Twitter

Condominium VS Pondok

Monday, February 8, 2010 , Posted by ummu_abdullah at 2/08/2010 11:42:00 PM

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, Allah mengurniakan kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan perbincangan lepas. 


Sejak minggu lepas, banyak betul kejadian berlaku. Baik dalam rumah mahupun luar rumah. Weekend lepas, zauj ana menghadiri rehlah (sepatutnya lah), sekitar tanjung malim sahaja, tiba-tiba ana dapat paggilan daripadanya bahawa beliau sudah berada di cameron highland. Ikutkan dah nak turut serta rehlah tu, tapi memandangkan "online" petang tu, jadi tak dapatlah nak ikut. 


Berbalik kepada tajuk, antara condominiun dan pondok, yang mana mudah dibina dan yang mana lebih cepat siap? Jika antum diberi pilihan untuk mendiami pondok atau condominium, mana yang antum pilih.


(tanya orang-orang haraki ni, mesti jawapannya adalah pondok... hehe, dah tahu dah)


Perbandingan antara pondok dan juga condo bukanlah dari sudut kemewahannya, akan tetapi dari sudut struktur binaannya, kontraktornya dan juga kekukuhannya.

Bayangkan...
--------------------------------
Di sebuah kawasan yang amat luas, terdapat sebuah kediaman yang sedang dibina. CONDOMINIUM. Masa yang diambil untuk membina bukanlah sehari dua.




Daripada menentukan bajet, memilih lot, membentuk team, mereka pelan, memilih kontraktor, membina "foundation", landscape, bahan binaan, dinding, atap, hiasan rumah dan sebagainya. Ia mesti tidak memakan masa yang singkat. 


Mulalah TEAM CONDO bekerja menyiapkan foundation yang kukuh dengan bahan-bahan binaan yang kuat. Ketika bahagian dinding dan tiang-tiang CONDO sedang dinaikkan, tiba-tiba muncul seorang kontraktor muda, fresh graduate. Kontraktor ini ingin membina sebuah "condo" juga. Dengan harapan, sama-sama membangunkan tempat penginapan yang kukuh dan selesa bagi semua. Namun, kontraktor "condo" ini tidak mempunyai pengalaman berbanding TEAM CONDO tersebut. 


Bagi membolehkan "condo"nya siap dengan cepat, maka kontraktor tersebut memilih sebahagian bahan binaan sahaja kerana bajetnya sedikit. Kemudian binaannya mula naik. 


Ketika TEAM CONDO sedang menyiapkan atap, kontraktor muda tadi sudah bersenang lenang di dalam "condo"nya. Namun, inilah rupa "condo"nya:



PONDOK!!!

Ketika hujan, bocor... Tidak tahan pada keadaan cuaca yang tak menentu. Ketika kontraktor pondok mula membaiki kerosakan demi kerosakan, maka kerosakan lain pula muncul. TEAM CONDO mula kasihan dengan PONDOK yang makin hari makin merisaukan. Tiada kekuatan, namun ada keistimewaan. Apa keistimewaannya? 


CEPAT SIAP!


Ya, PONDOK ini cepat siap berbanding condominium yang besar di sebelahnya. 

Condo di sebelahnya lambat siap. Kelihatan seperti kontraktornya tidak bekerja. Hasilnya seperti tiada. Nampaknya kontraktornya mungkin tidur sahaja. Namun, lama kelamaan atap condominium itu siap. Akan tetapi, masih banyak yang perlu dilakukan. Sistem pengaliran air, elektrik, cat, nak pasang tingkap, pintu, kipas, kabinet, "tile"...



TEAM CONDO terus berusaha menyiapkan condo mereka sebaik mungkin. Kukuh dan terbaik dari segenap aspek. Kerosakan yang berlaku, cepat dibendung, malah kerosakan yang berlaku adalah sangat minimum disebabkan faoundation, bahan binaan dan pelan yang tersusun dan kukuh. Lambat, tetapi hebat. 

---------------------


Cuba kita lihat dakwah Rasulullah ketika di Mekah. Pada permulaan dakwah, Rasulullah menyentuh hampir semua golongan manusia. Dari yang muda hingga yang tua. Dari yang bangsawan hingga hamba. Kebanyakannya datang dari kabilah yang berlainan. 


Apabila dakwah diterima semua golongan, maka setiap daripada mereka mengambil peranan yang berbeza dalam mengembangkan dakwah. Dakwah mula berkembang dengan baik. Hasilnya tidak mencanak, akan tetapi meningkat dengan perlahan. Sesuai dengan usaha dan perjalanan Rasulullah dan para sahabat.

Ayuh kita renung sejenak. Tika tarbiyah mula menyapa... (sambung sendiri)


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Besarnya nikmat, sukarnya ujian. Dengan hidayah dan nur daripada Allah, kita semua masih dilimpahi nikmat dan ujian. Ujian itu tanda ingatan Allah, dan nikmat itu juga tanda ingatanNYA. Dakwah Rasulullah masih sama-sama kita bangunkan. Sama-sama kita usahakan.

Ayuh sama-sama juga kita pelihara dakwah Rasulullah. Dengan menjauhi fitnah, menangkis fitnah dan mencari kebenaran. Semua itu tanggungjawab kita. Tiada siapa boleh menghalang. Jangan gentar jika benar, kerana halangan itu cuma dari orang-orang yang takut.

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment