Twitter

Hari Ini, Berdarah Lagi...

Tuesday, January 6, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 1/06/2009 09:27:00 AM

Bismillah, walhamdulillah... saban hari menanti, kini tibalah saatnya untuk menjejakkan kakiku semula ke kuliah. Meninggalkan anak di rumah, wah, rindunya yang teramat. Sebelum keluar tadi, sempat aku mengucup dahinya. Anak kecil itu sedang enak dibuai mimpi indah agaknya, kadangkala tersenyum dan sesekali tertawa ketika tidurnya hari ini. Entah apa yang dimimpikannya. Alhamdulillah, Allah telah memberi kesempatan untukku bersama anak kecil itu bernafas lagi di hari yang begitu indah, bumi Malaysia.

Sempat aku membaca beberapa buah tajuk akhbar harini, sementara menunggu kelas bermula. Anak-anak kecil dibunuh saban waktu. 5 anak kecil terbunuh lagi dalam sebuah keluarga 7 orang, dalam siri serangan zionis Israel laknatullah. Mengalir air mata membasahi bumi.

Sempat aku menjenguk ke luar tingkap, setiap orang, masing-masing sedang berkejar-kejaran menuju destinasi sendiri. Hati kecilku terdetik, betapa besarnya ni'mat yang telah Allah kurniakan buat kami di Malaysia. Dengan keamanan dan ketenteraman yang begitu menyenangkang, dan kadang kala menjadi selesa.

Ya, SELESA. Dek kerana perkataan itulah, manusia di sini sukar mengangkat punggung mengayuhkan kaki mencari redha Ilahi yang bukan mudah. Lebih senang dalam keadaan selesa sehingga menjadi manja. Pengorbanan yang sedikit cuma, tidak dapat dilunaskan gara-gara rasa selesa.

Apabila keselesaan itu hilang, musnah, maka di situlah lahirnya perasaan 'tak boleh duduk'. Sentiasa ringan menghayun kaki ke medan jihad, medan pertempuran, pertumpahan darah. Jika semua itu menjadi mudah, maka mudah juga tangan menghulur bantuan buat saudara seaqidah di sana. Mudah pula menghalang tangan keji daripada terus membeli barangan yang membawa kemajuan kepada si Pembunuh! KEJI!

Astaghfirullah, keluarlah dari gedung KESELESAAN. Menuju satu tempat yang menggelegakkan hati, yang membakar dan membangkitkan himmah. kelak di situlah kekuatan akan muncul. Moga Allah menguatkan hati-hati para perindu syahid. Cinta Allah, Cinta Rasul.


Renungilah Surat Cinta Dari Palestin:





Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment