Twitter

Muhammad Al-Fatih

Sunday, April 5, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 4/05/2009 10:18:00 PM

 
Tepat jam 7.48 malam, 29 Mac 2009, lahirlah permata yang dinantikan oleh umi, abi dan Abdullah. Kelahiran yang pastinya mengubah suasana keriuhan keluarga menjadi lebih istimewa dihati ahli-ahlinya. Keadaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alot Star yang selesa dan mesra dari segi perkhidmatan, pastinya memberi ketenangan padaku dalam keadaan genting itu.
Kelahiran yang merupakan ni'mat dan ujian, pasti tidak akan di sia-siakan. Maka, didikan yang paling utama yang mesti diberikan pastinya menanamkan kekuatan Aqidah pada dirinya, diikuti pendidikan-pendidikan lain. Semua itu pasti lahir daripada diri seorang abi dan umi terlebih dahulu. Malah akan melakukan yang lebih baik dalam menanamkannya kepada si kecil Muhammad Al-Fatih.
Walaupun kelahiran ini mengubah suasana keluarga, Abdullah tetap tidak akan diabaikan. Alhamdulillah, Abdullah mula belajar menjadi mujahid yang berdikari dan penyayang. Sayang pada adiknya, juga umi dan adiknya. Dalam proses belajar membaca dan menghafal, insyaAllah Abdullah Umar bakal menurunkan ilmu-ilmu tersebut kepada adiknya kelak.
Mohon doa semua, moga Allah merahmati dan memberkati keluarga ini...=)

Currently have 8 Komen:

  1. Syaima says:

    Assalamu'alaikum wbt...
    tahniah atas kelahiran insan baru.
    Selamat bermujahadah =)

  1. mohon doa anti di sana, juga akhwat lain yea...

  1. ainul..tahniah buat kehadiran org baru dalam keluarga..semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah oleh ALLAH dlm mendidik anak2 generasi masa hadapan..
    comel btol al-fatih..mcm abgnya..

  1. .....Ingat dawwah pesan pakcik...dah dapat adek baru tuu jangan dok blagak yaa...ape yang penting ?....keejee cha'mee....(wndr-pet)

  1. kakyong says:

    Salam Ummu Abdullah

    Tahniah, semoga bertambah ceria & meria kehidupan sekeluarga.. :D

  1. jazakumullah khairan kathira buat semua...

  1. Anonymous says:

    salam ummu Abdullah. Tahniah, semoga kelahiran baby baru ini membawa kemurahan rezki yang penuh barakah... Ameen

  1. Dearest Anonymous,

    jazakumullah... Moga Allah melimpahimu dengan barakah... >''<

Leave a Reply

Post a Comment