Twitter

Langkah Bermula

Posted by ummu_abdullah on Wednesday, January 28, 2009 , under | Komen (0)



Bismillah walhamdulillah...
Langkah pertama telah diambil bagi membetulkan persepsi para ibu bapa dan juga masyarakat tentang teknik dan cara mendidik anak. Saya akui, saya juga masih mempunyai berjuta-juta kelemahan. Namun, dengan gerak hati yang kuat, saya menguatkan jari-jemari saya untuk berkongsi tentang pendidikan anak masa kini.
Saya sangat mengharap, setiap orang mendapat manfaat daripada apa yang saya kongsikan. Saya juga mohon masukan dan pencerahan daripada semua pihak. Selamat Membaca...

Klik di bawah untuk 'link'nya

Umi Ke Kelas lagi?

Posted by ummu_abdullah on Saturday, January 24, 2009 , under , , , | Komen (0)



"Umi, kenapa umi pakai baju cantik-cantik?"
"Umi nak pegi kelas"
"Umi jangan la pegi kampus, nanti Abdullah nangis"
"Umi pegi sekejap je, nanti umi balik rumah semula"
"Nanti anjing kejar umi, Abdullah nak ikut umi, nanti Abdullah boleh tolong umi"
"Time kasih Abdullah sebab nak tolong umi. Umi tak nampak anjing pon kat kat sini. Takpe, kalau ada anjing nanti umi lari la"
"Alaaaa... Abdullah nak ikut umi. Nak tolong umi."

Ayat yang sering kali diutarakan oleh Abdullah setiap kali uminya akan ke kelas. Usia 2 tahun setengah memang sudah matang dalam komunikasi. Allahmdulillah, inilah kurniaan Allah. Mungkin juga ujian. 

Ketika tiba di rumah, selepas tamat kelas..


"Yei yei umi balik. Umi, tadi Abdullah nangis."
"Kenapa Abdullah nangis?"
"Sebab umi pegi kampus"
"Lepas ni, kita pegi jalan sama-sama kat luar tau"
"Ok, nanti ABdullah tak nangis la"


Dialog ini juga sering dimainkan di rumah. Apabila tiba saja di bilik, bertalu-talu soalan diajukan. Alhamdulillah, semuanya mudah dijawab. =)


Namun, 2 hari lepas...

"Umi, kenapa umi pakai baju tu? Nak pegi kampus ke?"
"Umi ada lab. Nak pegi lab"
"Ok, umi pegi la, Abdullah dah tak nangis dah, Abdullah nak hantar umi kat pintu je"
"Ok, time kasih Abdullah, sayang Abdullah. Duduk rumah baik-baik ye. baca buku yang banyak kat atas meja tu tau"
"Ok"

Selesai salam dan sayang, uminya berlalu dengan hati yang sangat tenang.

Alhamdulillah, kesabaran memang sangat teruji. Namun Allah juga yang akan meredakan segalanya. Yakin, ikhlas dan sabar. Pasti selepas susah itu ada kesenangan. Ameennn.....

Hari Ini, Berdarah Lagi...

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, January 6, 2009 , under , , | Komen (0)



Bismillah, walhamdulillah... saban hari menanti, kini tibalah saatnya untuk menjejakkan kakiku semula ke kuliah. Meninggalkan anak di rumah, wah, rindunya yang teramat. Sebelum keluar tadi, sempat aku mengucup dahinya. Anak kecil itu sedang enak dibuai mimpi indah agaknya, kadangkala tersenyum dan sesekali tertawa ketika tidurnya hari ini. Entah apa yang dimimpikannya. Alhamdulillah, Allah telah memberi kesempatan untukku bersama anak kecil itu bernafas lagi di hari yang begitu indah, bumi Malaysia.

Sempat aku membaca beberapa buah tajuk akhbar harini, sementara menunggu kelas bermula. Anak-anak kecil dibunuh saban waktu. 5 anak kecil terbunuh lagi dalam sebuah keluarga 7 orang, dalam siri serangan zionis Israel laknatullah. Mengalir air mata membasahi bumi.

Sempat aku menjenguk ke luar tingkap, setiap orang, masing-masing sedang berkejar-kejaran menuju destinasi sendiri. Hati kecilku terdetik, betapa besarnya ni'mat yang telah Allah kurniakan buat kami di Malaysia. Dengan keamanan dan ketenteraman yang begitu menyenangkang, dan kadang kala menjadi selesa.

Ya, SELESA. Dek kerana perkataan itulah, manusia di sini sukar mengangkat punggung mengayuhkan kaki mencari redha Ilahi yang bukan mudah. Lebih senang dalam keadaan selesa sehingga menjadi manja. Pengorbanan yang sedikit cuma, tidak dapat dilunaskan gara-gara rasa selesa.

Apabila keselesaan itu hilang, musnah, maka di situlah lahirnya perasaan 'tak boleh duduk'. Sentiasa ringan menghayun kaki ke medan jihad, medan pertempuran, pertumpahan darah. Jika semua itu menjadi mudah, maka mudah juga tangan menghulur bantuan buat saudara seaqidah di sana. Mudah pula menghalang tangan keji daripada terus membeli barangan yang membawa kemajuan kepada si Pembunuh! KEJI!

Astaghfirullah, keluarlah dari gedung KESELESAAN. Menuju satu tempat yang menggelegakkan hati, yang membakar dan membangkitkan himmah. kelak di situlah kekuatan akan muncul. Moga Allah menguatkan hati-hati para perindu syahid. Cinta Allah, Cinta Rasul.


Renungilah Surat Cinta Dari Palestin:





Saudaraku, Bangunlah, Sedarlah

Posted by ummu_abdullah on , under , , | Komen (0)





Alhamdulillah, permulaan semster baru pada kali ini benar-benar menyuntik himmah yang tinggi dalam berjalan menempuh hari-hari yang mencabar dan menuntut sejuta pengorbanan. Dakwah yang semakin berkembang  menuntut lebih daripada biasa. Anak yang semakin membesar, berbicara petah menawar semula duka yang singgah. Suami tercinta yang menyokong dan mendukung da’wah ini juga telah mengikat janji untuk terus bersama dalam melangkah, bersama menempuh kepayahan dan kesusahan serta bersama menyalakan obor da’wah di hat. Penat lelah, susah payah, semuanya menjadi asam garam dalam perjuangan Rasulullah saw. Malah menjadi penemannya sepanjang mengharungi kehidupan berda’wah.
Biar ditentang segolongan manusia, dakwah dan jihad Rasul saw dan para sahabat tetap berjalan, tetap melaju tanpa menunggu dan terganggu dengan tohmahan itu. Ketegaran itu menyuntik semangat para sahabat dan para juru da’wah untuk tetap bersabar dan kuatkan kesabaran menempuhnya.
Orang ramai sibuk berbicara tentang jemaah itu dan ini, hukum itu dan ini sehingga kadang-kadang mereka terlupa untuk turut bersama umat Islam lain membela saudara seislam yang menderita dibantai Israel laknatullah. Darah mereka yang gugur di bumi, tidak langsung meniti di mulut-mulut segolongan umat yang sibuk menegakkan dalil yang telah lama dibahaskan dan telah jelas hukumnya, tambahan pula, paling menyedihkan, ada juga segolongan umat yang langsung tiada rasa kemanusiaan sehingga langsung membiarkan berita-berita itu lewat di telinga mereka tanpa sebarang konklusi dan solusi.
Saban hari berlalu, umat Islam makin tertindas, kala itu, kita terus membela para pembunuh itu dengan terus menyokong pembunuhan itu tanpa sedar. Terus menyumbang dana langsung kepada para pembelot itu tanpa perikamanusiaan. Malah, umat Islam sendiri masih sanggup memberi sejuta alasan demi menolak fatwa boikot terhadap barangan Amerika. Mereka lebih sanggup menyumbang kepada pembunuh saudara mereka, lebih sanggup memuaskan nafsu makan daripada melihat saudara seaqidah mereka terlantar dek kerana perbuatan umat Islam jua.
Ya Allah, moga Kau mengampuni dosa-dosaku selama aku mengaku sebagai hambaMU, namun sedikit sekali bukti cintaku yang aku tunjukkan padamu. Ampunilah dosaku yang telah banyak menzalimi diriku sendiri. Dan masukkanlah aku di kalangan orang-orang yang ikhlas membela agamaMU… Ameennn….