Twitter

Buatlah Sesuatu Untuk Islam

Posted by ummu_abdullah on Saturday, March 21, 2009 , under , , , | Komen (0)



Bismillah walhamdulillah...

Petikan daripada LINK ini... sangat menarik.. insyaAllah sama-sama ambil iktibar dan pengajaran.




Buatlah Sesuatu Untuk Islam - إعمل شيئا للإسلام

Sesungguhnya situasi ini sangat memedihkan bagi hati-hati muslim, yang bekerja untuk agamanya, dan memahami firman Allah " Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka."(Al-Nur: 55)

Sampai bila musuh-musuh sentiasa menyembelih, merampas dan membunuh, dan respon kita hanyalah sekadar kutukan-kutukan kemarahan, sedikit sumbangan duit, atau hanyalah mengikuti berita-berita di telivisyen dan surat-surat khabar. Kemudian respon itu pun mereda, dan digantikan dengan futur dan kelemahan, dan kita sekali lagi kembali melakukan kerja-kerja peribadi dan kepada dunia yang fana ini, kepada tidur yang nyenyak. Tidur ini akan berterusan sehinggalah apabila musuh sekali lagi melakukan keganasan, lalu kita sekali lagi respon dengan kemarahan seperti sebelum.. dan begitulah seterusnya.

Kita mesti berfikir! Respon kita mestilah yang berstrategi panjang, strategi yang bertujuan menaikkan kalimah Allah di muka bumi dan memartabatkan islam di seluruh dunia. Ini semua dengan tujuan meraih salah satu dari dua kebaikan, sama ada kemenangan ataupun mat syahid di jalan Allah.

Kita mungkin tertanya-tanya: kenapa semua ini hanya berlaku kepada orang-orang islam?! Jawabannya tentulah lebih diketahui oleh orang-orang islam sendiri sebelum diketahui oleh orang lain. Ini semua adalah kerana mereka telah merendahkan agama mereka, dan keredhaan mereka kepada kehidupan akhirat berbanding akhirat. Orang-orang islam ini menyerah kepada keadaan yang menghina oleh Negara-negara barat, tekanan yang bertujuan menjamin kemaslahatan mereka dan kemaslahatan yahudi semata.

Hasan Al-banna berkata: sesungguhnya umat yang mahir mencipta kematian dan mengetahui bagaimana mati secara mulia, Allah akan menganugerahkan kepadanya kehidupan yang mulia di dunia dan kenikmatan di akhirat. Tiada kelemahan yang telah menghina kita kecuali cinta dunia dan benci mati… Maka siapkan lah diri kamu untuk pekerjaan yang besar, dan sentiasa bersiap untuk mati nescaya kamu akan diberi kehidupan.

Kita harus ketahui bahawa umat islam sekarang hidup dalam suatu kondisi yang paling memalukan sepanjang sejarahnya. Umat ini sangat memerlukan kepada kesatuan saf, mengerahkan tenaga, keikhlasan dalam beramal, kesucian niat, mengumpulkan kemampuan-kemampuan, kekuatan, dan tenaga. Serta memanfaatkan semua itu untuk bersaha keluar dari bencana yang menimpanya. Harus diketahui bahawa umat ini dalam bahaya yang besar jika tidak mendapat perhatian Allah.

Sama-sama kita ingati titah Saidina Umar bin Khattab kepada rakyat Al-Quds sebelum dia kembali ke madinah selepas Islam Berjaya menawan kota itu. “wahai umat islam, sesungguhnya Allah telah menepati janjinya. Dia telah menolong kamu menentang musuh-musuh kamu, mewariskan negeri-negeri ini kepada kamu dan menjadikan kamu berkuasa di mukan bumi. Janganlah kamu membalasnya kecuali dengan kesyukuran. Jauhilah kemaksiatan kerana kemaksiatan ialah kufur dengan nikmat. Tiada suatu kaum yang kufur dengan nikmat kemudian mereka tidak bertaubat, kecuali Allah akan merentap kemuliaan mereka dan menaklukkan musuh ke atas mereka.”

Apakah yang telah kita lakukan untuk menjadikan Allah redha dengan kita? dan seterusnya menguatkan kita, membantu kita, dan mewariskan dunia ini kepada kita agar dunia ini ditadbir dengan keadilan, kasih sayang dan kerahmatan.

Kewajipan yang banyak..

Mari bersama-sama kita mencatit apa yang kita mampu lakukan untuk islam kita, setiap orang sekadar kemampuannya.

Hasan al-Banna telah menyebut banyak kewajipan seorang pemuda islam, yang mampu kita lakukan. Antaranya:

1. Memperbaharui perjanjian dengan Allah azza wajalla untuk kita bekerja unutk islam sehingga berjaya atau beroleh syahadah (syahid)

2. Sentiasa muroqobatullah dan mengikhlaskan niat dalam semua amalan

3. Sentiasa memperbaharui taubat dan istighfar, membebaskan diri dari dosa-dosa kecil lebih-lebih lagi dosa besar, dan bersikap wara’ dalam perkara syubhat supaya tidak terjatuh dalam perkara haram.

4. Memperbaiki bacaan Al-Quran dan mentadabburi makna-maknanya, mengkaji sirah nabi, sejarah-sejarah salaf (orang-orang terdahulu) semampu mungkin. Juga mempelajari asas-asas akidah, cabang-cabang hokum dan rahsia-rahsia syari’ah.

5. Sentiasa melawan nafsu dengan keras agar mudah mengawalnya, menundukkan pandanganmu, dan mengawal perasaan dan syahwat dalam dirimu serta membawanya kepada perkara halal dan menghalanginya dari perkara haram walau sedikit.

6. Memperbaiki solatmu dengan sentiasa menunaikannya di awal waktu di masjid secara berjamaah sekadar kamu mampu.

7. Berpuasa ramadhan dengan sebaiknya.

8. Sentiasalah berdoa dan jadikan lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah.

9. Amar makruf dan menegah kemungkaran.

10. Sentiasa berniat untuk berjihad, dan membuat persediaan untuknya semampumu.

11. Membiasakan diri dengan sejenis riadah walaupun berjalan

12. Sentiasa memastikan setiap kerja dilakukan secara sempurna dari segi kualiti, kegigihan , tidak menipu dan menepati waktu.

13. Sentiasa bercakap benar, tidak sekali-kali menipu. Mempunyai kemahuan yang kuat, tidak sekali-kali ragu.. Menepati janji, tidak memungkiri janji dalam apa jua keadaan.

14. Bersikap berani, sanggup menanggung beban. Sebaik-baik keberanian adalah berterus-terang dalam perkara yang hak, menyembunyikan rahsia, mengaku jika tersalah, bersikap adil dan mengawal hati ketika marah.

15. Mendidik anak kamu dengan didikan islam yang benar dan seimbang. Supaya mereka menjadi murni akidahnya, betul ibadahnya, baik akhlaknya, berfikiran luas, kuat badannya, memberi manfaat kepada orang lain, dan menjaga waktu.

16. Memboikot produk-produk amerika dan yahudi. Sebaliknya menyokong produk-produk dan syarikat-syarikat ekonomi orang-orang islam, dan sentiasa memastikan duitmu tidak jatuh kecuali dalam tangan saudaramu walau dalam apa jua keadaan. Janganlah memakai dan makan kecuali dari hasil negeri islam.

17. Kenali musuhmu dan kaji peribadinya sebaik mungkin

18. Sentiasa aktif dan terlatih dalam melakukan khidmat masyarakat, sehingga merasa bahagia jika kamu dapat berkhidmat kepada orang lain, menziarahi pesakit, menenangkan orang susah walau dengan perkataan yang baik, dan sentiasa memberi khidmat dan sumbangan.

19. Jagalah anak yatim, lindungilah perempuan, jalinlah silaturrahmi, maafkanlah orang yang menzalimimu, damaikanlah antara dua pihak, ajarlah orang yang jahil, dan siapkanlah seorang pejuang.

20. Kamu mesti ketahui bagaimana menuntut hak kamu, dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak kurang sebelum mereka menuntutnya, dan janganlah melambat bayar hutang.

21. Berusaha sekadar kemampuan untuk menghidupkan budaya-budaya islam dan memerangi budaya luar dalam semua aspek kehidupan contohnya dalam aspek memberi salam, bahasa, sejarah, pakaian, waktu bekerja dan lain-lain.

22. Memberikan sumbangan untuk menyebarkan islam di semua tempat, menunaikan zakat yang wajib dari hartamu, dan mengkhususkan sebahagian untuk peminta sedekah dan orang miskin.

Renung-renungkan...

Posted by ummu_abdullah on Wednesday, March 18, 2009 , under , , , | Komen (0)




Hati-hati guna Facebook, MySpace...

Posted by ummu_abdullah on , under , | Komen (0)



By zaini_jb 
 



RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.

Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.
Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook.
Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat

Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.
Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.
Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

 Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.

Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.

Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja.

Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.
Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

MAN MAD
Kuala Lumpur
Sumber: http://usrahkini.blogspot.com/2009/03/hati-hati-guna-facebook-myspace.html

Yakinlah!

Posted by ummu_abdullah on Friday, March 13, 2009 , under , , , | Komen (0)




(2:207) orang-orang yang beriman mempunyai satu matlamat yang agung dalam jiwa dan diri mereka. Mereka mengimpikan satu ganjaran yang besar sepertimana yang diimpikan para sahabat ketika bermandi darah mempertahankan Islam tanpa Ragu. Itulah Redha Allah yang menumbuhkan kecintaan dalam diri kita terhadap jalan Allah yang dijanjikan sukar lagi mendaki.


Air mata, darah, keringat, cukuplah itu menjadi tanda para sahabat berjuang bermati-matian mempertahankan deenullah. Memperjuangkan yang haq tanpa rasa gentar dan alpa. Dengan kesungguhan itu, kita menerima Islam dengan dada yang sempit, ragu, gentar, malah terkadang hadirnya rasa ingin menolak untuk memperjuangkan Islam. Kerana susah, payah, perit dan meyesakkan dada, maka kita mengambil langkah kotor meninggalkan perjuangan yang mulia.


Maka inikah sikap para pejuang Islam? Ingin memartabatkan Islam dengan keselesaan, pangkat dan jawatan yang membanggakan, kedudukan yang dihormati namun semuanya tanpa kekuatan yang membaja di hati.


Para missionary Christian pernah mengeluarkan satu seruan buat para pendakwah mereka yang berbunyi “jangan pernah memikir kehidupan serba lengkap di dunia ini untuk membawa ajaran al-masih, sebaliknya bersedialah utk kehidupan yang serba kurang.”


Namun kita masih leka dengan keselesaan yang kita perolehi. Dimana rasa syukur? Di mana rasa hormat pada agama ini? Moga iman yang tebal yang membaja di hati dapat merungkai setiap persoalan ini… Wallahua’lam.