Twitter

Tumbangkan Israel dengan Iman dan AMAL!

Thursday, June 3, 2010 , Posted by ummu_abdullah at 6/03/2010 03:10:00 AM

Selasa, jam 2 pagi kami sekeluarga tiba di Jitra dengan izin Allah, Alhamdulillah.

Selasa malam, ana sekeluarga menyertai satu sesi ceramah yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif di Masjid Sekolah Menengah Al-Azhar. Penyampaian wakil Aqsa Syarif, Pak Utih (Pakcik Shafiai) yang di akhirnya mengalirkan air mata memang membuka minda dan menelanjangkan pihak Israel Laknatullah.

Di Dalam Masjid Sekolah Al-Azhar, Jitra

Mereka menjanjikan keamanan, akan tetapi mereka membuat kezaliman.
Mereka menjanjikan perdamaian tapi mereka melakukan kehancuran.

Sungguh tiada belas terhadap sesiapa. Sedang mereka mengawal youtube, mereka mula memasukkan video-video penipuan demi penipuan terhadap perjuangan flotilla ke Gaza.


“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau” ( ayat 4 surah al-Isra’)

Mereka sama sekali tidak akan berhenti melakukan kehancuran dan pembunuhan. Malah di corong-corong radio dan televisyen, mereka telah berjanji akan menyekat segala bentuk bantuan terhadap rakyat Palestin. Dengan serangan terhadap kapal flotilla ke Gaza, mereka mula mencalarkan dan menelanjangkan Israel sendiri. Ummah mula membuka mata. Media mula menunjukkan keangkuhan dan kebodohan Israel. Sungguh, semangat jihad para sukarelawan meniup satu ruh ke dalam diri setiap ummah di dunia untuk bangun menentang Israel habis-habisan.

Ceramah dari wakil Aqsa Syarif ini ditutup oleh taujihat yang sangat bermakna oleh Ust Ridhwan. Alhamdulillah...

Sempat bersembang sekejap dengan sahabat seperjuangan dahulu. Menyatakan hasrat ingin mengikuti usrah. Alhamdulillah. Setelah menerangkan kepadanya keindahan Islam dan kekuatan Islam pada penyatuan, beliau kuat untuk mengorak langkah membina perubahan dalam dirinya sekaligus membunuh segala pemikiran jumudnya terhadap Islam. Itulah kata-katanya yang terakhir ketika pertemuan singkat itu.

Wallahua'lam.

Currently have 1 Komen:

  1. ababeel says:

    subhanallah!...moga kami jua di pulau borneo mendengar kisah2 ini jua dari lidah2 kalian

Leave a Reply

Post a Comment