Twitter

Iftar yang Memberi Sejuta Makna

Saturday, February 7, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 2/07/2009 12:55:00 AM

Bismillah walhamdulillah...

Semalam kami serumah sempat mengadakan iftar di salah sebuat rumah di luar kampus. Yang terkejutnya, hampir 30 orang yang menyertai iftar tersebut. Sudahlah kali pertama iftar di rumah tersebut, namun ketibaan kami disambut dengan senang sekali. Rumah pelajar-pelajar master dari Indonesia sangat terbuka luas buat kami menyertai iftar di sana.

Walaupun mereka rasa bersalah kerana tidak sempat menyediakan juadah, naun kami cukup terharu dengan layanan yang diberikan. kemesraan yang terjalin ketika itu seolah bukan pertama kali kami bertemu. Selepas iftar kami sambung dengan solat maghrib berjemaah dan tazkirah. Semasa sesi tazkirah yang saya sampaikan, saya sempat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman tentang gerakan-gerakan yang memusuhi Islam dengan ibu-ibu di rumah tersebut.

"Kenapa kita lihat di Malaysia sepertinya aman, namun maksiat tidak pernah aman"
Saya mula membuka persoalan dan menyambung lagi.
"Jika di Indonesia, gerakan kristianisasi begitu terserlah sekali berbanding di Malaysia, namun di malaysia tetap ada tetapi tersembunyi sedikit, betul kan ibu?"

Maka, ibu Azizah memulakan perbicaraannya.
"Benar sekali, kami di sana cukup anti dengan gerakan ini. Kami cukup terkejut ketika tiba di Kuala Lumpur. Ramainya orang yang tidak bertudung dan membuka aurat dengan senang. Kalau kami di sana, sudah dibalingnya orang yang berpakaian begitu."

Oh, sememangnya di Acheh keadaannya berbeza sekali dengan di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Kata mereka, Kuala Lumpur ibaratnya di Jakarnya. Semua sinetron-sinetron itu asalnya dari Jakarta. Mereka mengungkapkan dengan penuh kesungguhan, mereka memang bencikan sinetron-sinetron di televisyen seperti kisah Bawang Putih Bawang Merah, Isteri Untuk Suamiku dan sebagainya. Katanya, mereka di sana sangat mementingkan adat. Adat mereka begitu Islami. Sehingga jika ada yang membayar tambang teksi dengan tangan kiri, terus saja pemandu tersebut melemparkan wang tersebut, minta menyerahkan dengan tangan kanan.

Kami hanyut dalam perbincangan ilmiah itu. Daripada membincangkan soal gerakan kristianisasi, poligami, sehingga perancangan bersama melawat Acheh.

Moga pertemuan kami bukan setakat di situ. Jika diizinkan, saya akan paparkan rakaman gambar kami semasa beramah mesra ketika itu...

Wallahua'lam...

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment