Twitter

Hazad Deen, Islam Manhaj Buat Manusia Bukan "Magic"

Monday, February 22, 2010 , Posted by ummu_abdullah at 2/22/2010 09:02:00 PM

Bismillah walhamdulillah...

Teliti Kisah Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna




Haza Addeen adalah sebuah buku yang dikarang indah oleh sasterawan ikhwan, Syed Qutub. Buku ini ditulisnya ketika beliau telah menapakkan kakinya ke dalam Ikhwanul Muslimin. Pada waktu ini, As-Syahid Imam Hassan Al-banna telah pergi meninggalkan bumi barakah para ilmuan dan ikhwan.

Asy-Syahid Syed Qutb

Sebelum membahaskan lebih lanjut, tentang sesebuah buku adalah sangat penting untuk kita mengetahui siapakah penulis dan pada keadaan apakah buku ini dikarang penulis. Hal ini adalah supaya kita tidak silap dalam mentafsir setiap bait perkataannya. Karya para tokoh ikhwan ini perlu dibahas, dihadam dan difahami dengan sebenar-benarnya. Malah ia perlu dikutip daripada sumber yang benar kerana setiap orang mempunyai perbahasan yang berbeza-beza. Dan hanya orang yang hidup di zamannya yang paling memahami bait-bait perkataan itu

Secara ringkas, Syed Qutub merupakan Ahli Ikhwanul Muslimin pada tahun 1949 sehingga beliau ke tali gantung pada 1966. Selama 7 tahun ini, beliau benar-benar mendalami halatuju dakwah Ikhwan yang sangat murni. Dengan itu, beliau menjalankan dakwah sepenuh masa. Syed Qutub menulis buku ini ketika umat Islam di Mesir sedang berada dalam keadaan kekecewaan dan kesedihan dengan pemergian Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Dalam keadaan kesedihan ahli-ahli ikhwan ditangkap beramai-ramai oleh pemerintah kejam, Jamal Abdul Nasir. Ketika ini, para ikhwan berada dalam keadaan yang amat memilukan.

Kehebatan ujian Allah ini meruntun hati as-Syahid Syed Qutb untuk merungkai persoalan dan perasaan hiba ini. Maka, apakah persoalan yang dirungkai oleh pena tajam ini?

Secara ringkasnya (kesimpulan), Islam merupakan manhaj yang diturunkan Allah buat semua umat manusia. Maka ia sangat bertepatan dengan fitrah manusia. Sesuai dari segenap aspek. Maka manhaj ini perlu dibangun oleh manusia, malah boleh juga dikucar-kacirkan juga oleh manusia sendiri. Ia tidak boleh dimenangkan oleh para malaikat, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, jin-jin atau apa sekalipun. Ia hanya mampu dimenangkan olrh manusia sendiri. Fitrahnya, manhaj ini diturunkan untuk dimenangkan oleh manusia.

Para orientalis sering mengatakan Islam adalah agama yang mengongkong, agama yang berat dan punyai disiplin yang cukup banyak, tiada kebebasan. Namun, apakah itu kebebasan? As-Syahid Syed Qutub menerangkan bahawa kebebasan adalah kemampuan seseorang melepaskan diri dan hatinya daripada belenggu hawa nafsu. Pemikiran tajam ini telah menggoyah perjuangan para pemikir barat, para ahli kitab barat dan para orientalis.

Jika Islam perlu dimenangkan oleh manusia, mengapa penindasan terlalu teruk dan kejam. Ketika cahaya mula cerah ketika Asy-Syahid Hassan Al-Banna memperjuangkan Islam, mengapa semua usaha ini runtuh sehingga menjadi abu? Mengapa usaha ini seolah-olah sia-sia???

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung”

(Al-Imran:200)

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad:7)

Semak kisah perang badar, di mana Allah menurunkan para malaikat sebagai pertolongan kepada umat islam. Kisah perang Khandak di mana Allah menerbangkan pasir-pasir bagi memusnahkan musuh. Maka, di mana pertolongan Allah setelah usaha ikhwah-ikhwah ini?

“sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat”

Ingatlah, usaha memenangkan Agama ini di tangan manusia. Manusia yang perlu berusaha dengan sungguh-sungguh. USAHA SUNGGUH-SUNGGUH. Cuba lihat usaha para sahabat berbanding usaha kita di zaman ini. Lihat juga bagaimana usaha yang maksimum dijalankan oleh para syaitan dan iblis untuk mengalahkan tentera Islam. Sehingga syaitan terpaksa menjelmakan dirinya menjadi manusia untuk mengalahkan Islam.

Usaha inilah yang penting. Usaha memenangkan Islam. Menyampaikan Islam dan menyeru kepada Islam. Syaitan ketika ini tidak perlu menjelmakan dirinya menjadi manusia kerana cukuplah syaitan mewakili golongan-golongan lain untuk mengacau-bilaukan keadaan ummah.

Maka, Asy-Syahid Syed Qutb menyimpulkan bahawa, kemenangan ini pasti tiba. Kemenangan ini terletak pada usaha kita. Ayuh ikhwah wa akhwat. Bukalah mata. Bukalah minda. Teruslah melihat dengan lebih jauh. Bangkitlah untuk terus berusaha membantu menegakkan khilafah yang mula menyinar cahayanya.

Allahuakbar!!!

PS: Alhamdulillah, katibah lepas banyak membuka minda ana dalam menggerakkan dan menghidupkan dakwah ila yaumil qiyamah. Moga antum terus tsabat ya akhawati... =)

Currently have 0 Komen:

Leave a Reply

Post a Comment