Twitter

Sibuk Sangat Ke?!

Saturday, June 27, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 6/27/2009 02:54:00 PM


Bismillah walhamdulillah.

Lama betul tak update. Sibuk? Agak sibuk juga bila mula berbisnes. Risau juga anak-anak terlepas pandang, tapi alhamdulillah masih dalam kawalan.

Banyak perkara yang dilalui, Kastam, Hospital, SRT dan sebagainya. Tak habis jika dicoretkan di sini.

Artikel terbaru daripada blog Anakku Sayang (baru berpindah daripada blog Pendidikan Awal) adalah tentang aktiviti bercerita bersama anak-anak. Apa yang menjadi rutin saya dan Abdullah, adalah bercerita sebelum tidur. Cerita apa? Cerita benda yang sama saja. Balik-balik cerita raja Abrahah, Nabi Ismail dengan Air zam-zam, Nabi Ibrahim musnahkan patung/berhala, Nabi dibelah dada, dan cerita-cerita hikayat lain. 2-3 minggu boleh la cerita sampai habis. Bila dah dekat sebulan ulang benda yang sama, memang menguap la.

Memang cerita yang diulang-ulang sangat disukai kanak-kanak. Malah mereka tak bosan. Apa yang berlaku sekarang adalah ummi akan melalut-lalut cerita tunggang terbalik, Abdullah pun mula tanya, "umi cakap apa?". Maksudnya ummi dah tidur la tu Abdullah. Jawapan biasa, "jom lah kita tidur, dah lewat". hehe.. =)

Atau yang berlaku juga sekarang ni adalah buka laptop, tengok sendiri cerita (katun) sampai tidur. huhu...

Niway, ambillah yang baik. Bercerita pada anak memang dapat membina ikatan yang sangat baik. Dan juga membina gaya bahasa anak kita. Alhamdulillah... >''<

Currently have 4 Komen:

  1. ummumishkah says:

    yer,
    anak saya pun suka diceritakan cerita yang sama.. agaknya dia rasa seronok kalau dah tahu jalan cerita tu kot.. mmg sesi bercerita ni salah satu cara untuk eratkan ikatan dengan anak-anak...

  1. CERITA memang bagus kan... erm... good effort...

  1. am0i Ida says:

    salam

    betul tu ukht..tapi ana tak biasakan cerita dgn anak time nak tido..bkn apa nanti dia tanak tido...so kena ulang2 last2 ummi yg tido..tp pastu dia kejutkan dia suh citer...sabo jer la..hihi

  1. Salam,ummu_Abdullah..dh lma tak jln2 blog ni.bagus ummu praktikkan baca kisah2/sirah Nabi pada ank2...klu kena gaya cerita ank2 lagi excied nk dgr,kan?
    Terima kasih kongsikan.insya Allah nak praktuikkan pda ank2 nnt.

Leave a Reply

Post a Comment