Twitter

Sang Khaliq

Monday, July 13, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 7/13/2009 11:47:00 AM


Bismillah walhamdulillah.
Kepada Allah yang memegang hati-hati kita, Yang membolak balikkan hati ini, ku mohon kau tabahkan hati dengan kekuatan yang kau kurniakan.
Kuliah dah bermula. Macam-macam yang terfikir. Mampu? Soalan yang sama saja dari dulu ketika awal melangkah ke semester baru. Alhamdulillah, kurniaan anak kedua mematangkan lagi fikiran dan  tindakan. Muhammad Al-Fatih, peniup semangat kala sendiri menghayun langkah menelusuri badai yang tak pernah henti memukul pantai. Ujian demi ujian bagai ombak yang surut dan naik ke pantai. Bagai ikan yang perlukan air. Tidak mungkin berkesudahan. Sendiri…
Menelusuri sejarah Muhammad Al-Fatih, seorang panglima perang yang tawadhu’, berkeyakinan, wara’, dan juga luas tsaqafahnya baik dalam bidang Hadith, Al-Quran, Fiqh, juga stategi perang. Panglima perang yang terbaik dan tentera yang terbaik di alam ini. Kekuatan apakah yang beliau ada?
Nama seorang anak pasti memainkan peranan yang cukup besar dan cukup berpengaruh dalam kehidupannya juga kehidupan ibu bapanya. Biarlah nama sepanjang mana sekalipun, akhirnya yang dipanggil adalah yang tiada makna. Sia-sia. Teringat sejarah Al-Fatih, sikap tawadhu’nya cukup meruntun hati mendoakan agar ia diwarisi sang permata hati Muhammad Al-Fatih. Peniup ‘ghiroh’ seorang umi dan abi hanya melalui namanya. Oleh sebab itu, pilihlah nama yang terbaik buat anak, bukan nama yang sedap disebut dan didengari, malah nama yang sedap dari sudut ma’nanya.
Sang Pemegang Hati, kekuatan yang kau kurniakan kepada Sultan Al-Fatih sering meruntun hati ini untuk meraih sama apa yang diraihnya. Biar jauh sejauh matahari, bagai menggapai pelangi yang indah, hati ini dipegang Sang Pemegang Hati, akan kembali jua ke tanganNya. Dengan mendekati dan memuji Sang Pemegang Hati itu, pasti Dia yang membentuk hati dengan seindah dan sebaik-baiknya.
Subhanallah, Islam ini sangat indah. Hanya dengan Sang Pemegang Hati yang tiada di mata itu boleh menjadikan hati itu lembut, kuat, tegar dan kukuh. Yang ada dan nampak di mata pula menguatkan lagi ikatan denganNYA. Hebat! Tak tercapai akal untuk mencari susur galurnya. Namun itulah yang telah ditetapkan.
“Umi cuba teka kenapa pokok warna hijau?” Abdullah dah mula bertanya soalan-soalan peliknya. Kali ini bukan ingin tahu, tapi ingin meneka. Tepat jawapan yang aku berikan.
“Cuba Abdullah fikir, kenapa ya?”
“Sebab Allah jadikan la umi”
Alhamdulillah, makin matang fikirannya. Allah itu di hati bukan di mata.
“Umi, Abdullah nak pakai seluar panjang, taknak pakai seluar pendek ni dah?”
“Kenapa pulak?”
“Nanti Nampak aurat, Allah marah”
Ya, Allah itu di hati, bukan di mata. Seringlah menyebutnya agar hati kuat, agar anak juga kuat mengingatinya.
Ingatlah Sang Pemegang Hati.

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment