Twitter

Ilmu Sebelum Amal

Wednesday, August 26, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 8/26/2009 03:15:00 AM


Menurut Sa'id Hawwa, ilmu itu sangat penting sebelum beramal. Tanpa ilmu, amal akan menjadi sia-sia. Malah lebih parah apabila ilmu yang tidak jelas menyebabkan amalan tersekat.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang menyedari bahawa dalam menuju tujuan da'wah, maka dia menyampaikan ilmu dan kefahaman tentang Islam. Namun, sekiranya mad'unya telah melepasi fasa at-tabligh dan at-ta'lim, maka perlu ada usaha untuk meningkatkan kefahaman mad'u tersebut. Proses inilah yang dinamakan At-Takwin.

Pada peringkat at-Takwin, pasti berbeza daripada peringkat at-Tabligh. Hal ini sudah semestinya berlaku kerana sekiranya kita baru memasuki tempat kerja, pasti kita dikenalkan dengan hal-hal yang asas dan lama kelamaan akan adanya kursus, praktikal dan sebagainya. Tidak lagi mengenal hal-hal yang asas tadi.

Jika individu tersebut layak dengan ciri-ciri yang sepatutnya, barulah dia diletakkan dalam satu tahap yang dipanggil at-Tanzim (organisasi). Pada tahap ini, kepakaran ini perlu dikenalpasti dan diletakkan pada tempatnya. Jika tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya, itulah zalim namanya.

Apabila sudah diletakkan pada tahap tanzim, barulah peringkat pelaksanaan akan menjadi efisyen.

Dalam keadaan ini, di manakah kita sepatutnya. Seeloknya dijawab di di dalam hati sebagai muhasabah pada diri kita. Inilah masanya untuk kita mempertingkatkan dan memperkukuhkan ilmu, jika tidak, amal kita akan terhenti pada tahap tabligh padahal tugas kita amat banyak sehinggalah at-tanfidz yang memerlukan komitmen dan kefahaman yang benar-benar mantap. Barulah kemenangan itu datang! Allahuakbar...

Menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dlm Fathu Rabbani, ada 4 perkara yang boleh melenyapkan agamamu.

(1) kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui.
(2) kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.
(3) kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya.
(4)kamu melarang manusia untuk mempelajari apa yang tidak mereka ketahui.

Fikir-fikirkan...

Currently have 1 Komen:

  1. abu_abdullah says:

    Tazkirah yang menarik,

    Sesetengah orang mengatakan bahawa ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Ini betul.

    Tetapi amal tanpa ilmu jauh lebih merbahaya, kerana boleh jadi dia merasakan sedang berbuat kebaikan, sedangkan dia sedang merosakkan binaan yang sekian lama dibangunkan.

    ilmu tanpa amal cuma mengakibatkan kerugian potensi dir, tetapi amal tanpa ilmu merosakkan segala-galanya...

Leave a Reply

Post a Comment