Twitter

Usul 'Isyrin (Usul Ke 2)

Thursday, August 27, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 8/27/2009 12:42:00 AM

 Abi Murobbi

" والقرآن الكريم ، والسنة المطهرة مرجع كل مسلم في تعرف أحكام الإسلام ،
ويفهم القرآن طبقا لقواعد اللغة العربية من غير تكلف ولا تعسف ،
ويرجع في فهم السنة المطهرة إلي رجال الحديث الثقات "

“ Al-quran Al-karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-qur’an hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadith yang thiqah.”

معاني المفردات
- القرآن : في الأصل مصدر قرأ ((فإذا قرأناه فاتبع قرآنه))ـ القيامة 18 ـ  نحو كفران ورجحان، ومعناه الجمع لأنه يجمع السور ويضمها (لسان العرب)  \ ويعرف العلماء القرآن : (الكلام المعجز المنزل علي محمد (ص) والمكتوب في المصحف، المنقول باالتواتر، المتعبد بتلاوته) – مناهل العرفان –

- السنة : الطريقة والسيرة \ شرعا : ما أمر النبي (ص) أو النهى ، أو ندب إليه قولا وفعلا ، أو أقره مما لم ينطق به الكتاب العزيز .

- التكلف : السؤال والبحث عن الأشياء التي لا فائدة لها .

- التعسف : الميل والعدول عن الظاهر إلي غير الظاهر وهو ما يمكن التعبير عنه . \ السير بغير العلم \ الظلم .

Hubungan Usul ke-2 dengan yang sebelumnya:


      -Usul pertama menegaskan tentang kesyumulan (comprehensive) Islam dalam setiap aspek kehidupan. Usul yg ke-2 ini pula menegaskan tentang sumber hukum-hakam bagi setiap bidang kehidupan yang ditetapkan Islam .

     - Apabila kita katakan bahawa Islam merupakan Deen (agama) & Daulah (Negara), maka hendaklah pernyataan ini mempunyai sumber yang dipercayai , setiap pernyataan tentang agama Allah yang tidak mempunyai sumber yang Sohih dari Al-qur’an dan Sunnah merupakan pernyataan yang cacat dan tidak diakui sama-sekali.

- Oleh itu Usul yg ke-2 ini menghadkan sumber pensyariatan (Legislation): 

( Kerana Al-quran dan Sunnah merupakan dua asas bagi syariah yg datang dengan nas-nas syariah yang meliputi hukum-hukum Kulli (keseluruhan), manakala sumber-sumber yg lain pula ia tidak datang dengan asas-asas syariah yang baru, maka ia tidak dikatakan baru dan tidak mempunyai tambahan padanya , tetapi ia merupakan method (cara-cara) Istidlal (mengambil hukum) terhadap hukum-hukum furu’ (cabang) daripada Al-quran dan Sunnah, dan ia sesekali tidak boleh bertentangan dengan Al-quran dan Sunnah kerana ia bersumber dan bersandar kepadanya. (Al-qur’an & Sunnah) .-(التشريع الجنائي في الإسلام ،للشهيد عبد القادر العودة) -

Explanation :
     Ummat Islam seluruhnya bersepakat bahawa Al-quran dan Sunnah merupakan dua rujukan asas bagi pensyariatan Islam. Setiap persoalan khilaf (perselisihan) yg terjadi , maka sumber rujukan perselisihan tersebut diukur dengan nash-nash Al-qur’an dan Sunnah . Nash-nash Al-quran dan Sunnah merupakan nash berbahasa Arab. Oleh itu Al-quran dan Sunnah hendaklah difahami dengan kaedah-kaedah bahasa Arab dalam uslub masyarakat Arab dalam pergaulan mereka.

((فإن تنازعتم في شيء فردوه إلي الله والرسول إن كنتم تؤمنون با الله واليوم الآخر))
“ Maka , jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara , maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat”

Al-Imam Ibn Hazm menjelaskan bahawa : “ Tiada perselisihan diantara kumpulan-kumpulan yang dilabelkan oleh Muslimin daripada Ahli Sunnah wal Jamaah , Muktazilah, Khawarij ,Mur’jiah , dan Zaidiyyah tentang kewajipan mengambil sumber daripada Al-quran  .. … tetapi hanya yg berselisih dengannya ialah kelompok daripada pengikut-pengikut ekstrim Syiah Raafidah , mereka merupakan Kuffar dan Musyrik disisi ahli Islam” –( Ibn Hazm : Al-Ihkam)

Usul ini sepertimana yg dikatakan oleh Syiekh Said Hawwa : “Ia dikatakan serta diakui sebagai Tashih (membetulkan) kefahaman dalaman yg menjadikan nash-nash sebagai simbol atau gambaran yg tidak difahami, ia juga merupakan sebagai satu usul yg membetulkan kembali pada kebanyakan Ittijahat Fiqhiyyah (Arus-arus golongan fiqh) yg dipertanggungjawabkan mentak’wil nash-nash sebagaimana ia juga merupakan usul yg membetulkan semula arus-arus golongan yg kurang ilmu dan tidak mendalaminya.( في آفاق التعليم) –-

