Twitter

Kesekian Kali

Wednesday, November 18, 2009 , Posted by ummu_abdullah at 11/18/2009 06:31:00 AM

Alhamdulillah semalam sempat tukar 3 layout blog. Blog bancik, keluarga dan blog sendiri. Dengan izin Allah juga ana dapat merasai nikmat tarbiyah dan yang terpenting tarbiyah dzatiyah. Suasana yang berbeza kala tinggal bersama akhwat di rumah sewa dahulu berbanding tinggal di rumah sendiri kala ini. Keadaan yang sangat menguji ini pasti meninggalkan bekas. Kerana, semuanya atas kehendak diri sendiri juga petunjuk Ilahi. Bagaimana mutabaah sekarang, bagaimana pendidikan anak sekarang? Semuanya perlu difikirkan dan dinilai setelah hari-hari berlalu.

Buat yang berada di rumah, saksikan kehebatan tarbiyah dzatiyah, saksikan kehebatan nafsu melawan iman, saksikan diri kita yang sedang membawa arus. Da'ie bukan dibawa arus. Biar tercampak di negeri seberang, arusnya tetap kita halakan.

Banyak perkara-perkara yang berlalu tanpa sebarang update di sini. Sekadar ingin menenangkan fikiran dan mengkoreksi semula amal-amal seharian. Juga memperbaharui niat yang seringkali terbabas.


Kita beramal bukan perlu dipaksa. kerana paksaan itu akan membuahkan kebencian. Bila diri merelakan paksaan itu, maka diri sendiri akan memaksa diri sendiri.
 

Moga amal kita dinilai dan dilihat oleh Allah. Bukan sia-sia...

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment