Twitter

Usul 'Isyrin (Usul Ke 2)

Posted by ummu_abdullah on Thursday, August 27, 2009 , under | Komen (0)



 Abi Murobbi

" والقرآن الكريم ، والسنة المطهرة مرجع كل مسلم في تعرف أحكام الإسلام ،
ويفهم القرآن طبقا لقواعد اللغة العربية من غير تكلف ولا تعسف ،
ويرجع في فهم السنة المطهرة إلي رجال الحديث الثقات "

“ Al-quran Al-karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-qur’an hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadith yang thiqah.”

معاني المفردات
- القرآن : في الأصل مصدر قرأ ((فإذا قرأناه فاتبع قرآنه))ـ القيامة 18 ـ  نحو كفران ورجحان، ومعناه الجمع لأنه يجمع السور ويضمها (لسان العرب)  \ ويعرف العلماء القرآن : (الكلام المعجز المنزل علي محمد (ص) والمكتوب في المصحف، المنقول باالتواتر، المتعبد بتلاوته) – مناهل العرفان –

- السنة : الطريقة والسيرة \ شرعا : ما أمر النبي (ص) أو النهى ، أو ندب إليه قولا وفعلا ، أو أقره مما لم ينطق به الكتاب العزيز .

- التكلف : السؤال والبحث عن الأشياء التي لا فائدة لها .

- التعسف : الميل والعدول عن الظاهر إلي غير الظاهر وهو ما يمكن التعبير عنه . \ السير بغير العلم \ الظلم .

Hubungan Usul ke-2 dengan yang sebelumnya:


      -Usul pertama menegaskan tentang kesyumulan (comprehensive) Islam dalam setiap aspek kehidupan. Usul yg ke-2 ini pula menegaskan tentang sumber hukum-hakam bagi setiap bidang kehidupan yang ditetapkan Islam .

     - Apabila kita katakan bahawa Islam merupakan Deen (agama) & Daulah (Negara), maka hendaklah pernyataan ini mempunyai sumber yang dipercayai , setiap pernyataan tentang agama Allah yang tidak mempunyai sumber yang Sohih dari Al-qur’an dan Sunnah merupakan pernyataan yang cacat dan tidak diakui sama-sekali.

- Oleh itu Usul yg ke-2 ini menghadkan sumber pensyariatan (Legislation): 

( Kerana Al-quran dan Sunnah merupakan dua asas bagi syariah yg datang dengan nas-nas syariah yang meliputi hukum-hukum Kulli (keseluruhan), manakala sumber-sumber yg lain pula ia tidak datang dengan asas-asas syariah yang baru, maka ia tidak dikatakan baru dan tidak mempunyai tambahan padanya , tetapi ia merupakan method (cara-cara) Istidlal (mengambil hukum) terhadap hukum-hukum furu’ (cabang) daripada Al-quran dan Sunnah, dan ia sesekali tidak boleh bertentangan dengan Al-quran dan Sunnah kerana ia bersumber dan bersandar kepadanya. (Al-qur’an & Sunnah) .-(التشريع الجنائي في الإسلام ،للشهيد عبد القادر العودة) -

Explanation :
     Ummat Islam seluruhnya bersepakat bahawa Al-quran dan Sunnah merupakan dua rujukan asas bagi pensyariatan Islam. Setiap persoalan khilaf (perselisihan) yg terjadi , maka sumber rujukan perselisihan tersebut diukur dengan nash-nash Al-qur’an dan Sunnah . Nash-nash Al-quran dan Sunnah merupakan nash berbahasa Arab. Oleh itu Al-quran dan Sunnah hendaklah difahami dengan kaedah-kaedah bahasa Arab dalam uslub masyarakat Arab dalam pergaulan mereka.

((فإن تنازعتم في شيء فردوه إلي الله والرسول إن كنتم تؤمنون با الله واليوم الآخر))
“ Maka , jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara , maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat”

Al-Imam Ibn Hazm menjelaskan bahawa : “ Tiada perselisihan diantara kumpulan-kumpulan yang dilabelkan oleh Muslimin daripada Ahli Sunnah wal Jamaah , Muktazilah, Khawarij ,Mur’jiah , dan Zaidiyyah tentang kewajipan mengambil sumber daripada Al-quran  .. … tetapi hanya yg berselisih dengannya ialah kelompok daripada pengikut-pengikut ekstrim Syiah Raafidah , mereka merupakan Kuffar dan Musyrik disisi ahli Islam” –( Ibn Hazm : Al-Ihkam)

Usul ini sepertimana yg dikatakan oleh Syiekh Said Hawwa : “Ia dikatakan serta diakui sebagai Tashih (membetulkan) kefahaman dalaman yg menjadikan nash-nash sebagai simbol atau gambaran yg tidak difahami, ia juga merupakan sebagai satu usul yg membetulkan kembali pada kebanyakan Ittijahat Fiqhiyyah (Arus-arus golongan fiqh) yg dipertanggungjawabkan mentak’wil nash-nash sebagaimana ia juga merupakan usul yg membetulkan semula arus-arus golongan yg kurang ilmu dan tidak mendalaminya.( في آفاق التعليم) –-

Al-Quran:


Imam As-Syahid telah mengatakan : “Al-qur’an hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta”


             Sunnatullah telah menetapkan bahawa setiap rasul yang diutuskan kepada kaum-kaum tertentu adalah berdasarkan Lisan Qaum ( bahasa kaum ) tersebut, dan kitab yang diturunkan juga merupakan dari bahasa yg sama .
Firman Allah SWT :
(( وما أرسلنا من رسول إلا بلسان قومه ليبين لهم))
“ Dan kami tidak mengutuskan seorang rasul pun , kecuali dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka” (Surah Ibrahim :4)

Hakikatnya, Muhammad SAW diutuskan dan diwahyukan kepada-Nya Al-Qur’an dengan Lisan Arab sebagai rahmat untuk sekelian alam . Firman Allah SWT :
(( إنا أنزلناه قرآنا عربيا لعلكم تعقلون))
“ Sesungguhnya kami menurunkan-Nya berupa Qur’an berbahasa Arab agar kamu mengerti”
(Surah Yusuf : 2)

Oleh itu, Ummah Islamiyyah haruslah memahami Al-quran mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta, disini beberapa ilmu yang perlu bagi seseorang yang ingin menafsir Al-qur’an seperti :

- Ilmu Nahu & Sorof
- Ilmu Adab dan Balaghah
- Ulum Al-quran
- Ilmu Usuluddin dan Tauhid
- Ilmu Usul Fiqh
- Ilmu Hadith , Fiqh , & Sirah
- Ilmu Kemasyarakatan, Geografi dll .. ..  

Sepertimana dikatakan oleh Imam Mufassir Al-Mujahid Syiekh Manna’ Qhattan :
( لا يحل لأحد يؤمن باالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن عالما بلغات العرب)
“ Tidak Halal, bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat , bercakap tentang Kitab Allah (Al-qur’an) sekiranya dia tidak mengetahui / mahir Bahasa Arab”
( مباحث في علوم القرآن للقطان)-  -


Imam As-Syathibi berkata : “ .. Berkata sesuatu tentang Al-quran dan Sunnah tanpa ilmu merupakan Takalluf ( memberat-beratkan/ sukar & tidak terdaya) dan kita telah dilarang daripada memberat-beratkan, dan termasuk dibawah makna hadith ini :

(( حتي إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤساء جهالا))
“ Sehingga tiada lagi Alim Ulama’, manusia akan mengambil/ melantik orang-orang yang jahil”

Kerana apabila tiada pada mereka Lisan Arabi (Bahasa Arab), mereka meruju’ kepada Al-quran dan Sunnah Nabi SAW dengan kefahaman mereka yang A’jami (Asing daripada bahasa Arab), dan akalnya hanya terhad atau terbatas pada berpegang pada dalil-dalil yang menyesatkan daripada kebenaran” ( Jami’ Al-Usul / Al-I’tishom)

Ketahuilah bahawa  sesungguhnya ,tidak digalakkan menafsir Al-quran dengan hanya pendapat-pendapat atau ijtihad dan tidak mengambil asas ilmu untuk menyandarkan pada-Nya, sepertimana Firman Allah :


(( ولا تقف ما ليس لك به العلم ))
“ Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.”

(( وأن تقولوا علي الله ما لا تعلمون ))
“ Dan mengatakan apa yang tidak kamu ketahui.”

