Twitter

2 Paper To Go

Posted by ummu_abdullah on Thursday, April 30, 2009 , under , | Komen (4)



Esok pagi adalah kertas kedua terakhirku. Kemudian aku pasti akan meneruskan 'projek' yang terbengkalai. InsyaAllah...
Alhamdulillah setelah mengharungi perjalanan satu semester yang sangat mencabar dan menguji, seorang lagi cahaya mata menata bumi indah ini. alhamdulillah =) Kala itu, muncullah kembali semangan dan keazaman yang baru. 

Abdullah, umi minta maaf atas kesalahan umi dalam mendidikmu. Kadang diriku terlalu tertekan menghadapi situasi-situasi sulit ini. Umi pasti akan meneruskan aktiviti-aktiviti kita seperti biasa selepas selesai kertas terakhir umi Isnin ini ya. Semua silibus telah dirancang (sempat lagi tu walaupun tengah exam), tinggal untuk dilaksanakan sahaja.

Abi, congrats for finishing your 'overdue' FYP =) May Allah bless you and our family. I will always pray for your success 'fiddunya wal alkhirah'. Good Job!!!

Wallahua'lam.

Saya Sangat Setuju Walaupun Mereka Tidak

Posted by ummu_abdullah on Saturday, April 18, 2009 , under , | Komen (11)




Bismillahirrahmanirrahim,

Kepada semua pembaca blog ini, moga dalam keadaan sihat fizikal dan mental. >''<
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku ketika review jaundis, my lil Muhammad (2nd son).

Pagi tu sebenarnya nurse dah datang rumah, walaupun keadaan bilik yg bersepah pagi tu agak kelam kabut sikit dengan urusan ‘sms’… huhu

My lil Muhammad dah 20 hari, sepatutnya dah tak perlu review jaundis dia, dan memang nurse yang datang tu pun dah tulis dalam report card, “no jaundis”. Disebabkan nak ikut juga procedure, jadi saya terpaksa bawa lil Muhammad yang comel ke KK.

Ceritanya di KK, masa masuk dalam bilik untuk ambil darah lil Muhammad(lil Muhammad stay cool aje), nurse yang ambil darah menyatakan isi hatinya yang dia tak setuju dengan cara saya yang menjaga bayi ketika masih belajar. Katanya tidak sempurna penjagaan bayi yang begitu. Sepatutnya, jika nak jaga bayi dengan sempurna, “awak kena hantar anak awak kepada seorang pengasuh atau tinggal dia di kampung.”

AGREE???

Dengan nada yang sederhana dan sedikit marah, saya menjawab dengan cool, “bagi saya, lebih sempurna jika anak bersama saya daripada bersama orang lain”

AGREE???

Bila anak bersama ibunya, banyak hal yang akan menjadi mudah pada masa depan. Mungkin sekarang orang Nampak sukar bagi saya menjaga 2 orang anak yang comel dan cool, sambil belajar.

Namun saya yakin, pada masa depan, saya akan mendapat kemudahan yang lebih besar dan banyak. =) Alhamdulillah…

Macam mamafiza slalu cakap tu… “DO or DIE!”

Finally, the result of the test – serum bilirubin = 7.2 – Alhamdulillah…
Apa-apa pun alhamdulillah



AL-QURAN SYAMIL HARFIYAH

Posted by ummu_abdullah on Thursday, April 16, 2009 , under | Komen (0)



 


AL-QURAN SYAMIL HARFIYAH
(TERJEMAHAN PADA SETIAP PERKATAAN)

MUDAH DIBACA DENGAN TULISANNYA YANG BESAR
AL-QURAN BERSAIZ A4
TERDAPAT INDEKS AL-QURAN

"HARD COVER"

TERHAD!!!

RM130 SAHAJA
Contact No: 0194601376
(ummu_abdullah)

Allahu

Posted by ummu_abdullah on Monday, April 13, 2009 , under | Komen (0)




Allah al-Khaliq
CiptaanMU indah
HiasanMU cantik
Mata yang melihat pasti terpesona
Hati yang merasa pasti terpaut
Keindahan yang tiada bandingannya
Siapa sangka
Diri yang pernah bergelumang dengan dosa ma'siat
Hati yang pernah malakukan dosa
Tangan yang sering membuat makar
Telah disuluh dengan cahaya robbaniMU
Mampu berjalan di atas muka bumiMU
Kuat menempuh ujian menegakkan kalimahMU
Allah al-Qowiy
KekuatanMU tidak dapat disangkal
Kun Fayakun MU pasti berlaku
Kami hanya mampu tunduk
Serendah-rendahnya
Kerana hakikat penciptaan kami
Adalah untuk TUNDUK dan PATUH kepadaMU
Aku sendirian meniti jalan
Kau bawakan teman seperjuangan
Aku sendirian membawa hati
Kau kurniakan suami mithali 
Aku sendirian menimba ilmu
Kau hadiahkan permata qalbu
Allah al-Gaffar
Aku sujud
Aku tunduk
Aku berserah
Aku mohon dengan sangat
Mohon dengan sangat
Agar kau kembalikan semangat dan azamku
Agar kau matikan angan-angan tipuan itu
Agar kau hidupkan kembali ruh jihadku
Agar kau AMPUNI salah silapku
Biar aku baru melahirkan
Seorang permata yang mengalir padanya darahku
Walau janjiMU akan menghapuskan dosa-dosa lalu
Namun aku tetap berserah
Aku tetap sujud
Aku tetap tunduk
Kerana aku takutkan azabMU
Kerana aku bimbangkan godaan syaitan itu
Kerana aku risaukan hati yang kegersangan itu
Ampuni Aku ya Robbul Ghafur

Indahnya Cinta

Posted by ummu_abdullah on Sunday, April 12, 2009 , under , | Komen (0)




Bersatunya hati dengan tatapan pertama sang penyejuk hati. Kelahiran kedua ini saling tak tumpah wajah abinya. Hening pagi yang sentiasa mengejutkan aku dari tidur nyenyak, dek kerana tangisan pilu Muhammad yang inginkan keperluannya dipenuhi. Mudah aku membuka mata, walau dengan keberatan yang membebani kepala. Kutatap penuh makna wajah si kecil itu. Dalam sekali. ingatanku kembali kepada Sang Khaliq, yang menciptakan dan menyirami diriku dengan rasa cinta yang begitu mendalam kepada si kecil. Kupalingkan wajah ke kiri, Abdullah nyenyak dalam mainan mimpi indah barangkali. Sekali lagi puji syukur kulantunkan buat sang penyejuk hati ini. Yang sentiasa menemaniku menelusuri jalan da'wah tanpa rasa jemu malah mewujudkan satu ikatan harmoni antara aku dan dia. Yang sentiasa memujukku saat aku ditimpa ujian, yang sentiasa mengingatkanku kepada Sang Pencipta kala aku alpa.

Di lubuk hatiku, terpahat nama itu, seorang murobbi, mengajar kami tanpa henti, selagi berdetik nadi. Mengalunkan zikul maut dengan kekuatan hati, membawa kami melayari bahtera syurgawi, agar hati-hati kami terus terpaut dengan Aqidah sejati. Dia jugalah abi, tanpa jemu memahami setiap dari kami, dengan lantunan suara menasihati, kami terbuka menerima sepenuh hati.

Dialah zauji. Saat menelusuri perjalanan menuju penikahan, saat itu juga Allah mengurniakan hati yang sakinah. Indah sekali, malam-malam yang sering basah dengan linangan air mata, hari-hari yang berlalu menciptakan sebuah kisah cinta kepada yang menciptakan cinta, detik demi detik cinta itu bertasbih.

"Anta betul-betul sudi menerima ana? Anta sungguh-sungguh ingin nikah, akh"

"Ya"

'Ya', jawapan itu sekaligus memantapkan hati memujiNYA. Entah bila air mata menyirami bumi, entah bagaimana diri berani bertanyakan soalan ini. Ah, jangan biarkan hati terus digoda syaitan laknatullah. Aku kembali ke kamar dengan wudhu' lalu mencapai sejadah. Kutunaikan solat dua rakaat beserta sujud syukur.

Ya Allah, engkau yang membolak balikkan hati, maka kau tetapkanlah hati ini di atas agamaMU juga di atas ketaatan kepadamu.

Ya Allah, engkau zahirkanlah kepadaku yang benar itu benar, dan yang bathil itu bathil.

Ya Allah, engkau yang mencampakkan ke dalam hatiku cinta ini, seperti laut yang cintakan airnya, tak ingin kekeringan. maka Kau tunjukkan aku jalan kebenaran itu.

Ya Allah, Engkau telah memantapkan hati ini, maka kau berilah hidayahMU, petunjukMU serta maghfirahMU.

Lagi bumi dibasahi. Aku tenggelam dalam lautan dalam. Perlayaran yang membawaku menuju kasih sayang yang tiada terhingga. Mimpi? Pastinya bukan mimpi. Namun itulah impian yang bukan mimpi. Impian yang mengundang harapan. Sejuta harapan seorang insan menuju pernikahan sakinah, mawaddah wa rahmah.

Lagi 'akad itu menguatkan hati, mengukuhkan kaki. Aku terima lamaranmu...
Wahai bidadariku...

Kita adalah dua jasad berbeza namun berkongsi hati yang sama...
Kerna kau, wahai sayangku adalah belahan dari hatiku, dan aku jua merupakan belahan hatimu...
Tercantum dua hati dalam ikatan yang sama...
Susahmu, susahku jua... Sedih pilumu ditanggung bersama... kesakita dan keperitan yang dirasakan, dibahagi dua...

Bagaimana mungkin satu tubuh dapat terorganisasi dengan baik andai punya lebih dari satu kepala?
Bagaimana satu tubuh mampu bekerja andai tiada persefahaman antara semuanya?
Bagaimana mungkin organ-organ dalam satu tubuh itu saling menguatkan andai kedua-duanya tak lagi memahami antara mereka?

Kerna kita satu tubuh, wahai bidadariku... satu tubuh yang punya anggota berbeza...
Kaki tak pernah bertanyakan tangan meminta membantunya berlari, apatah lagi menyalahkan tangan kerananya....

Kita dua manusia berbeza, lelaki dan wannita, masing mempunyai peranan tersendiri yang akhirnya saling menguatkan rumah tangga kita yang satu....

Kerna kau bidadariku... aku tak perlu selainmu...
Coretanmu kutatap dalam. Indah, seindah taman yang dihiasi mawar putih. Seindah pelayaran menuju firdausi. Walau jauh geografinya, namun kukuh dihati. Terima kasih abi, terima kasih murobbi, terima kasih suami mithali.

TEKNIK MENGHAFAZ EFEKTIF

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, April 7, 2009 , under , | Komen (0)



 
1) Tentukan bilangan ayat yang ingin dihafal

 
2) Membetulkan bacaan dari aspek makhraj, hukum, mad, dan waqaf

 
3) Ayat2 yang hendak dihafaz itu hendaklah diperdengar kepada orang yang lebih mahir

 
4) Melancarkan bacaan seluruh ayat2 yang hendak dihafaz terlebih dahulu.

 
5) Lancarkan bacaan dgn nada dan intonasi yang menarik

 
6) Mula menghafaz dgn membaca secara melihat Al-Qur'an ayat pertama berulang kali

 
7) Mula membaca ayat 1 tanpa melihat ayat AQ dan dibaca berulang kali sehingga yakin kemantapannya

 
8) Mula menghafaz ayat kedua spt proses menghafaz ayat pertama

 
9) Jgn sesekali menghafaz ayat AQ selagi bacaan x diperbetulkan

 
10) Guna mushaf (AQ) yang sama

 
11) Beri tumpuan, jaga mata, jgn berbual-bual semasa menghafaz ayat2 baru

 
12) Elakkan daripada sebarang gangguan semasa menghafaz (jgn tension, jgn tgk makna ayat)

 
13) Jgn ganggu teman anda yg sedang bersusah payah mengingati ayat AQ

 
14) Lakukan sedikit gerakan badan atau membasuh muka sekiranya mengantuk

 
15) Ingat kedudukan ayat dlm muka surat itu, di atas, di tgh atau di bawah

 
16) Pastikan ayat2 yang ada persamaaniaitu 'ayat mutasyabihaat', apa perbezaan dan 

persamaan antaranya.
 
17) Selepas menghafaz ayat2 g ditentukan tadi, tasmi' hafalan kpd teman anda terlebih dahulu

 
18) Selepas itu, lancarkan kembali hafazan dan barulah diperdengar kepada guru anda

 
19) Hendaklah saling bantu membantu

 
20) Pilih waktu yg berharga untuk menghafaz ayat sebelum, selepas Subuh dan selepas Mghrib

 
21) Pilih tempat yg sesuai y xda gangguan

 
22) Hafal semasa muda spt mengukir di atas batu. Jgn sia-siakan tempoh ini. Hargai setiap minit dan masa yang anda miliki.


Dipetik dari: Blog Ukhti Syaima'

Muhammad Al-Fatih

Posted by ummu_abdullah on Sunday, April 5, 2009 , under , , | Komen (8)



 
Tepat jam 7.48 malam, 29 Mac 2009, lahirlah permata yang dinantikan oleh umi, abi dan Abdullah. Kelahiran yang pastinya mengubah suasana keriuhan keluarga menjadi lebih istimewa dihati ahli-ahlinya. Keadaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alot Star yang selesa dan mesra dari segi perkhidmatan, pastinya memberi ketenangan padaku dalam keadaan genting itu.
Kelahiran yang merupakan ni'mat dan ujian, pasti tidak akan di sia-siakan. Maka, didikan yang paling utama yang mesti diberikan pastinya menanamkan kekuatan Aqidah pada dirinya, diikuti pendidikan-pendidikan lain. Semua itu pasti lahir daripada diri seorang abi dan umi terlebih dahulu. Malah akan melakukan yang lebih baik dalam menanamkannya kepada si kecil Muhammad Al-Fatih.
Walaupun kelahiran ini mengubah suasana keluarga, Abdullah tetap tidak akan diabaikan. Alhamdulillah, Abdullah mula belajar menjadi mujahid yang berdikari dan penyayang. Sayang pada adiknya, juga umi dan adiknya. Dalam proses belajar membaca dan menghafal, insyaAllah Abdullah Umar bakal menurunkan ilmu-ilmu tersebut kepada adiknya kelak.
Mohon doa semua, moga Allah merahmati dan memberkati keluarga ini...=)