Twitter

Abdullah Rindu Abi?

Posted by ummu_abdullah on Thursday, February 19, 2009 , under , , | Komen (3)




Bismillah walhamdulillah...

Dua tiga hari ini, Abdullah selalu sebut tentang abinya.

"Abdullah nak tido dulu lah, nak tunggu abi datang"
"Bila Abi nak datang ni umi?"
"Umi, Abdullah nak tengok kartun dalam laptop abi"
"Abi ada kelas ke umi dekat UTP?"

Banyak lagi pertanyaan dan pernyataan yang dilontarkannya. Kasihan juga kadang-kadang bila terfikirkan perasaannya. Apa lah agaknya yang dirasainya. Cuma yang selalu uminya buat, call abinya dan beri masa padanya untuk bersembang.
adacall

Jauh di sudut hati ingin membawa anak kecil ini langsung berjumpa abinya di sana. Namun masa dan tenaga membataskan segala impian.

Selalu jugak bawa Abdullah keluar jalan-jalan. Paling tidak mengurangkan sedikit rasa rindunya pada abi tercinta. Kenapa ek asyik rindu-rinduan pada abinya saja? Mesti kerana "kebosanannya" di rumah, tiada teman bermain selain uminya. Ingin juga bertukar teman, main bersama abi.

Malah, bukan saja persoalan-persoalan yang selalu diutarakan, malah sejak kebelakangan ini, selalu pula Abdullah menyanyi lagu "Dimanakah Abi." Mungkin saja-saja menghilangkan bosan, dan mungkin juga kerana RINDU...
peluk

Iftar yang Memberi Sejuta Makna

Posted by ummu_abdullah on Saturday, February 7, 2009 , under , , | Komen (0)



Bismillah walhamdulillah...

Semalam kami serumah sempat mengadakan iftar di salah sebuat rumah di luar kampus. Yang terkejutnya, hampir 30 orang yang menyertai iftar tersebut. Sudahlah kali pertama iftar di rumah tersebut, namun ketibaan kami disambut dengan senang sekali. Rumah pelajar-pelajar master dari Indonesia sangat terbuka luas buat kami menyertai iftar di sana.

Walaupun mereka rasa bersalah kerana tidak sempat menyediakan juadah, naun kami cukup terharu dengan layanan yang diberikan. kemesraan yang terjalin ketika itu seolah bukan pertama kali kami bertemu. Selepas iftar kami sambung dengan solat maghrib berjemaah dan tazkirah. Semasa sesi tazkirah yang saya sampaikan, saya sempat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman tentang gerakan-gerakan yang memusuhi Islam dengan ibu-ibu di rumah tersebut.

"Kenapa kita lihat di Malaysia sepertinya aman, namun maksiat tidak pernah aman"
Saya mula membuka persoalan dan menyambung lagi.
"Jika di Indonesia, gerakan kristianisasi begitu terserlah sekali berbanding di Malaysia, namun di malaysia tetap ada tetapi tersembunyi sedikit, betul kan ibu?"

Maka, ibu Azizah memulakan perbicaraannya.
"Benar sekali, kami di sana cukup anti dengan gerakan ini. Kami cukup terkejut ketika tiba di Kuala Lumpur. Ramainya orang yang tidak bertudung dan membuka aurat dengan senang. Kalau kami di sana, sudah dibalingnya orang yang berpakaian begitu."

Oh, sememangnya di Acheh keadaannya berbeza sekali dengan di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Kata mereka, Kuala Lumpur ibaratnya di Jakarnya. Semua sinetron-sinetron itu asalnya dari Jakarta. Mereka mengungkapkan dengan penuh kesungguhan, mereka memang bencikan sinetron-sinetron di televisyen seperti kisah Bawang Putih Bawang Merah, Isteri Untuk Suamiku dan sebagainya. Katanya, mereka di sana sangat mementingkan adat. Adat mereka begitu Islami. Sehingga jika ada yang membayar tambang teksi dengan tangan kiri, terus saja pemandu tersebut melemparkan wang tersebut, minta menyerahkan dengan tangan kanan.

Kami hanyut dalam perbincangan ilmiah itu. Daripada membincangkan soal gerakan kristianisasi, poligami, sehingga perancangan bersama melawat Acheh.

Moga pertemuan kami bukan setakat di situ. Jika diizinkan, saya akan paparkan rakaman gambar kami semasa beramah mesra ketika itu...

Wallahua'lam...