Sabda Nabi SAW : 


(( من قال في القران بغير علم فليتبوأ مقعده من النار))
“ Barang siapa yang berkata tentang Al-quran tanpa ilmu, maka bersedialah tempatnya di neraka” ( Riawayat Al-Baihaqy , hadith daripada Ibn Abbas Nabi SAW bersabda :


((  من قال في كتاب الله برأيه فأصاب فقد أخطأ))
“ Barang siapa yang berkata tentang Kitab Allah dengan pandangannya , kemudian betul, maka dia sebenarnya telah tersalah” ( Dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Sunnah: 


  *لا قرآن بغير السنة *
Imam As-Syahid berkata : “Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadith yang thiqah”
     
         Imam As-Syahid bukan sekadar menunjukkan kepada sumber yang sahih kepada hukum-hukum , bahkan beliau menunjukkan juga jalan yang ideal untuk memahami Al-qur’an dan Sunnah ,supaya setiap orang tidak mengambil atau meninggalkannya menurut hawa nafsunya tanpa dalil.
Beliau menjelaskan bahawa Sunnah difahami melalui perawi-perawi hadith yang Thiqah (dipercayai) . Merekalah manusia yang paling berkemampuan dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis atau tidak dalalahnya (hukum/maksud) serta makna-maknanya .
( نظرات في رسالة التعليم – محمد عبد الله الخطيب)
Perbezaan Al-quran dan Sunnah :

Al-qur’an ialah dalil qat’ie thubut , diambil secara Mutawatir Yakiiny , manakala Sunnah pula , hadith yang paling sedikit ialah hadith Mutawatir , dan kebanyakannya pula, thabit dengan hadith-hadith  Ahad .
Al-qur’an lafaz & makna-Nya daripada Allah, manakala Sunnah pula lafaznya dari Nabi SAW dan maknanya dari Allah SWT.


Al-quran diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi SAW, dan Sunnah pula melalui ilham, mimpi benar (Ru’ya Sadiqah), dan daripada-Nya ada yang di thabitkan dengan ijtihad Nabi SAW daripada apa yang Allah tetapkan kepadanya (Wahy Al-Bathin) .
-( مدخل لمعرفة الإسلام – د.يوسف القرضاوى ) -


Imam Ibn Hazm mengatakan : “ Bukan hanya sekadar Al-qur’an yang dijaga oleh Allah SWT, tetapi Allah juga menjaga Sunnah didalam hati-hati Rijal, sepertimana firman Allah SWT :
(( إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون))
“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Zikra (Al-qur’an) ,dan pasti kami memeliharanya.”(Surah Al-Hijr : 9)

“Zikra”(peringatan) disini bukanlah hanya bermaksud Al-qur’an , tetapi “Zikra” ialah Al-qur’an dan Sunnah berdalilkan Firman Allah SWT :
((لتبين للناس ما نزل إليهم))
“ Agar engkau ( Nabi SAW ) menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.” ( Surah An-Nahl : 44)

Penerangan termasuk didalam peringatan, maka penjagaan Allah merangkumi Al-qur’an dan Sunnah.” -( الإحكام في أصول الأحكام ،ابن حزم)-

Hadith-hadith sahih beserta perawi-perawi yang Thiqah (dipercayai) boleh didapati di dalam kitab-kitab hadith tersebut :

Sohih Bukhari
Sohih Muslim
Sunan atau Sohih Tarmizi
Sunan Abi Daud
Sunan Nasa’i
Sunan Ibnu Majah
Al-Mawatta’ Imam Malik
Musnad Imam Abi Hanifah
Musnad Imam As-Syafi’e
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal
Musnad Imam Ad-Daarami

Para fuqaha’ dan muhadiithin telah bersepakat bahawa Kitab Sohih Bukhari merupakan rujukan ke-2 selepas Al-qur’an dan Sohih Muslim selepasnya .

Kesimpulan :

Dalam usul ini menunjukkan kepada kebijaksanaan Imam As-Syahid dalam menyatukan hati-hati Ummah Islamiyyah iaitu dengan mengajak kepada dalil-dalil yang disepakati jumhur, iaitu Al-qur’an dan Sunnah, adapun dalil-dalil hukum yang lain seperti ijma’, qias , istihsan dan sebagainya merupakan khilaf di kalangan ulama’ dan ada satu golongan kecil tidak menerimanya.
Dalil-dalil hukum yang lain hanya diambil berdasarkan pada apa yang telah dithabitkan oleh Al-quran dan Sunnah .


Al-qur’an dan Sunnah merupakan dua sumber yang qat’ie dan ma’sum (terjaga daripada kesalahan) yang tiada perselisihan diantara keduanya bagi seorang muslim yang betul Islam-nya.
Tiada gunanya Al-Quran tanpa Sunnah . 


( لا قرآن بغير السنة)
Tiada gunanya fiqh tanpa Sunnah, tiada gunanya Sunnah tanpa fiqh .


( لا فقه بغير السنة ، ولا سنة بغير الفقه)
Tiada pada Sunnah satu perkara pun yang terkeluar daripada Al-qur’an, ini kerana Sunnah menerangkan perkara yg Ijmaali (keseluruhan) dalam Al-quran , serta mengkhususkan ke-umuman ayat Al-qur’an serta Mentaq’yid (mengikat) ayat-ayat Al-qur’an yang Mut’laq . 