Al-Quran:


Imam As-Syahid telah mengatakan : “Al-qur’an hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta”


             Sunnatullah telah menetapkan bahawa setiap rasul yang diutuskan kepada kaum-kaum tertentu adalah berdasarkan Lisan Qaum ( bahasa kaum ) tersebut, dan kitab yang diturunkan juga merupakan dari bahasa yg sama .
Firman Allah SWT :
(( وما أرسلنا من رسول إلا بلسان قومه ليبين لهم))
“ Dan kami tidak mengutuskan seorang rasul pun , kecuali dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka” (Surah Ibrahim :4)

Hakikatnya, Muhammad SAW diutuskan dan diwahyukan kepada-Nya Al-Qur’an dengan Lisan Arab sebagai rahmat untuk sekelian alam . Firman Allah SWT :
(( إنا أنزلناه قرآنا عربيا لعلكم تعقلون))
“ Sesungguhnya kami menurunkan-Nya berupa Qur’an berbahasa Arab agar kamu mengerti”
(Surah Yusuf : 2)

Oleh itu, Ummah Islamiyyah haruslah memahami Al-quran mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta, disini beberapa ilmu yang perlu bagi seseorang yang ingin menafsir Al-qur’an seperti :

- Ilmu Nahu & Sorof
- Ilmu Adab dan Balaghah
- Ulum Al-quran
- Ilmu Usuluddin dan Tauhid
- Ilmu Usul Fiqh
- Ilmu Hadith , Fiqh , & Sirah
- Ilmu Kemasyarakatan, Geografi dll .. ..  

Sepertimana dikatakan oleh Imam Mufassir Al-Mujahid Syiekh Manna’ Qhattan :
( لا يحل لأحد يؤمن باالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن عالما بلغات العرب)
“ Tidak Halal, bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat , bercakap tentang Kitab Allah (Al-qur’an) sekiranya dia tidak mengetahui / mahir Bahasa Arab”
( مباحث في علوم القرآن للقطان)-  -


Imam As-Syathibi berkata : “ .. Berkata sesuatu tentang Al-quran dan Sunnah tanpa ilmu merupakan Takalluf ( memberat-beratkan/ sukar & tidak terdaya) dan kita telah dilarang daripada memberat-beratkan, dan termasuk dibawah makna hadith ini :

(( حتي إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤساء جهالا))
“ Sehingga tiada lagi Alim Ulama’, manusia akan mengambil/ melantik orang-orang yang jahil”

Kerana apabila tiada pada mereka Lisan Arabi (Bahasa Arab), mereka meruju’ kepada Al-quran dan Sunnah Nabi SAW dengan kefahaman mereka yang A’jami (Asing daripada bahasa Arab), dan akalnya hanya terhad atau terbatas pada berpegang pada dalil-dalil yang menyesatkan daripada kebenaran” ( Jami’ Al-Usul / Al-I’tishom)

Ketahuilah bahawa  sesungguhnya ,tidak digalakkan menafsir Al-quran dengan hanya pendapat-pendapat atau ijtihad dan tidak mengambil asas ilmu untuk menyandarkan pada-Nya, sepertimana Firman Allah :


(( ولا تقف ما ليس لك به العلم ))
“ Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.”

(( وأن تقولوا علي الله ما لا تعلمون ))
“ Dan mengatakan apa yang tidak kamu ketahui.”

Sabda Nabi SAW : 


(( من قال في القران بغير علم فليتبوأ مقعده من النار))
“ Barang siapa yang berkata tentang Al-quran tanpa ilmu, maka bersedialah tempatnya di neraka” ( Riawayat Al-Baihaqy , hadith daripada Ibn Abbas Nabi SAW bersabda :


((  من قال في كتاب الله برأيه فأصاب فقد أخطأ))
“ Barang siapa yang berkata tentang Kitab Allah dengan pandangannya , kemudian betul, maka dia sebenarnya telah tersalah” ( Dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Sunnah: 


  *لا قرآن بغير السنة *
Imam As-Syahid berkata : “Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadith yang thiqah”
     
         Imam As-Syahid bukan sekadar menunjukkan kepada sumber yang sahih kepada hukum-hukum , bahkan beliau menunjukkan juga jalan yang ideal untuk memahami Al-qur’an dan Sunnah ,supaya setiap orang tidak mengambil atau meninggalkannya menurut hawa nafsunya tanpa dalil.
Beliau menjelaskan bahawa Sunnah difahami melalui perawi-perawi hadith yang Thiqah (dipercayai) . Merekalah manusia yang paling berkemampuan dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis atau tidak dalalahnya (hukum/maksud) serta makna-maknanya .
( نظرات في رسالة التعليم – محمد عبد الله الخطيب)
Perbezaan Al-quran dan Sunnah :

Al-qur’an ialah dalil qat’ie thubut , diambil secara Mutawatir Yakiiny , manakala Sunnah pula , hadith yang paling sedikit ialah hadith Mutawatir , dan kebanyakannya pula, thabit dengan hadith-hadith  Ahad .
Al-qur’an lafaz & makna-Nya daripada Allah, manakala Sunnah pula lafaznya dari Nabi SAW dan maknanya dari Allah SWT.


