Twitter

Keperbagaian Wadah, Jelaskan Matlamat Kita!

Sunday, March 7, 2010 , Posted by ummu_abdullah at 3/07/2010 06:43:00 AM

Sumber: http://hambamurabbi.blogspot.com/
(Jazakallah khair Bancik sebab memenuhi permintaan aku..! Moga Allah Meredhai mu!)

Kepelbagaian organisasi dan kumpulan-kumpulan dakwah menyebabkan masing-masing mendakwa bahawa mereka ialah yang terbaik dan yang paling dekat dengan Islam. Suasana ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat dalam memahami tujuan dakwah dengan jelas. Tidak perlu dinafikan kerana sudah banyak mereka yang ingin berkorban untuk Islam tetapi terkorban kerana matlamatnya tidak jelas. Ataupun mereka merasa matlamat yang sedang mereka perjuangkan adalah jelas tetapi sebenarnya berpunca daripada hasil fahaman yang syubhah.

PAHLAWAN NERAKA

Syarat penerimaan amalan dalam ibadah ialah ikhlas. Setiap perkara yang dilakukan tanpa ikhlas tidak akan diterima Allah SWT. Boleh jadi juga bercampur unsur syirik jika niat disertakan dengan selain Allah SWT. Fudhail bin ‘Iyadh berkata:




“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal kerana mansia adalah syirik. Ikhlas adalah apabila Allah SWT membersihkan kamu dari keduanya” (al kabair oleh az Zahabi)

Ada juga satu kisah disebut dalam sohih bukhari tentang seorang sahabat yang bernama Qozman yang berperang dalam satu peperangan:

“…dalam barisan muslimin juga terdapat seorang lelaki yang tidak berjumpa musuh kecuali ia membunuhnya sehingga ia terbunuh.

Para sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: “Tidak seorangpun yang dapat berbuat seperti fulan ini.”

Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia adalah ahli neraka”.

Pada akhir hadis Rasulullah SAW bersabda:



“bahawa seorang lelaki beramal dengan amalan ahli syurga seperti yang dipandang manusia sedangkan dia ialah ahli neraka” (sohih bukhari, bab perang khaibar, 4202)





TERSASAR WALAUPUN BERSAMA


Dalam kitab Fathul Bari ada disebutkan bahawa Qatadah bin Nu’man melintasi Qozman ketika sedang berperang.

“Tahniah pada kamu dengan syahid(jika kamu mati syahid)” Qatadah menyapa.

“Demi Allah aku tidak berperang kerana agamaku, tetapi aku berperang kerana kaumku”.


Ikhwah yang dirahmati Allah,


Kita perlu menetapkan tujuan dengan jelas supaya kita tidak tersasar daripada Islam. Jika kita berjuang dalam salah satu jamaah daripada jamaah islam, kita perlu faham ia adalah salah satu wasilah bagi melaksanakan tujuan asal iaitu islam. Jangan berjuang kerana wasilah atau jamaah, tetapi berjuanglah kerana Islam.

Inilah seruan para nabi yang hanya menyeru manusia kepada Allah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Menyeru kepada adab dan akhlak islam serta beramal dengan hukum islam. Darah kita hanya untuk jamaah islam, bukan untuk jamaah daripada jamaah islam. Jangan sasarkan matlamat kita dengan penjajahan pemikiran syaitan kerana ia akan mencemarkan keikhlasan dalam berjuang.


Currently have 2 Komen:

  1. akhtar_7 says:

    SEMOGA ALLAH MEMBERI KEFAHAMAN YANG JELAS JEPADA KITA. POST NIE RINKAS JA CUMA NAK MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. AGAR TAK TERSASAR.

    SEBAB KAT YAMAN NIE PON ADA KUMPULAN YANG TAK FAHAM DAN TAK JELAS DENGAN PERKARA INI.

    YANG PENTING SEMUA DAPAT BERKONGSI ILMU DAN PENGALAMAN. TQ ENUN...HANG JUGAK YANG BAGI SEMANGAT KAT AKU...MEMANG DAH BANYAK BERUBAH :)

  1. InsyaAllah... Hang la pun yang banyak bagi kefahaman kat aku..

    Hurm... Doa la kat aku...
    Macam-macam kena kat sini.

    Xpa, aku ingat pesan hang... huhu

Leave a Reply

Post a Comment