kerana, setelah diteliti dan seperti yang diperjelaskan di dalam artikel bertajuk “Blog Hina Nabi Muhammad: Satu Konspirasi?” dan “Blog Hina Nabi Muhammad: Lagi Kemusykilan”, blog yang terbabit hanya dimulakan pada Disember 2008 dan bukannya beberapa bulan lepas seperti didakwa.
Wanita berusia 27 tahun tersebut, Adibah Ahmad, yang digembar-gemburkan terlibat di dalam penghinaan terhadap Nabi Muhammad ini ternyata adalah mangsa keadaan. Wanita yang berasal dari Kedah ini berkata, gangguan terhadap hidupnya bermula sejak Ogos 2008 yang lalu iaitu ketika dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan Utusan Malaysia,

“Mungkin ada orang yang cemburu sebab saya berkahwin atau cemburu pasal saya hidup senang sikit.”
Walaubagaimanapun di dalam kenyataannya, dia enggan menuduh sesiapa. Menurutnya lagi, dia tidak tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W dan dengan tegas menyatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang tergamak melakukan perkara yang sebegini hina.

Katanya lagi, ketika mengesan identiti dirinya digunakan untuk tujuan jahat ini, laporan telahpun dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun ianya tidak mendatangkan hasil. SKMM memberitahu, agak sukar mengesan pihak yang terlibat dalam aktiviti ini kerana mereka menggunakan sistem rangkaian yang bukannya berpengkalan di Malaysia (seperti Gmail dan Friendster).

Profil laman web sosial Friendster membabitkan wanita berkenaan yang turut dipercayai sebagai palsu dan sengaja direka-reka untuk menjatuhkannya tidak lagi dapat diakses pada hari ini. Namun begitu, hasil siasatan yang dilakukan oleh penulis, penulis berjaya mendapatkan screenshot profil Friendster ini.

 
Mengikut gambar di atas, benarlah seperti yang didakwa olehnya. Gangguan terhadap dirinya melalui penggunaan identiti diri di internet atau lebih khusus lagi di laman web sosial Friendster bermula sejak Oktober 2008. Dengan deskripsi profil tidak banyak bezanya seperti yang digunakan di dalam blog penghinaan Nabi Muhammad, dapatlah disimpulkan bahawa orang yang melakukan perkara ini adalah orang yang sama.

Ramai yang tidak tahu bahawa Adibah Ahmad sebenarnya bukanlah satu-satunya mangsa keadaan ini. Ada seorang lagi mangsa iaitu lelaki bernama Azahar Mohd, yang dipercayai Pengurus Cawangan tempat Adibah Ahmad bekerja. Adibah Ahmad dikatakan adalah setiausaha kepada lelaki tersebut. Sekali lagi, laman web sosial Friendster menjadi medan pelancaran konspirasi jahat ini. Berikut adalah profil lelaki yang turut menjadi mangsa keadaan.

 
Melalui profil di atas pula, kita dapat melihat bahawa profil ini telah dibuka pada November 2008 iaitu selepas profil palsu Friendster Adibah Ahmad terlebih dahulu dilancarkan. Lelaki ini (mengikut profil di atas) dinyatakan sebagai seorang lelaki berusia 27 tahun, berlokasi di Kuala Lumpur, dan turut bekerja di Auto Bavaria Malaysia BMW. Lelaki ini digambarkan sebagai seorang yang mempunyai perasaan benci yang mendalam kepada kaum Cina bersandarkan kepada kata-kata hamburan berbaur perkauman yang diletakkan di dalam profil miliknya. Profil ini juga dipercayai palsu dan direka-reka.

Melalui profil lanjutan, kebencian terhadap kaum Cina yang cuba digambarkan sebagai sifat lelaki ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi. Apa yang lebih menarik, nama Adibah Ahmad turut dikaitkan secara langsung. Berikut adalah profil lanjutan yang dimaksudkan.


Di dalam profil di atas, lelaki ini pada ruangan “Who I want to Meet” (dengan siapa saya ingin berjumpa) menyatakan bahawa, dia ingin berjumpa dengan wira-wira Melayu yang berminat untuk mencuci keris dengan darah Cina. Kepada sesiapa yang berminat, mereka dikatakan boleh menghubunginya di talian 03-55663821 atau datang ke 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Mereka yang berminat tersebut katanya lagi, boleh berjumpa dengan Adibah Ahmad iaitu setiausahanya  sebelum di bawa masuk ke dalam pejabat untuk bertemu.

Diyakini bahawa profil ini dibina untuk bertindak sebagai penampan. Ini bermaksud, jika pihak ini tertangkap kerana caciannya terhadap Nabi Muhammad S.A.W, pastilah profil ini akan digunakan dan hampir  pasti ianya dijadikan alasan bahawa bangsa Melayulah yang memulakan cacian ini terlebih dahulu. Sekali lagi, ia menguatkan intuisi penulis bahawa semua yang berlaku ini adalah satu konspirasi jahat yang terancang.
Melalui gaya bahasa yang digunakan di dalam dua profil di laman web Friendster ini dan juga di dalam blog penghinaan terhadap Nabi Muhammad seperti yang dilaporkan, mungkin dapat disimpulkan bahawa ianya hadir daripada orang yang sama. Berdasarkan pemerhatian pula, dapat dilihat bahawa pihak terbabit acapkali menggunakan susun atur bahasa Melayu yang tunggang-langgang, sukar untuk difahami dan mempunyai pengaruh dialek yang kerap diguna pakai oleh kaum Cina.

Selagi siasatan belum selesai, kita tidak boleh melemparkan tuduhan secara semborono. Di negara kita Malaysia ini, apa sahaja boleh berlaku. Apa yang kita lihat pada mata kasar, mungkin mempunyai cerita tersirat yang sengaja disembunyikan.
 -------------------------------------
p/s: Petikan ini ana kutip daripada web http://malaydilemma.com/ untuk kajian dan analisis bersama. Lihatlah satu perancangan menjatuhkan Islam yang semakin meluas. Jangan kaburi mata kita dengan dunia semata-mata. Itulah yang diharapkan para orientalis terutama yahudi Laknatullah...

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment