Allah
Friday, January 29, 2010
, Posted by ummu_abdullah at 1/29/2010 01:56:00 PM
Allah,
Air mata ini sudah kering
Bukan kerana terlalu banyak ia mengalir
Namun terlalu kurang aku meratapi
Allah,
Engkau berjanji,
Tika air mata membasahi bumi,
Terpadam baraan api itu,
JanjiMU pasti
Allah,
Tika aku sujud,
Aku bisngkas bangun,
Tika aku memberi salam,
Aku juga bingkas bangun
Allah,
Kala aku terasing,
Aku sedar tiada siapa disisi,
Aku juga 'ego'
Aku ego untuk meminta dari manusia,
Kerana mereka tidak memahami,
Sedang diri dilanda musibah...
Allah,
Kuat aku menjerit,
Aku inginkan pelukanMU,
Aku ingin kembali merinduiMU,
Aku ingin terus mengingatiMU.
Allah,
Banyaknya dosa,
Banyaknya nista,
Segalanya tiada terkira,
Kerana aku hanya manusia.
Allah...
Allah...
Allah...
Allah,
Aku manusia hina,
Sujudku sering terlena,
Qiyamku kadang tak lama...
Allah,
Kini aku kembali,
Aku menagih cinta sejati,
Tiada erti aku menyepi,
Kerana aku punyaimu ILAHI!!!




Currently have 0 Komen: