Twitter

Mereka Itulah Orang-orang yang Lalai

Friday, March 12, 2010 , Posted by ummu_abdullah at 3/12/2010 12:55:00 AM

Jazakillah khair Kak Ayu. Video ini sedikit sebanyak menyentuh hati ini yang perlukan peringatan setiap masa...



Berfikirlah... Kita manusia yang dijadikan Allah, dapat berfikir walau berlaku sekecil-kecil perkara. Dengan rajin berfikir, kita akan mula bertindak. Manusia yang enggan berfikir dan enggan mencari jawapan daripada segenap persoalan sering leka... Sering lalai hingga hilang arah tuju.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan Jin dan Manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk mengingati ayat-ayat Allah dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALlah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf : 179)

Sedangkan haiwan punyai deria untuk mengesan sesuatu yang berbahaya baginya. Manusia punyai al-'Aqlu untuk berfikir dan bertindak. Jika ia tidak digunakan, samalah seprti haiwan ternak yang tidak punya 'Aqal. Bermakna mereka mula lalai dan mula leka.

Dengan sikap malas berfikir ini, datanglah syaitan untuk menggerakkannya sehingga membuahkan amal-amal kelalaian...
Wallahua'lam...
PS: Antum lebih faham dengan memahami bait-bait kata akh Hamza Yusuf di bawah.




Currently have 4 Komen:

  1. abu_abdullah says:

    Jazakillah ya habibi...
    Peringatan yang sangat berkesan di hati...

  1. siti hidayu says:

    wahhh.... jazakillah khair for sharing!!!

  1. sharing is caring... hehe.. kak ayu, nanti bagi la lagi info2 dan input2... i really meant it! haha

  1. miz says:

    tapi kebanyakan manusia tidak menyedarinya.

    na'uzubillah. Allah tutup dan meterikan atas hati-hati ( qulubihim ) pendengaran ( sam'ihim ) dan penglihatan ( absorihim ).

    dalam hati mrk ada penyakit dan allah tambahkan lagi penyakitnya...

Leave a Reply

Post a Comment