Twitter

Anak-anak di Luar Rumah, Bagaimana?

Tuesday, May 5, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 5/05/2009 05:30:00 AM




Assalamualaikum wbt. buat semua pembaca.



Entry kali ini tentang kerisauan saya terhadap anak sulung yang baru mencecah usia 2 tahun 8 bulan. 


Sebenarnya hati tidak enak melihat abdullah bergaul dengan kanak-kanak yang datang menjenguk rumah tanpa izin. Banyak hal yang saya masih belun tahu tentang mereka. Bagaimana percakapan mereka, bagaimana tindak tanduk mereka, bagaimana semangat kerjasama mereka, bagaimana ibu bapa mereka.



Runsing sangat bila Abdullah mula keluar bermain semalam. Keselamatannya dan juga dengan siapa dia bermain. Dua hal yang sangat merunsingkan. 




Sebenarnya, Islam telah mengajar adab bertamu di rumah orang. Tak kiralah kanak-kanak atau orang tua. Mesti ada adab dalam bertamu. Bukan hanya masuk rumah orang tanpa izin kemudian bermain-main dan berlari-lari dalam rumah tersebut.



Bukan saja saya tidak senang dengan perbuatan kanak-kanak tersebut yang bertindak begitu, malah saya merisaukan anak sendiri. Saya tidak mahu kelak dia bersikap begitu juga. Sebenarnya sangat tidak menyenangkan tuan rumah.



Dalam hal lain, anak lelaki bermain dengan rakan perempuan. Bagi saya, itu bukan suatu perkara yang digalakkan. Sekiranya dielakkan, ia lebih baik. Kerana sepatutnya perwatakan dan permainan seorang kanak-kanak lelaki itu berbeza dengan kanak-kanak perempuan.



Saya bukan nak mengongkong anak di rumah dan tidak bersosial, namun saya punyai pendirian agar anak sentiasa di bawah jagaan saya. Agar anak saya lebih terdidik ke arah yang lebih positif. Agar anak saya tidak terpengaruh dengan kata-kata yang tidak enak didengar. 

Moga Allah tunjukkan kebenaranNYA...

Currently have 4 Komen:

  1. kakyong says:

    Salam UmmuAbdullah,
    bgmn ruper kwsn perumahan di tempat belajar Ummu_Abdullah.. adakah rumah teres berpagar?
    Kakyong anak2 memang tak main diluar.. walau fikri yg dah 3 tahun.. sbb kakyong rasa umur dia tu masih belum pandai berdikari & behave well.. so all the time memang main dalam pagar jer.. lagipun kakyong ni paranoid sket.. & dia cuma akan tengok jer budak2 & anak2 jiran main.. sebb anak jiran yg bermain di luor pagar pun kbykn nyer umur dah 4 tahun ke atas..
    rasanya Abdullah masih kecil untuk dibiar bermain di luar... lain lah kalau anak2 jiran yg kita kenal & bermain pula hanya dlm batsan kwsn tertentu, spt di laman rumah shj, bukan di dlm rumah. kita ni kena set kan rules kan..

  1. alhamdulillah... ingatkan saya yg terlalu mengongkong abdullah, rupanya kerisauan ini wajar2 sahaja.

    saya sewa kawasan kampung. xde pagar ape pun. biasanya abdullah memang tengok je, sapa panggil pon dia tak ikut selagi umi dier x benarkan dan x ikut skali ehhe... tapi smalam xtau nape dia ikut.

    punya la risau kite ni, dia bru 3 tahun, tapi sebab nampak macam org besar, jadi diorang main la ganas2. tahu la org kampung camne kan...

    Skang abdullah dah demam dan athma.. =) ntah nape plak.

  1. kakyong says:

    UmmuAbdullah,
    memang susah nak kawal kalo dlm kwsn kg.. tp sbb dia kecik sgt lagi, so kena selalu lah ingatkan dia.. tak boleh main jauh2 dr kwsn rumah, sbb kalo apa2 jadi, takde sapa tgk2 dia..
    kakyong selalu ingatkan fikri,"belum boleh main kat luor, fikri kecik lagi, kalo jatuh, luka camana?"
    bukan kita tak nak anak kita rasa sakit, tp biarlah bertempat kan..
    lainlah kalo dah umur 10 tahun, dah tahu la nak jaga diri sendiri.. tu pun dah sekolah kena juga dipantau.. jgn suka2 keluar main dgn kwn2 tak tentu hala..
    sian abdullah demam.. Abdullah kena rajin makan ubat ni.. pasni kena pastikan dia tak ikut budak2 main jauh2, heeeehhh.. bukan apa dia kecik, mudah berjangkit demam @ selsema.. tu lah juga antr sbb kakyong bg anak2 main dlm kwsn rumah jer.. kdg2 kuor lamn rumah pun tak.. penin agaknyer depa, ibu kurung dok dlm rumah jer..
    tu pun kuor kat laman time pagi, masa ibu sidai baju & siram pokok.. pastu belah ptg, tgk juga kalo ayahnya bagi @ tak...

  1. ooo, camtu... betul, xkire anak umo bape pon, tetap kene pantau kan...

    mungkin dalam kesibukan seharian kita, cuba luangkan masa untuk beraktiviti dengan anak, samada 'outdoor activities' atau 'indoor activities'

Leave a Reply

Post a Comment