Twitter

Bermula di Medan Baru, Sangat Mencabar

Posted by ummu_abdullah on Saturday, September 18, 2010 , under , | Komen (5)



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Hati-hati dalam Membentuk Hati


Sekian lama pulang dari Tg Malim, barulah kenal medan baru. Medan yang penuh dengan cabaran. Baik datang daripada diri sendiri mahupun syaitan sendiri. Hampir 3 bulan, baru kenal medan baru. Baru tahu keadaan dan suasana di sini. Masih ramai akhwat yang belum kenal. Walaupun dari kecil lagi dah tinggal di kedah, tapi dulu dengan bahtera yang berbeza dari sekarang. Sudah tentu kenalan belum meluas...

Mengharap keindahan usrah dengan akhawat di Tg Malim dulu, ulang alik ke gombak, WAMY dan sebagainya, sudah lagi tiada. Kadang-kadang rasa sedih. Mengharap nikmat berprogram dengan akhwat yang sama-sama mengemban tugas, memang jauh sekali. Jadi, semua ini sudah dijangka. Maka kepulangan ke kedah sebenarnya tiada apa-apa expectation yang dibuat. Hanya fikir untuk menyambung dakwah yang sudah berjalan di sini.

Ya, dah 3-4 bulan berada di Kedah, 2 bulan sudah bergelar guru di Sekolah Rendah dan Menengah (Al-Azhar, Jitra), 1 bulan menempuh ibadah puasa, dan kini masih lagi bertatih mengenal akhwat dan du'at. Nak mengharap keindahan tarbiyah itu muncul kembali tidak mungkin berlaku tanpa ada apa-apa usaha. Sehingga sekarang, alhamdulillah satu program sudah dirancang lebih kurang seminggu akan datang. 

Masalah di sini adalah berkenaan bahan dan pengisian, dan juga pengisi. Masih dalam dilema, nak mula dari mana, nak beri bahan apa, nak jemput sapa. Sebenarnya kalau diikutkan, sebelum plan apa-apa program lagi dah banyak soalan-soalan timbul. Tapi, jika hanya dibiarkan dengan soalan demi soalan tanpa berbuat apa-apa, sangat rugi.


Jadi, sekarang adalah langkah bermula sebuah perjalanan panjang yang tidak indah dan ditaburi dengan duri-duri. Bukan lagi jalan yang mudah. Akan tetapi kesukaran dan ujian sedang menanti. Persediaan ruh dan iman perlulah disusun rapi. Moga Allah menetapkan hati biar ujian seberat mana pun. Amin...


Wallahua'lam...