Twitter

Aktiviti Minggu Ini

Posted by ummu_abdullah on Saturday, May 30, 2009 , under , | Komen (4)



Bismillah walhamdulillah...


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur tak terhingga dengan ni'mat yang Allah kurniakan, diri masih mampu menghirup udara pemberian Allah s.w.t. 


Sepanjang di rumah mama, banyak juga aktiviti baru yang dapat dipelajari anak-anak.


Selain Muhammad yang sudah mula mengenal dunia dengan pantas, Abdullah juga telah menghafal surah al-Ikhlas. *alhamdulillah* Thanks a lotssssssssssssssss to tok wan.


Mind Sparkle (berusia hampir 15 tahun) 
 
 
Sebenarnya, di sini banyak educational toys and books to explore.


Selain Mind Sparkle, ada juga encyclopedia yang sangat BEST!!! 
 
Books for This weeks... (thanks tok!!)

Setiap hari, seperti biasa, Abdullah akan buka bukunya, tak kiralah encyclopedia atau grolier atau Baby Einstein. Aktiviti lainnya adalah Mind Sparkle. 

 
Yang atas tu, buku rujukan ummi... (read, read, read)

Then seperti biasa, berebut dengan tokwan buah blueberry di luar rumah.


p/s: Jangan Lupa baca Quran!!!

Aktiviti 2 Minggu Lepas

Posted by ummu_abdullah on Friday, May 29, 2009 , under , | Komen (5)



Alhamdulillah dengan izin Allah, aktiviti minggu lepas hanyalah 'travel-travel-travel'. Banyak juga yang dapat belajar, bukan saja anak-anak dapat belajar. Diri sendiri juga. InsyaAllah.


Menunggu di Airport, seawal jam 5 pagi (bosan ke...)


Yang ni happy pulak... =) (senyum sokmo)

Kebetulan di airport jumpa pulak Makcik Rashidah. Suka juga Muhammad dipangkuan Makcik ek.

Setiba di Kedah, kangen sangat sama padi-padi di sini. hehe...

Kura-Kura

Posted by ummu_abdullah on Saturday, May 23, 2009 , under | Komen (5)



 Alhamdulillah, dengan rezeki yang dikurniakan Allah, bertambahlah lagi seekor peliharaan Abdullah selepas ikan laga. Kali ini kura-kura (yang comel tu) pula. 





-------------------


Kenapa memelihara binatang?



1. Penting untuk perkembangan emosi anak selain bermain anak patung dan yang sewaktu dengannya

2. Melatih anak-anak menghargai makhluk bernyawa
3. Science project



-------------------

 
Sebenarnya bukan kura-kura, tapi labi-labi... =)

Selamat Hari Guru (lambat wish!!!)

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, May 19, 2009 , under | Komen (0)




To all my Teacher/Murobbiyah...

Moga Allah menjagamu di setiap sisi.

Terima Kasih Guruku

pagiku cerahku, matahari bersinar,
kugendong tas merah ku di pundak,
selamat pagi semua ku nantikan dirimu,
didepan kelas mu menantikan kami,

guruku tersayang,
guru tercinta,
tanpamu apa jadinya aku,
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal,
guruku terima kasih ku,

nyatanya diriku,
kadang buat mu marah
namun segala maaf kau berikan..

Tag!

Posted by ummu_abdullah on , under | Komen (2)



Diterima daripada kakyong


Tag ini berkisar tentang Profile Photo blogger.


Terangkan maksud gambar itu.

Al-'Ilm Fi shudr. Ilmu itu di dada, Moga anakku lebih mencintai ilmu lebih daripada ummi dan abinya. InsyaAllah... Gambar ni diambil ketika pergi "melepak" kat bilik tokwan Abdullah kat Sekolah Menengah Al-Azhar.

Kenapa pilih gambar itu?

Supaya, bila tengok bambar ni,hati sentiasa berdoa agar Allah memantapkan tsaqafah serta ilmu pengetahuan anak selaku pengganti masa hadapan... InsyaAllah...

Tag ni diberikan secara KHAS buat uhud80 dan amoiida...

Aktiviti Minggu Ini

Posted by ummu_abdullah on Saturday, May 16, 2009 , under , , | Komen (3)




Assalamualaikum wbt...

Perkongsian yang diharapkan akan memberi semangat kepada semua para ummi atau ibu di luar sana untuk terus kembali merenung peranan ibu sebagai pendidik pertama kepada anak-anak.


Senarai Aktiviti Minggu Ini bersama big Bro Abdullah >''<

1. Playing Math
2. Science is Fun
3. Become an Artist (Coloring)
4. Paper Snake, Blind Snake
5. Football is Great
6. Playing UNO!
7. Documentary Time



Senarai Aktiviti Bersama Cute Little Muhammad
1. Body Part
2. Touching and Feeling
3. How to Make Apache???






Alhamdulillah, semuanya berlalu tanpa disedari. Dengan izin Allah jua...


Buat uhud80, jazakillah khair sebab banyak kongsi... huhu, bila la nak pi umah lagi ni... iskisk....

Saya cerita sikit tentang aktiviti ni. (Random pick)



1. Playing Math


- Hanya menggunakan jarum yang kepalanya bulat dan berwarna serta polistrine.
- Pertama saya cucuk semua jarum di atas polistrine, kemudian, Abdullah mula susun mengikut warna dan dia akan kira setiap warna ada berapa


(Abdullah boleh kira 1-12 je, lebih daripada itu, dia akan ulang semula dengan nombor yang dia suka)


2. Science is Fun

Science Facts and Videos screenshot =)


- Planningnya nak explore website ni ---> Science Facts and Videos
- Apa yang berlaku adalah "Mosquito Life Cycle"


Tetiba paksu Abdullah panggil Abdullah untuk tengok jentik-jentik dalam bekas belakang rumah (terkejut jugak bila ada jentik-jentik). Penyelesaiannya adalah, ambil ikan laga dalam rumah, masukkan dalam bekas tu. Sampai kenyang ikan laga tu, baru keluarkan semula. Ternganga Abdullah tengok jentik-jentik tu.


"Ha, ni la jentik-jentik, yang jadi nyamuk tu, yang gigit kakak tu sampai masuk hospital" Bising la Abdullah bila dapat tengok binatang yang diceritakn selama ini.



"Yang mana?" Pening umi...



"Yang kita tengok gambar kat klinik tu"


Bila ke KK, selalu bawa Abdullah, kemudian seperti biasa, semua gambar yang ada di situ dia tanya. "tu apa tu?", "kenapa?", "mana?"... dan banyak lagi soalan-soalan killer.

3. Playing UNO!


- Simple je, Kad UNO tu kan berwarna warni, kemudian dia akn susun mengikut nombor, bukan color. Ummi biarkan aje dia nak susun macam mana, lastly NUMBERs Is His Choice!


4. Documentary


- Kali ni tajuk Ferrari
- 15 minit aje Abdullah tengok betul-betul. (Abi, lepasni bawa balik lagi ek Documentary yang best2... terutama Megafactory. (untuk sapa ni?)huhu



5. Body Part


-Abi dier punya aktiviti. Sebenarnya aktiviti ini dilakukan setiap hari. Cuma semalam aje yang lain sikit. setelah kak haridah kongsi pasal buku ape ntah.



Reaching 3 month :
Helping baby learn about his body
Help him put his finger into object like, jar, paper rools mouth, tisuue paper
About 15 Minutes guna 5 games :Visual game,Touch game, Hearing game, Smeel game, Movement game
TOUCH GAME
purpose : Touch stimulation and body part recognition
you ll need : Full leght mirror
Time : 1 minute
Baby's position : Sitting up in infant seat, in front of mirror
Watch for : Baby's relaxtion
-stroke baby, naming all body part
-taking his own rigt hand in yours, have him touch head, arm, belly, leg foot ect
***repeat with his left hand

5. How to Make Apache???

- Sebenarnya gimik saja... =) Masa tengah tengok Documentary tentang How to Make Apache, Muhammad baring depan laptop jugak dan ada la beberapa kali dia merenung laptop tu sampai berkerut-kerut. Yang saya dapat kesan, kurang dari 5 minit, dia dah hilang fokus.

Moga bermanfaat... >''<

My MuM Is AmaiZinG

Posted by ummu_abdullah on Friday, May 15, 2009 , under , , , , | Komen (0)






Hadiah Hari Ibu

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, May 12, 2009 , under | Komen (1)



 
 

Terima Kasih buat kakyong. Seronok rupanya dapat hadiah, walaupun hadiah 'maya'. Asal namany hadiah, memang best!