Al-Quran menerangkan Qawaid (kaedah-kaedah), dan Sunnah pula mendetailkan hukum-hukum .
Ummah Islamiyyah hanya akan terselamat daripada kesesatan apabila mereka berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana sabda Nabi SAW :

(( تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما مسكتم بهما : كتاب الله وسنة نبيه))
“ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”

******               ******            ******           *******              *******            ******     ****
Rujukan Asas :

(مدخل لمعرفة الإسلام) ـ د.يوسف القرضاوى
(في رحاب الأصول العشرين) ـ محمد سعيد مرسي
(فهم أصول الإسلام) ـ د.على عبد الحليم محمود
( نظرات في رسالة التعليم) ـ محمد عبد الله الخطيب
(فهم الإسلام في ظلال الأصول العشرين) ـ جمعة أمين عبد العزيز
( النهج المبين لشرح الأصول العشرين) ـ أ.د.عبد الله قاسم الوشلي
(Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’lim ) 

Ilmu Sebelum Amal

Posted by ummu_abdullah on Wednesday, August 26, 2009 , under , , | Komen (1)




Menurut Sa'id Hawwa, ilmu itu sangat penting sebelum beramal. Tanpa ilmu, amal akan menjadi sia-sia. Malah lebih parah apabila ilmu yang tidak jelas menyebabkan amalan tersekat.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang menyedari bahawa dalam menuju tujuan da'wah, maka dia menyampaikan ilmu dan kefahaman tentang Islam. Namun, sekiranya mad'unya telah melepasi fasa at-tabligh dan at-ta'lim, maka perlu ada usaha untuk meningkatkan kefahaman mad'u tersebut. Proses inilah yang dinamakan At-Takwin.

Pada peringkat at-Takwin, pasti berbeza daripada peringkat at-Tabligh. Hal ini sudah semestinya berlaku kerana sekiranya kita baru memasuki tempat kerja, pasti kita dikenalkan dengan hal-hal yang asas dan lama kelamaan akan adanya kursus, praktikal dan sebagainya. Tidak lagi mengenal hal-hal yang asas tadi.

Jika individu tersebut layak dengan ciri-ciri yang sepatutnya, barulah dia diletakkan dalam satu tahap yang dipanggil at-Tanzim (organisasi). Pada tahap ini, kepakaran ini perlu dikenalpasti dan diletakkan pada tempatnya. Jika tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya, itulah zalim namanya.

Apabila sudah diletakkan pada tahap tanzim, barulah peringkat pelaksanaan akan menjadi efisyen.

Dalam keadaan ini, di manakah kita sepatutnya. Seeloknya dijawab di di dalam hati sebagai muhasabah pada diri kita. Inilah masanya untuk kita mempertingkatkan dan memperkukuhkan ilmu, jika tidak, amal kita akan terhenti pada tahap tabligh padahal tugas kita amat banyak sehinggalah at-tanfidz yang memerlukan komitmen dan kefahaman yang benar-benar mantap. Barulah kemenangan itu datang! Allahuakbar...

Menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dlm Fathu Rabbani, ada 4 perkara yang boleh melenyapkan agamamu.

(1) kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui.
(2) kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.
(3) kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya.
(4)kamu melarang manusia untuk mempelajari apa yang tidak mereka ketahui.

Fikir-fikirkan...

Keadilan Dalam Islam

Posted by ummu_abdullah on Tuesday, August 25, 2009 , under , , | Komen (0)





Bismillah walhamdulillah

Sedikit perkongsian tentang kedudukan ADIL dalam Islam. Perjuangan menegakkan khilafah, pastinya menuntut keadilan dari sekecil-kecil masalah. Bukan penindasan! Bukalah mata untuk melihat sikap ADIL yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah.



"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan"
(Surah Shaad ayat 26)

Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab

"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
(Surah Al-Maidah ayat 49)


Firman Allah lagi

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"

Firman Allah Taala selanjutnya:

"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",

Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:

Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.

Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).

Firman Allah:

"Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".

Firmannya lagi .

"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"

dan berfirman lagi:

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut".

Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya"

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad."

Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep pimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinqgi ialah

1. Al-Quran,
2. Al-sunnah
3. Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilan ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."

Masanya Untuk Beramal - Pesanan

Posted by ummu_abdullah on Thursday, August 13, 2009 , under , , | Komen (1)




Bismullah Walhamdulillah...

