Twitter

Saya Sangat Setuju Walaupun Mereka Tidak

Saturday, April 18, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 4/18/2009 04:57:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim,

Kepada semua pembaca blog ini, moga dalam keadaan sihat fizikal dan mental. >''<
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku ketika review jaundis, my lil Muhammad (2nd son).

Pagi tu sebenarnya nurse dah datang rumah, walaupun keadaan bilik yg bersepah pagi tu agak kelam kabut sikit dengan urusan ‘sms’… huhu

My lil Muhammad dah 20 hari, sepatutnya dah tak perlu review jaundis dia, dan memang nurse yang datang tu pun dah tulis dalam report card, “no jaundis”. Disebabkan nak ikut juga procedure, jadi saya terpaksa bawa lil Muhammad yang comel ke KK.

Ceritanya di KK, masa masuk dalam bilik untuk ambil darah lil Muhammad(lil Muhammad stay cool aje), nurse yang ambil darah menyatakan isi hatinya yang dia tak setuju dengan cara saya yang menjaga bayi ketika masih belajar. Katanya tidak sempurna penjagaan bayi yang begitu. Sepatutnya, jika nak jaga bayi dengan sempurna, “awak kena hantar anak awak kepada seorang pengasuh atau tinggal dia di kampung.”

AGREE???

Dengan nada yang sederhana dan sedikit marah, saya menjawab dengan cool, “bagi saya, lebih sempurna jika anak bersama saya daripada bersama orang lain”

AGREE???

Bila anak bersama ibunya, banyak hal yang akan menjadi mudah pada masa depan. Mungkin sekarang orang Nampak sukar bagi saya menjaga 2 orang anak yang comel dan cool, sambil belajar.

Namun saya yakin, pada masa depan, saya akan mendapat kemudahan yang lebih besar dan banyak. =) Alhamdulillah…

Macam mamafiza slalu cakap tu… “DO or DIE!”

Finally, the result of the test – serum bilirubin = 7.2 – Alhamdulillah…
Apa-apa pun alhamdulillah



Currently have 11 Komen:

  1. mamafiza says:

    Dear Miss ummu_abdullah,

    May God always bless your lovely family *hugs*

    Don't you worry my dear, I'll always pray for you. Amin~

    Gambatte ne! Please take great care and enjoy your weekend with your cute lil angels >_<

  1. Salam Ummu_Abdullah..

    Tahniah atas kelahiran baby kedua. Saya juga sedang menanti dengan berdebarnya untuk baby ke 3 :)

    Sebagaimana saya semasa baby pertama dulu, beria-ia ibu mertua mahu menjaga di kampung, bimbang si anak tidak ter'jaga' kerana saya yang bekerja. Tetapi sama seperti Ummu_Abdullah, saya memikirkan akibatnya jika anak tidak bersama ibunya, satu masa nanti. Dek kekerasan saya untuk menjaga sendiri anak, mereka menghormati keputusan saya.

    Dan Alhamdulillah.. rungutan bimbangkan anak tidak ter'jaga' tidak lagi saya kedengaran, kerana saya buktikan saya mampu mengasuh 2 orang anak walaupun siang dihantar ke nursery, tetapi masa-masa yang ada merekalah penghibur kami..

    Jangan bimbang-bimbang ye.. kita mengetahui diri kita sendiri :)

  1. kakyong says:

    Salam Ummu_Abdullah & Muhammad,

    La.. selama ni kakyong ingat suami nyer yg bekerja di TM (UPSI).. tu la yg tak bagus bila buat andaian, patut tanya masa kali pertama hati terdetik.

    macamane keadaan Ummu_andullah skrg? sudah cukup sihat & cergas kah? masih ke kuliah? dlm pantang? kakyong harap semua baik2 belaka.

  1. Derest mamafiza...

    TQ FOR UR CONCERN N UR PRAY.

    Mudah-mudahan keluarga mamafiza juga dililmpahi dengan kebahagiaan dan keberkatan dalam mendidik anak yang cute2 tu... ehhe, u know, yesterday, my son, Abdullah review sume video2 aktiviti dlm blog littlekittle.com . n he very enjoy wif all the vids and activities... Caiyokkkk kiruami, reihi n yunafi... >''<

    Dear senorita_2012,

    Harapnya dalam keadaan sihat dan happy2 selalu dengan baby dalam kandungan tu ya...

    Terima kasih atas sokongan dan kata2 semangat... betul sebenarnya, anak di sisi ibu, emosinya lebih baik dan terjaga... Malah anak-anak akan lebih rapat dengan ibu, itu kan yg terbaik... InsyaAllah...

    To kak yong...

    suami saya belajar di utp, maklumlah, muda lagi..ehhe....

    alhamdulillah, masa pregnant, HB sangat OK laa... jadi semuanya cepat recover... luka pun sikit sangat dan sudah sembuh, alhamdulillah...

    Sekarang dah 22 hari, then, 23 mac ni strat final exam... doakan yea....

  1. .....aayyaa.....nurse tuu pulun daaa...nak tau hal org lain plak....lain kali kalau dia tanya ..habaq "...tak tanya pun..."....jgn dok pulun ...huh!!!!

  1. Mommy Lyna says:

    assalamualaikum ummu abdullah,

    sihat2 hendaknye ye.

    say tak faham sebenarnya.. kenapa kalau BELAJAR, semua benda 'tak patut dibuat'. sedangkan kalau tak berlajar pun, tanggungjawab tetap sama jugak. kerja pun saya rasa lagi stress (itu kalau kerja macam sayala), dgn travel sana sini etc.

    tapi anaktu patut emaknya yang jaga kan. bukan je dari segi makan pakai, dari segi emosi, tarbiah, dsb.

    chaiyokkk!!!

  1. Ila muslim_milenium

    huhu, itulah hakikatnya.... haha

    Waalaikumsalam Mommy Lyna

    Sihat alhamdulillah, hope Mommy Lyna juga sihat disamping anak2 dan keluarga tersayang..ehhe... >''<

    Doakan la ye agar degree saya tak tersangkut dan dapat abis by next year... banyak projek menanti.. heheh... =)

  1. Ummu Nasuha says:

    Tahniah. Doakan saya sekuat anda juga :).

    ~Biar Susah Sekarang, Jgn Susah Akan Datang

  1. dear Ummu Nasuha...

    Moga Ummu Nasuha terus beroa untuk kita semua yea... =)

  1. Nor Hidayah says:

    Salam...
    sy sgt2 stuju dgn ummu_abdullah..
    anak2 mmg spatutnya bersama ibunya.walaupon sy bukanlah seorang ibu, tp jika sy mpy anak sy mmg nk jaga anak sy sendiri..

    emm..ummuabdullah blaja kt mana?? c0urse ape ye??
    maaf bertanya..sekadar ingin tahu..hehe

  1. dear Nor Hidayah,

    Boleh tengok pada link ini... http://pendidikanawal.wordpress.com

Leave a Reply

Post a Comment