Niway, Selamat Hari Ibu juga buat kakong dan semua sahabat2 mayaku yang bergelar IBU!!!

Berantakan Kerana Tiada Aktiviti

Posted by ummu_abdullah on Sunday, May 10, 2009 , under , , , | Komen (2)





Assalamualaikum wbt...

Lama juga tak upsate. Erm...

Cuma nak kongsi perjalanan ketika minggu peperiksaan.

Suatu yang dijangka memang berlaku. Berkenaan Abdullah saja sebenarnya. Kanak-kanak yang kurang aktiviti akan buatlah aktiviti sendiri. Sememangnya bagi anak yang sedang dalam proses pertumbuhan fizikal, emosi, IQ dan sebagainya ingin meneroka segala-galanya. Jika tanpa pantauan, pasti segalanya berantakan.

Ketika minggu peperiksaan, aktiviti bersama Abdullah dah kurang sebab terpaksalah tumpu hal akademik sementara. Ehhe.. =) Maka, banyaklah aktiviti sendiri yang Abdullah lakukan. Bukan saja aktiviti luar rumah, malah yang paling banyak aktivitinya adalah dalam rumah.

"Masak", "mengemas", "membaca", "berenang" dan sebagainya. Baginya, itulah permainan yang menyenangkannya.

Kerana tiada petunjuk daripada sesiapa. Saya pula hanya membiarkan dia kadangkala saja (selagi masih selamat, tiada bahaya). Namun, ada la pinggan yang pecah, cawan yang hancur, air minum yang 'tercemar' dan sebagainya... =) ehhe...


Tak perlu tensyen. Releks je...


Itulah dunia mereka,

"NOTHING MEANS EVERYTHING"

Bagi kita mungkin hanya fikirkan kepenatan mengemas permainan mereka, mengemas tempat bermain mereka dan sebagainya. Namun bagi mereka, itulah pelajaran bermakna mereka. Cuma perlukan pantauan dan juga tunjuk ajar.

Maka, positiflah dalam berfikir dan bertindak. Mereka adalah harapan UMMAH... =)

Wallahua'lam...

Anak-anak di Luar Rumah, Bagaimana?

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, May 5, 2009 , under , | Komen (4)






Assalamualaikum wbt. buat semua pembaca.



Entry kali ini tentang kerisauan saya terhadap anak sulung yang baru mencecah usia 2 tahun 8 bulan. 


Sebenarnya hati tidak enak melihat abdullah bergaul dengan kanak-kanak yang datang menjenguk rumah tanpa izin. Banyak hal yang saya masih belun tahu tentang mereka. Bagaimana percakapan mereka, bagaimana tindak tanduk mereka, bagaimana semangat kerjasama mereka, bagaimana ibu bapa mereka.



Runsing sangat bila Abdullah mula keluar bermain semalam. Keselamatannya dan juga dengan siapa dia bermain. Dua hal yang sangat merunsingkan. 




Sebenarnya, Islam telah mengajar adab bertamu di rumah orang. Tak kiralah kanak-kanak atau orang tua. Mesti ada adab dalam bertamu. Bukan hanya masuk rumah orang tanpa izin kemudian bermain-main dan berlari-lari dalam rumah tersebut.



Bukan saja saya tidak senang dengan perbuatan kanak-kanak tersebut yang bertindak begitu, malah saya merisaukan anak sendiri. Saya tidak mahu kelak dia bersikap begitu juga. Sebenarnya sangat tidak menyenangkan tuan rumah.



Dalam hal lain, anak lelaki bermain dengan rakan perempuan. Bagi saya, itu bukan suatu perkara yang digalakkan. Sekiranya dielakkan, ia lebih baik. Kerana sepatutnya perwatakan dan permainan seorang kanak-kanak lelaki itu berbeza dengan kanak-kanak perempuan.



Saya bukan nak mengongkong anak di rumah dan tidak bersosial, namun saya punyai pendirian agar anak sentiasa di bawah jagaan saya. Agar anak saya lebih terdidik ke arah yang lebih positif. Agar anak saya tidak terpengaruh dengan kata-kata yang tidak enak didengar. 

Moga Allah tunjukkan kebenaranNYA...