Baru-baru ini, banyak kes-kes kematian berlaku. Baik kes H1N1, mahupun kes-kes lain. Betapa Allah ingin menunjukkan sesuatu dan memberi peringatan kepada kita yang masih hidup di dunia ini. Selepas kes kematian Yasmin Ahmad, dunia dikejutkan dengan pemergian Ustaz Asri Rabbani. Kes H1N1 pula hari ini mencatat jumlah ke 51.

Apakah pesanan tersirat yang telah disampaikan oleh Allah? Jangan leka lagi. Pengajaran di sebalik kejadian perlu diteliti dan diambil pengajaran. Janganlah jadi seperti orang-orang yang tuli. Tidak mendengar malah tidak mengambil tahu tentang pengajaran di sebalik sesuatu kejadian.

Mari sama-sama tingkatkan ibadah dan ketaatan kepada Pencipta kita. Masa semakin suntuk. Mungkin hari ini esok dan entah bila kita akan rebah dan pergi tak kembali. Kerana semuanya di tangan Allah, maka dengan itu, kita perlu sungguh-sungguh dalam beramal. Bukan lagi berfoya-foya dengan dunia, dengan muzik yang tiada penghujungnya sehingga leka dan bermewah-mewah dengan harta dunia. Masanya untuk beramal. Ayuh!

Terima Kasih Allah

Posted by ummu_abdullah on Monday, August 10, 2009 , under , , , , | Komen (1)



Bismillah walhamdulillah...






Terima Kasih Allah kerana masih menyayangi diriku dan keluargaku dengan pemberiah ni'mat dan rahmat untuk aku terus hidup meniti jalan yang panjang ini.


Terima Kasih Allah!

Susahkah menyebut perkataan ini? Senang bukan? Maka, selitlah perkataan ini dalam cerita-cerita, kisah-kisah atau perbualan dengan anak anda. Sesuatu yang mudah ini yang sering dilupakan. Bila anak mula bicara soal Allah, tauhid dan ketuhanan, bukankah hati ibu menjadi lapang? Maka berilah pendedahan itu seawal mungkin kepada anak-anak. Biar tertanam di sanubarinya, bahawa Allah adalah segalanya. Penanaman aqidah yang mantap dalam diri anak-anak tidak perlukan aktiviti-aktiviti yang "canggih-canggih",  complicated dan mahal, malah lebih terkesan dengan perlakuan spontan. Ceritakan kepada anak anda dengan cerita apa sekalipun, namun, kaitkan ia dengan ketauhidan.


Anda perlu contoh?


Begini. Katakan anda sedang menonton televisyen bersama keluarga. Kisah pahlawan yang sedang bermain pedang. Jadi, apa yang boleh anda ceritakan kepada anak anda (toddlers)? 


Beritahu bahawa, Rasulullah atau Nabi kita, Muhammad berperang dengan orang kafir sehebat inilah. Saidina Ali bertempur di medan perang segagah ini. Biar timbul di benaknya bahawa Islam perlu dipertahankan dan ada yang akan merosakkannya.


Contoh lagi...?


Ibu-ibu pasti lebih keatif. Gunakan kekreatifan itu untuk mengembangkan potensi anak anda. Berusahalan untuk terus mendidik anak anda dengan ikhlas. InsyaAllah... =)

Membaca

Posted by ummu_abdullah on Thursday, August 6, 2009 , under | Komen (3)




Bismillah walhamdulillah..

Lama tak post di sini. Alhamdulillah, dengan kekangan masa, sempat untuk mencoret sedikit bicara. (tak tahu nak tulis pasal apa nih) 





Sepanjang tempoh tak update sebarang post di sini, banyak perkara yang berlaku. Mengubah banyak perkara dalam hidup. Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk hamba menghirup udara pemberiannya.


Sedikit perkongsian. Baru ni tok abdullah ada ajar dia membaca. Fuh, sekali je ajae dah dapat tangkap. Maka saya pun meneruskan proses ajar abdullah membaca. Alhamdulillah, mana2 dia jumpa a, i, u (sebutan phonic) abdullah dah boleh sebut dan kenal. 


Jadi jangan takut untuk mulakan, cuba untuk buat cara paling interesting. Anak-anak sangat suka. 


Haritu tok dia nak bagi plastesin, jadi dia pun excited la nak belajar. alhamdulillah....


Muhammad baru mencecah 4 bulan. Alhamdulillah... Dah mula nampak perkembangan pesatnya. Meniarap, membalas percakapan, dah mula berpusing, penah haritu jatuh tilam... sian... dah mencapai objek, masuk mulut.


Wallahua'lam