Al-quran diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi SAW, dan Sunnah pula melalui ilham, mimpi benar (Ru’ya Sadiqah), dan daripada-Nya ada yang di thabitkan dengan ijtihad Nabi SAW daripada apa yang Allah tetapkan kepadanya (Wahy Al-Bathin) .
-( مدخل لمعرفة الإسلام – د.يوسف القرضاوى ) -


Imam Ibn Hazm mengatakan : “ Bukan hanya sekadar Al-qur’an yang dijaga oleh Allah SWT, tetapi Allah juga menjaga Sunnah didalam hati-hati Rijal, sepertimana firman Allah SWT :
(( إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون))
“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Zikra (Al-qur’an) ,dan pasti kami memeliharanya.”(Surah Al-Hijr : 9)

“Zikra”(peringatan) disini bukanlah hanya bermaksud Al-qur’an , tetapi “Zikra” ialah Al-qur’an dan Sunnah berdalilkan Firman Allah SWT :
((لتبين للناس ما نزل إليهم))
“ Agar engkau ( Nabi SAW ) menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.” ( Surah An-Nahl : 44)

Penerangan termasuk didalam peringatan, maka penjagaan Allah merangkumi Al-qur’an dan Sunnah.” -( الإحكام في أصول الأحكام ،ابن حزم)-

Hadith-hadith sahih beserta perawi-perawi yang Thiqah (dipercayai) boleh didapati di dalam kitab-kitab hadith tersebut :

Sohih Bukhari
Sohih Muslim
Sunan atau Sohih Tarmizi
Sunan Abi Daud
Sunan Nasa’i
Sunan Ibnu Majah
Al-Mawatta’ Imam Malik
Musnad Imam Abi Hanifah
Musnad Imam As-Syafi’e
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal
Musnad Imam Ad-Daarami

Para fuqaha’ dan muhadiithin telah bersepakat bahawa Kitab Sohih Bukhari merupakan rujukan ke-2 selepas Al-qur’an dan Sohih Muslim selepasnya .

Kesimpulan :

Dalam usul ini menunjukkan kepada kebijaksanaan Imam As-Syahid dalam menyatukan hati-hati Ummah Islamiyyah iaitu dengan mengajak kepada dalil-dalil yang disepakati jumhur, iaitu Al-qur’an dan Sunnah, adapun dalil-dalil hukum yang lain seperti ijma’, qias , istihsan dan sebagainya merupakan khilaf di kalangan ulama’ dan ada satu golongan kecil tidak menerimanya.
Dalil-dalil hukum yang lain hanya diambil berdasarkan pada apa yang telah dithabitkan oleh Al-quran dan Sunnah .


Al-qur’an dan Sunnah merupakan dua sumber yang qat’ie dan ma’sum (terjaga daripada kesalahan) yang tiada perselisihan diantara keduanya bagi seorang muslim yang betul Islam-nya.
Tiada gunanya Al-Quran tanpa Sunnah . 


( لا قرآن بغير السنة)
Tiada gunanya fiqh tanpa Sunnah, tiada gunanya Sunnah tanpa fiqh .


( لا فقه بغير السنة ، ولا سنة بغير الفقه)
Tiada pada Sunnah satu perkara pun yang terkeluar daripada Al-qur’an, ini kerana Sunnah menerangkan perkara yg Ijmaali (keseluruhan) dalam Al-quran , serta mengkhususkan ke-umuman ayat Al-qur’an serta Mentaq’yid (mengikat) ayat-ayat Al-qur’an yang Mut’laq . 


Al-Quran menerangkan Qawaid (kaedah-kaedah), dan Sunnah pula mendetailkan hukum-hukum .
Ummah Islamiyyah hanya akan terselamat daripada kesesatan apabila mereka berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana sabda Nabi SAW :

(( تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما مسكتم بهما : كتاب الله وسنة نبيه))
“ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”

******               ******            ******           *******              *******            ******     ****
Rujukan Asas :

(مدخل لمعرفة الإسلام) ـ د.يوسف القرضاوى
(في رحاب الأصول العشرين) ـ محمد سعيد مرسي
(فهم أصول الإسلام) ـ د.على عبد الحليم محمود
( نظرات في رسالة التعليم) ـ محمد عبد الله الخطيب
(فهم الإسلام في ظلال الأصول العشرين) ـ جمعة أمين عبد العزيز
( النهج المبين لشرح الأصول العشرين) ـ أ.د.عبد الله قاسم الوشلي
(Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’lim ) 

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment