Twitter

Aku dan Ramadhan

Thursday, September 17, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 9/17/2009 05:20:00 PM

Bismillah walhamdulillah...

Coretanku kala ini tertumpu bulan mulia. Bulan Ramadhan. Bulan yang dirindui kedatangannya, ditangisi permergiannya. Kala malam pertama aku memasuki bulan ini, debaranku kencang. Mampukah aku beramal setulus hati dengan penuh kerendahan? Atau aku hanya melakukan amal tanpa kehadiran hati ini. Itu tanda-tanda hatiku tidak dipilih Allah. Debaran menjengah lagi kala aku menghampiri solat tarawikh. Usai solat isya’, aku memegang erat sebuah al-Quran. Tanda aku ingin solat dengan memegang mushaf. Sejak malam pertama, solatku hanya di rumah. Anak-anak menjadi saksi solat tarawikhku. Tika aku bujang, sudah tentu aku menghabiskan solat tarawikh ini di masjid-masjid atau surau berdekatan. Namun dengan kehadiran cahaya mata kedua, membuat aku memikirkan kepentingan yang perlu aku jaga. Baik kerisauan anak pertama mengganggu jemaah masjid, mahupun ketenangan anak kecil kedua terganggu kala aku solat di masjid.

Usai tarawikh aku kembali melakukan rutin harianku. Mengemas, mendidik anak dan memasak. Rutin ini aku niatkan semuanya kerana Allah. Agar aku memeperoleh pahala beribadah di bulan mulia. Seawall jam 4 pagi, aku terjaga, dek kerana anak kecil itu perlukan aku. Lantas aku bangun, menidurkan semula si kecil itu. Debaran lagi, kala aku mengambil wudhu’ untuk menunaikan tahajjud. Kerisauanku tertumpu pada hati yang telah banyak lalai di bulan-bulan lepas, menyebabkan Allah mengeringkan hati daripada ingatan kepadanya. Gusar. Perlahan aku mangambil telekung dan kupakai dengan bismillah. Solatku kali ini, kumohon agar dipanjangkan umur untuk aku terus beribadah.

Aku mula melalui hari demi hari dengan rutin ibadah. Tenang. Bulan yang menyenangkan banyak hati, menguatkan seluruh azam. Kala ini menghampiri hari kemenangan. Muhasabah...
Aku lihat masjid dan surau mula lengang. Ada juga yang mula membanjiri masjid kala malam dihujungnya. Iktikaf. Rumah Allah telah mula kosong ketika solat tarawikh. Yang ada dalam fikiran para ibu adalah kuih raya. Patutkah begitu? Malam pertama dilalui dengan penuh kesungguhan dan kekhusyukan, namun diakhiri dengan malam malam yang hambar dengan amal-ibadah. Kadang aku juga terasa sedikit hambar. Muhasabah lagi...

Bagaimana mungkin sebuah institusi keluarga itu hanya bahagia di malam pertamanya namun hambar di malam-malam berikutnya.TIDAK! Jika ia berlaku, itulah tanda-tanda kehancuran sedang menghampiri. Begitu jugalah di bulan ini. Kita sedang berada di penghujung Ramadhan. Amal perlu ditingkatkan, ibadah perlu diperbanyakkan, sedekah perlu dihulurkan, tilawah perlu dinyaringkan. Moga Ramadhan berlalu dengan penuh kebaikan dan pemergiannya dalam keredhaan.

Wallahua’lam...

Currently have 1 Komen:

  1. akhtar_7 says:

    pergilah ramadhan dan bawalah dosa-dosa kami bersamamu.....


    fa'fuanna!!!!

Leave a Reply

Post a Comment