Twitter

Berantakan Kerana Tiada Aktiviti

Sunday, May 10, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 5/10/2009 11:46:00 PM



Assalamualaikum wbt...

Lama juga tak upsate. Erm...

Cuma nak kongsi perjalanan ketika minggu peperiksaan.

Suatu yang dijangka memang berlaku. Berkenaan Abdullah saja sebenarnya. Kanak-kanak yang kurang aktiviti akan buatlah aktiviti sendiri. Sememangnya bagi anak yang sedang dalam proses pertumbuhan fizikal, emosi, IQ dan sebagainya ingin meneroka segala-galanya. Jika tanpa pantauan, pasti segalanya berantakan.

Ketika minggu peperiksaan, aktiviti bersama Abdullah dah kurang sebab terpaksalah tumpu hal akademik sementara. Ehhe.. =) Maka, banyaklah aktiviti sendiri yang Abdullah lakukan. Bukan saja aktiviti luar rumah, malah yang paling banyak aktivitinya adalah dalam rumah.

"Masak", "mengemas", "membaca", "berenang" dan sebagainya. Baginya, itulah permainan yang menyenangkannya.

Kerana tiada petunjuk daripada sesiapa. Saya pula hanya membiarkan dia kadangkala saja (selagi masih selamat, tiada bahaya). Namun, ada la pinggan yang pecah, cawan yang hancur, air minum yang 'tercemar' dan sebagainya... =) ehhe...


Tak perlu tensyen. Releks je...


Itulah dunia mereka,

"NOTHING MEANS EVERYTHING"

Bagi kita mungkin hanya fikirkan kepenatan mengemas permainan mereka, mengemas tempat bermain mereka dan sebagainya. Namun bagi mereka, itulah pelajaran bermakna mereka. Cuma perlukan pantauan dan juga tunjuk ajar.

Maka, positiflah dalam berfikir dan bertindak. Mereka adalah harapan UMMAH... =)

Wallahua'lam...

Currently have 2 Komen:

  1. kakyong says:

    salam UmmuAbdullah,

    anak2 ni memang sgt kreatif.. kdg2 bila diperhatikan, memang anak2 ni menjadi 'sekolah' kepada ibubapa... byk yg kita belajar hasil drp kreativiti anak2... sabar, berlapang dada, bervariasi dalam menutur kata2... heheh...

    selamat hari ibu.. jemput ke blog ambil hadiah hari ibu
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

  1. yups, Belajar dan mengajarkan... InsyaALlah,..

    TQ kakyong, best dapat hadiah..ehhe...

Leave a Reply

Post a Comment